Showing posts with label Abid. Show all posts
Showing posts with label Abid. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

Ammar di Pasti

(paksa diri menulis)....

Bukan apa, takut legasi hilang (legasi apanya?) hehe takut nanti tiba2 budak2 membesar menyesal pulak tak keep tract childhood diorang kann...

Tak sempat menulis, belajar ke apa benda lain, blame diri sendiri je lah kan...patutkah saya ada ipad supaya boleh menulis, browse tak kira masa dan tempat? hmmm not yet... i certainly don't need it now. Saya takut saya dah tak pandang sekeliling lagi, sedangkan kita mesti sentiasa melihat semua ciptaan Allah kat dunia ni dan appreciate, kalau boleh dengan mata hati...

OK post ni nak letak gambar Ammar yang sekarang bersekolah di tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam).. Ni rangkaian tadika PAS, tapi tak payah jadi ahli PAS pun boleh hantar anak situ (saya bukan ahli mana2 parti).. Kitorang pilih tadika ni sebab dicadangkan oleh kawan, dan ia dekat, yuran berpatutan dan yang paling penting silibusnya yang impresif (serius!)-- eh tahu tak yang tadika sekarang sangat mahal, macam hantar anak masuk universiti tau. PASTI ni yuran dia rm60 sebulan, oklah tu.. kakak saya hantar anak dia yuran 200 lebih sebulan...*tapi kitorang duduk pekan kecik*

Budak PASTI :)

Tengoklah silibus dia, buku2 semua memang best, ada 1 subjek tertinggal- peribadi Muslim
Ammar tahun ni nak masuk 5 tahun, tugas dia tahun ini ialah tukang siram pokok bunga... papa beli watercan khas untuk dia (biasa berebut dgn si kecik Abid tu)



banyak ni je Mama saya punya herbs garden- kari, pandan, ulam raja, daun selom, daun kunyit
Baju abang pun dia nak kebas jugak



Ammar ni hati dia ada minat pada AlQuran, dia suka baca tak perlu suruh atau paksa, dan tak perlu reward sangat untuk pujuk dia, tiap kali mandi pun dia sendiri ingat ambil wudhu' dan suka solat (gerakan saja, belum tahu baca lagi)...tapi kelemahan dia ialah impulse control- we have to work a lot on your anger management, Ammar..

Kanak2 fitrahnya suka pada kebaikan

Kanak2 memang fitrahnya suka pada kebaikan, pada alam, pada Tuhan, saya selalu kagum dengan fakta ini, memang saya hanya perhatikan anak2 saya saja, (bukanlah nak memuji anak saya, tapi sebab saya tak tinggal bersama kanak2 lain, maka anak saya je lah jadi contohnya), we can learn a lot from them, if we just open our eyes and see...

OK.. till then...!

Wednesday, 23 March 2011

My Little Assistants

Who needs a maid when you have 3?

Mama's little laundry assistant (budak boleh harap)

Mama's morning buddy- pukul 6 pagi. Aktiviti: hias kapal terbang dengan stickers.

Mama's kitchen assistant- making honey cornflakes

Mama's kitchen assistant- coating doughnuts with sugar

Making own buttered toast

Mama's little angels :D

Wednesday, 28 July 2010

Perkembangan terbaru saya...

Nama saya Abid. Saya dah besar. Abang-abang saya kekadang panggil saya Dabid, atau Dabdab. Kadang2 dah jadik Tab (?). Mama saya pelik macam mana abang-abang saya boleh dapat nama-nama tu.

 Saya dan abang2 saya

Saya belum boleh berjalan. Tapi saya sangat lasak. Mama saya dah tak boleh biarkan saya main sendiri sebab saya akan panjat ke sana sini. Saya suka! Saya pantang nampak tempat tinggi sikit sendi-sendi saya pun mulalah gatal....

Saya panjat nak tengok tingkap. Ada apa di luar sana ya?

Saya suka pergi berjalan dengan Papa saya. Papa saya bawa saya pergi kedai makan. Saya join aje. Asal Papa dgn Mama saya happy ok lah tu. Saya pandai duduk diam-diam.

 Di kedai Thai Banana. Saya tak suka orang kat kedai ni asyik kacau2 saya. Mentang2 saya baby lagi. Saya tau lah saya comel. Saya nangis.

 
Di kedai kopi Costa. Mama saya kata sedap kopi Costa. Saya rilek je tengok Papa saya baca paper. Apa2 pun Mama saya kata Starbucks toksah pegi, sebab depa bagi duit kat Zionis. Saya pun tak tau Zionis tu siapa

 Sedapnya kopi ais tu. Bilalah Mama saya akan bagi saya rasa kopi tu?

Saya suka abang-abang saya. Abang2 saya suka main dengan saya. Tapi kekadang Abang Ammar suka lepuk saya. Suka hati dia je. Beberapa bulan sejak saya makin pandai ni saya dah tau lepuk dia balik. Tapi Mama saya kata dia lepuk saya sebab saya suka rampas mainan dia. Memang betul pun.

Saya korek telinga Abang Adam.

Saya naik bot dengan Abang Ammar. Dia yang ajar saya. Mama saya membebel je.

Saya suka buat sepah. Abang2 saya yang kena kemas. Mama saya tak kisah asalkan bila Papa saya nak balik abang saya kemas.

Saya suka pegi bercuti dengan keluarga saya. Papa saya bagi saya main pasir. Saya main tak ingat dunia. Saya main sampai paha saya berbelang sebab sunburn dan rambut saya pun berpasir. Bila Mama saya nak mandikan saya pampers saya pun penuh dengan pasir. Nasib baik bontot saya tak gatal malam tu.

Main pasir di Bournemouth.

Semasa bercuti pun kami berpiknik bukak bekal. Mama saya letak saya bawah payung. Abang-abang saya makan sandwich, saya minum susu.


Musim panas ni saya seperti biasa berlenggeng je. Bila saya nampak semua orang makan aiskrim, saya pun nak juga! Mana boleh lepaskan peluang ni. Mama saya terpaksa bagi saya satu kon sebab saya jerit-jerit nak makan sendiri.

Sedapnya!

Selain dari bermain, saya juga suka baca buku. Saya pun berangan yang saya boleh menulis. Mama saya tak kisah asal saya tak cucuk mata atau lubang hidung saya.


Saya punggah buku dari almari. Seronok!

Haa dah jumpa buku favorite saya, In The Night Garden. Saya suka tengok Tombliboos tu.

Bila Mama saya bungkus buku masuk kotak pun saya nak menyibuk jugak.

Selain dari main toys saya suka usik benda lain. Saya suka explore rumah saya.

Saya main plug. Tapi Papa saya letak cover kat plug tu.

Saya suka jugak main netbook Mama saya. Ini memang Mama saya tension. Bila agaknya Papa nak belikan komputer untuk saya dan abang2 saya?

Mama saya cuba ganti dengan komputer Mickey Mouse tapi saya takmo. Saya tolak komputer mainan sebab saya nakjugak netbook Mama saya. 

Saya suka jugak menyibuk bila abang saya main Wii. Saya pun nak join.

 Sejak akhir2 ni, saya makin berani. Skill balancing saya semakin advance. Tak percaya tengoklah aksi 'merempit' saya ni.

Kuda kesayangan saya.

Sedia....

yeahh....!

Saya heppiii! (selalu nak gugur jantung Mama saya)

Selain itu, stunt saya yang baru ialah macam Superman.

Saya panjat dulu kusyen sofa yang Papa saya beli (abang saya ajar)

Lepas tu saya slide ke bawah (ni saya reka sendiri, bukan abang saya ajar).

Itulah sedikit sebanyak perkembangan terbaru saya. Sampai jumpa lagi!

Babai!

Saturday, 19 June 2010

Macam-macam Barcelona

Barcelona memang sebuah bandar pelancongan. Kami bersiar2 di Barcelona menggunakan perkhidmatan bas 'City Sightseeing' yang sangat efisyen. Ia berhenti di tempat2 pelancongan dengan kekerapan 5-10 minit sekali. Ia juga dilengkapi alat audio untuk mendengar penerangan bagi setiap tempat.




Barcelona juga agak mesra alam. Tong2 sampah awam disediakan siap untuk kitar semula....

Sampah, kertas, plastik/tin

Ada juga sistem 'bicing' iaitu pekhidmatan sewa basikal (self-service) di mana anda boleh menyewa basikal di tempat A dan memulangkannya di tempat B. Stesen2 'bicing' ini terletak berdekatan dengan stesen2 metro dan bas, jadi pengguna boleh memilih pelbagai kenderaan awam untuk perjalanan.

Stesen 'bicing'

Barcelona mengingatkan saya pada Malaysia. Bukan kerana panas terik mentari atau langit cerahnya saja, tapi agaknya sebab tingkap2 di situ juga ala2 daun tingkap rumah kampung.


Ni macam kat Jonker Street Melaka je..

Susahnya mencari makanan halal di Barcelona. Sepanjang di sana kami hanya berjumpa dengan 2 kedai halal (Pakistani) dan satu kedai 'vegetarian'. Ada beberapa kawan yang mencadangkan kami mencuba 'seafood paella' (makanan tradisional orang Sepanyol) tapi tiada kedai halal yang menghidangkan paella. Walaupun namanya 'seafood' tapi mesti berhati2 juga kerana masakan Mediterranean banyak yang menggunakan alkohol. Kami 'google' resipi paella memang menggunakan 'wine' jadi kami tak berani mencuba. Roti2 di kedai juga tiada yg berlabelkan 'suitable for vegetarian' (sesetengah pengawet atau lemak adalah dari haiwan). Semasa berlegar2 di pasaraya membelek2 label pelbagai roti dalam keadaan perut lapar tiba2 datang seorang muslimah yang mengambil sejenis roti berdekatan kami. Kami tawakal dan ambil jenis roti yang sama.

Namun di restoran halal tempat kami makan, ada jual alkohol juga. Hmmm...

Gelas yang diberi pada kami di restoran halal... apa daaa...

Di Barcelona, kami bertemu Aira (tak pasti ejaan). Aira ialah gadis berbangsa Finland yang bekerja sebagai pemandu pelancong di situ. Dia menegur kami.. "Assalamualaikum, apa khabar?" Dia fasih berbahasa Melayu! Rupa2nya pada tahun 1996 dia bersekolah di Kuala Lumpur selama setahun. Kami terus berborak dalam bahasa Melayu seperti kawan lama. Dia fasih 6 bahasa.

Aira dan saya (model iklan ubat gigi?)

Di Barcelona juga Abid Husaini menyambut ulangtahun pertamanya. Abid yang lahir di England, sudah ke Wales, Scotland, Holland dan Spain walau masih belum boleh berjalan. SubhanaAllah, Abid, you are truly a blessing!


Friday, 26 February 2010

Cooked Ice



Ammar: Surprise for you Mama!

Mama: What is that Ammar?

Ammar: I cook ice for you..(smiling proudly)

Mama: eheh cook ice?(!) wow..it's yummy! (pretending to eat the blocks)

Ammar: is it yummy, delicious and tasty? (oitt, fantastic vocab Ammar)

Mama: yes!

Ammar: I go cook some more..


ABID

Now I can eat biscuit..



And crawl under the table...



And play computer!