Showing posts with label About Life. Show all posts
Showing posts with label About Life. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

Bersamamu

I think all of us are familiar with the tv3 program called "Bersamamu" that featured hard core poor of our country every week. I'm not sure if the program is still going on. I don't know if all of us have the empathy towards the people featured in the program, because I'm sure we all have some reservations towards reality programs on tv.

But today I met one lady whom I think would have qualified to be in the program. She is 63 years old. She lives alone, her husband passed away 20 years ago. They had no kids.

She has multiple chronic illnesses namely diabetes, hypertension, heart failure and knee osteoarthritis. Because of her painful knees and also her failing heart she can't walk far- she will become breathless. Since she is living alone, she has to cook herself. The task of preparing herself a meal is quite troublesome. She walks to the kitchen, and this requires a few stops ( to catch her breaths). At the kitchen she will do everything while sitting, and she tries to cook big batches for the next day too. After cooking she would rest, and only maybe tidy up the kitchen after she rest for few hours. She always choose to just cook jemput-jemput for breakfast and dinner as it is easy to prepare (how can we control her diabetes with that? and how can she be healthy with unnutricious meal like that?).

She has no helpful neighbour. Her nearest relative lives 20 km away (her elder brother) who comes twice a week to bring her groceries and also bring her for dr's appointments. Once she fell in the bathroom and hurt her back. Unable to get up, she had to stay in the bathroom for 2 days until her brother came and found her. Hungry and cold, she was hospitalized for a week.

Today when I saw her in the clinic, both her legs are swollen because of her failing heart. I had to give her some diuretics (to pump out all the water in her body) to reduce the swelling. I actually felt bad because with this medicine she will have to go to the toilet every 1-2 hours to pee.

You might be thinking what is her financial source. She receives RM 290 from Jabatan Kebajikan masyarakat and dry provisions worth RM 80 from Baitulmal. Her trip to our hospital will cost her precious RM20 for every visit. When she told me this I was actually thinking of the dinner our family had last week at a 5 star resort on my father's birthday where we spent close to the amount she gets for the whole month.

The condition of her house? I don't know but she is staying in her 'rumah pusaka' which I think must be an old kampung house. She told me her nephew did come to the house to do some repairs few months ago.

So that's a true story of one lady in a remote place in rural Malaysia. I have others, but I'll save those for next time.

Sunday, 4 March 2012

Cerita baby

Kebelakangan ini macam-macam cerita tentang anak / mengandung disekeliling saya.

 Ramai kawan-kawan sedang mengandung atau baru dapat baby. Tahniah semua. Kami pun bakal dapat anak buah tahun ini :).

Minggu lepas pula baru bersembang dengan kawan sekerja yang dah 4 tahun berkahwin tapi belum dapat baby lagi. Suaminya merokok, dia pula takut nak pergi periksa (kelakar- tapi kerja doktor). Ramai juga kawan saya yang doktor belum mengandung lagi. Adakah terlalu stress? hmmm...

Ada seorang pula sedang mengandung anak kembar- hasil prosedur IVF. Baru saja dia tunjukkan gambar 3D anak-anak dalam kandungannya. Seorang muka ibu dan seorang muka ayahnya. Saya tengok, eh betul juga, memang ada iras. Semoga semuanya berjalan lancar. Saya kalau tengah scan baby nampak dia gerak-gerak dalam perut ibunya mesti teringat cerita Dang Anum yang mengidam makan nangka tu. Kalau ada scan dulu mesti tak kena belah perut dia.

Hari tu on call di labour room. Macam-macam pulak jadinya. 

Seorang remaja 14 tahun datang kerana sudah sakit nak bersalin. Ini realiti sekarang. Ramai remaja mengandung. Di daerah kecil ini setiap minggu akan ada remaja yang datang untuk bersalin. Remaja yang belum berkahwin. Kalau remaja tapi dah kahwin tak ada masalah. MasyaAllah. Kelam kabut semua orang dibuatnya. Sebabnya kandungan pertama tak dibenarkan bersalin di sini kerana banyak risiko dan tiada pakar perbidanan / kemudahan caesarian section disini. Tapi bila dah datang hampir nak bersalin terpaksa benarkan bersalin di sini kerana takut pula kalau bersalin dalam ambulans. Lagi naya.

Nak ditambah drama bila air ketuban dipecahkan baby pula sudah berak dalam rahim ibu. Maknanya baby sedang berenang dalam air najis. Terpaksa pula panggil seorang lagi doktor untuk standby baby kerana saat baby keluar saja mesti terus sedut saluran trakea supaya najis tak masuk paru-paru. Masa tu pukul 3 pagi. Doktor seorang lagi datang sambil kesat mata, hehe. Cukup drama? Belum. Bila kepala dah keluar bahu pula sangkut! Ya Allah.. kes bahu sangkut ni lah yang banyak ke mahkamah. One case is enough to ruin your career. Kami semua tak putus-putus membaca ayat Nabi Yunus.

Akhirnya baby keluar juga. Mula-mula biru tetapi setelah resusitasi dia OK. Ibu remaja pula koyak banyak. Babynya 3.7 kg, mana tak susah nak keluarkan. Semoga semua dosanya terhapus, bersih seperti bayinya dan semoga anak lelaki itu menjadi asetnya ke syurga.

Malam yang sama tapi belum dapat tidur lagi. Seorang wanita datang kerana jantungnya berdebar laju tetapi rupa-rupanya dia sudah sakit nak bersalin. Pelik kan? Yang lebih pelik ialah dia langsung tak tahu yang dia mengandung kerana sedang menyusukan anaknya yang ke-4, yang masih berumur setahun lebih. Kami katakan dia mengandung dan pintu rahim dah buka, termenung jauh dia tak percaya. Dia kata tak rasa apa-apa perbezaan pun. Malah semua ahli keluarganya tak perasan apa-apa kerana dia masih boleh memakai seluar jeansnya.

Malam itu pun dia melahirkan anak perempuannya yang ke 5. Apabila diberitahu reaksi suami dan ahli keluarganya semua sama "oh, bukan lelaki?"

Jadi sekarang dia ibu kepada 5 anak perempuan. Yang semua sihat dan sempurna. Tanpa melalui pun kesusahan mengandung. Bersalin pun mudah. Rezeki dia.

Semalam pula saya mendapat berita lain. Seorang staf yang sedang mengandung 30 minggu baru dikesan yang anaknya itu tiada sebahagian besar dari otaknya (anencephaly). Keadaan ini tidak compatible untuk hidup. Mungkin hidup sehari dua sahaja. Sedihnya. Baby itu pula baby lelaki, anak ketiganya setelah ada 2 anak perempuan. Tentu bayi yang sangat ditunggu. Semoga dia dapat bersabar.

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
                                                                                   (As-Syura 49-50)

Memang tiada janji siapa yang hidup pasti membesar, pasti berkahwin, pasti ada anak, pasti ada anak lelaki dan perempuan. JanjiNya cuma yang hidup pasti mati.

Siapa yang ada anak pula, adakah anaknya itu aset ke syurga atau tidak? Setiap kali saya lihat video ini (dah berulang kali saya tengok, setiap kali bila hati tension rasa nak marah budak-budak heheh), saya akan terfikir siapakah antara Adam, Ammar atau Abid yang akan imamkan solat jenazah saya dan suami?


Wednesday, 4 January 2012

Still here!

Errr...saya hidup lagi...

tak senonoh je nama blogger tapi lama tak update kan...i busy.. (orang lain tak busy macam saya)

Ni apasal tetiba boleh update pulak? Sebab cuti seminggu, Adam masuk darjah 1, kena lah stand by dia kan..

Ammar & Adam

Cuba cari adam

Beg je dah penuh kerusi

Yeeaa.. lepas rehat, masuk balik bekal..no canteen food for you
How was 2011? As you all know, lots of things happened to our family in 2011.. Cairo/ Sinai..(oops that was Dec 2010--macam baru je kan), the big move, Manchester to Melaka, me started working again, Adam and Ammar started school here, the runaway tenant, a few vacations (Putrajaya-boleh kira tak?, Penang, PD)....all in all we settled down nicely.

But the best thing about 2011 is that I shed off 14 kg!! wakakakaaka... (jadi surirumah memang menggemukkan- kalau malas exercise macam saya)

So I was afraid because my BMI was nearing obesity, i don't want to be fat, slow and lazy, so I joined a free program with sparkpeople.com, followed it to the letter (almost) and reached my target. In the process i learned more about nutrition than what medical school taught me.

One rule that I learned and also applied elsewhere is that if you have a mission, the target and ways to achieve the target has to be outlined clearly, or else it would remain a mission statement. It would not go further than that.

Like when I wanted to change my eating habit, I said to myself, I want to eat 5 portions of fruits and veges a day. If you just make a mental note like that, "eat 5 a day" , very likely you won't achieve your target. How to achieve 5 a day- you must outline clearly. So my regime is, 2 fruits before breakfast- (must), then quarter plate veges at lunch and at dinner, so that makes 4/5, the other 1/5 is anytime in between (brunch, tea, supper, before dinner etc). And my advice is- eat the wajib first (fruits), if you leave it after a meal, quite often you will forget or become too full to take it.

That brings us to what my targets are for 2012....

Later, i think. InsyaAllah. Promised Adam some cookies to bake.

*we already got a tenant, hope she won't give us much problems, will also write few things about this later



Saturday, 25 June 2011

Monolog garam

Dulu saya kerja macam robot. Bukan saya tak berfikir, cuma saya tak nampak kekuasaan Allah pada perkara2 kecil. Perkara2 besar (yg melibatkan hidup mati) tu nampaklah. Tapi perkara2 rutin berlalu tanpa meninggalkan kesan.

Saya meninggalkan bidang perubatan pada mulanya saya anggap ia satu setback untuk saya. Tapi Allah lebih mengetahui. Ia setback yang saya perlukan. Supaya saya tak jadi robot sampai mati. Otak konon pandai tapi tak berfikir.

Saya nak cerita pasal garam dalam badan.

Dalam badan kita ada beberapa jenis garam. Yang biasa selalu doktor akan tengok ialah sodium dan potassium. Dua2 ni penting, kalau keluar dari normal range mesti dibetulkan sebelum pesakit dibenarkan pulang. Yang saya terlepas pandang dulu ialah normal range ini sangat (10x) sempit. Kalau sodium 130-145 mmol/L, kalau potassium 3.5-5.2 mmol/L sahaja. Bayangkan kalau kita buat kek atau biskut, kalau tepung atau gula tu terlebih atau terkurang 50 gram kek tu masih jadi, kadang2 tak terjejas pun rasa/tekstur kek tu. Tapi kalau garam dalam badan ni terkeluar dari normal range yg sempit itu, badan sure haywire- otot lemah, otak confuse, rentak jantung lari. Mati.

Nak betulkan garam yang terkeluar dari normal range ni kalau tak lari jauh senang. Tapi kalau jauh bezanya, alamat tak tidurlah doktor yg on call tu. Ya, seperti yg terjadi kepada saya minggu lepas. Pakcik A sudah meracau2 sebab badan kering dan terlebih sodium. Pakcik B pula garam potassium sangat tinggi hingga setiap 4 jam perlu diberi ubat melalui salur darahnya, dan dicucuk pula untuk mengambil darahnya. Ketika itu saya pun bermonolog sendirian, pukul 1 pagi di hadapan kalkulator mengira kadar infusi air untuk pakcik A, dan sesekali meninjau monitor jantung Pakcik B.

  1. Kita makan sesuka hati tanpa perlu memikirkan adakah makanan itu akan menaikkan kadar sodium atau potassium kita. Sebab badan kita memang boleh kawal garam2 ini secara automatik untuk kekalkan equilibrium ini. Tapis di buah pinggang, keluar masuk sel etc. Tapi ini semua bukan automatik, kan? Allah yang kawal fungsi setiap sel untuk setiap organ untuk setiap manusia dan haiwan atas dunia ni. Adakah kita 'aware' perkara2 ini berlaku semasa ia berlaku?
  2. Mana ada orang yg sedar perkara2 ini berjalan dalam badan kita. Kalau sekali kita mengalami kekurangan garam badan ini mungkin baru kita akan boleh appreciate nikmat yg Allah beri ni. Tapi kita lebih bersyukur dengan apa yang kita nampak / dapat. Yang kita tak nampak? Memanglah kita tak akan memikirkannya pun. Itu pasal Allah selalu sebut dalam Al-Quran, refer kepada kita hamba2Nya ni- "kalaulah mereka mengetahui..."
  3. Betapa sukarnya kami para doktor dari petang cuba membetulkan garam pakcik2 ini, hingga ke tengah malam semasa saya on call dan berlanjutan ke hari2 berikutnya. Ilmu kita memang sangat limited. Perkara kecil seperti ini pun kita mahu kembalikan seperti yang Allah ciptakan ia semasa normal, satu perkara sukar. Patutkah kita jalan2 atas dunia ni seperti kita orang yg paling bagus? Patutkah kita memperdebatkan hal2 dalam blog2 kita seperti kita orang yg paling pandai ? (macam yg selalu saya buatlah kan). Memang muka tak malu kan. Kita ni lagak je lebih, tapi ilmu tak ada.

Kita bersyukur kalau kita naik gaji, dapat PhD, dapat anak etc. Bersyukur memuji2 Allah, sujud syukur, sedekah, buat kenduri syukur. Tapi garam dalam badan kita normal kita syukur dan gembira tak setiap hari? Mana ada kan..kalau tak mesti kita dah sembahyang sampai bengkak kaki macam Nabi kita. Tu pasal ulama dulu kata (yang saya dengar dari mulut Dr Mohd Asri), syukur itu lagi tinggi maqamnya dari sabar. Ramai orang beriman boleh bersabar, tapi untuk jadi orang yg betul2 bersyukur tu bukan semua orang beriman boleh buat.

Kalau kita ditimpa musibah pun, kita rasa seperti kita tak perlu bersyukur time tu, tapi concentrate energy untuk bersabar...("masa ni Allah nak kita bersabar"). Paling2 bagus pun kita bersyukur sebab musibah tu tak jadi lebih teruk lagi. Tapi kita tak ada pulak bersyukur sebab garam dalam badan kita masih dalam normal range dan rentak jantung kita masih normal dubdab dubdab. Teringat pulak Hamka kata (yg juga saya dengar dari Dr Mohd Asri) tentang ketika kita kesedihan kehilangan sesuatu atau ditimpa musibah kita sering lupa, sebenarnya- "yang ada di badan ini pun sudah satu harapan.."

Itulah tazkirah garam untuk hari ini.

Monday, 9 May 2011

Kami sudah pulang :)

Kami telah kembali ke Malaysia :) setelah 3 tahun setengah tak balik langsung. Kami masih menumpang di rumah ibu bapa kami, belum dapat settle down lagi. Banyak pula halangannya.

1. Masa balik ke Malaysia kami naik Airbus 380. Makk aii..besarnya, macam duduk dalam business class je (walaupun saya tak pernah merasa business class tu macam mana). Setiap kerusi kelas ekonomi tu ada handphone / laptop charger individu. Ruang kaki pun besar. Terbaikk.

2. Kami singgah 3 malam di Dubai. Dubai sangat mewah. Seorang peminta sedekah pun tak jumpa (walaupun di kawasan bandar lama mereka). Sangat berbeza dengan Kaherah. Di Dubai Mall, kompleks beli-belah terbesar di dunia, setiap kali waktu solat ada azan yang berkumandang. Dalam Mall itu sendiri ada peta siap dengan nama-nama jalan. Kalau budak hilang dalam tu memang menangis tak berlagu lah. Nanti bila-bila saya letak gambar ye. Kami duduk di Holiday Inn, yang terasa seperti hotel 4 bintang tapi sebenarnya dia dua bintang saja. Ada hotel-hotel lain yang berbintang-bintang lagi hebat. Macam manalah kat dalam hotel-hotel tu agaknya.

3. Kepanasan di Malaysia membuatkan saya lupa dengan kesejukan UK. Saya cuba fikirkan, macam mana sejuk kat UK dulu yer? (kan saya selalu komplen sejuk). Dulu sejuk di UK sampai saya depress. Sekarang panas di Malaysia sampai saya tak senang duduk. Kalau pasang air-cond masih boleh pakai baju lengan pendek. Kalau di UK dulu dah pasang heater pun masih pakai baju berlapis-lapis dan berstokin.

4. Saya merasakan rumah ibu bapa kami sangat besar. Luas ruang tamu sama dengan luas seluruh apartment kami di UK. Orang Malaysia memang beruntung ada nikmat 'space' ini.

5. Dalam masa seminggu semua kulit kering saya yang pecah-pecah dan mengelupas telah pun pulih. Di UK dalam sehari tu tiap kali lepas basuh tangan, basuh pinggan mesti nak kena letak losyen. Sekarang dah macam kulit orang muda-muda semula :)

6. Banyak taman perumahan baru yang dibina, dan semua rumah cantik-cantik belaka. Syabas yer arkitek-arkitek dan designer-designer Malaysia (sesiapa yang terlibatlah).

7. Pemandu-pemandu di Malaysia memang memandu laju, termasuklah ahli keluarga saya.

8. Orang Malaysia suka simpan barang. Bekas-bekas kuih yang tak pakai pun simpan. Baju- baju lama yang bertahun tak pakai pun simpan. Surat-surat lama pun simpan (shred saja lah dan recycle). Banyak 'clutter'. Tengok saya tahun depan macam mana. Saya harap saya boleh maintain hidup 'less clutter' macam di UK (ye lah kan rumah kecik dulu, mana-mana tak berkenaan terus je buang atau recycle).

9. Internet di Malaysia slow.

10. Malaysia memang syurga makanan. Tidak syak lagi.

11. Baru seminggu di Malaysia saya sudah membeli 2 buah buku dan menempah 2 lagi buku. OK, peringatan untuk diri saya, cukup-cukup lah tu....(untuk bulan ini hehehe).

12. Saya akan mula kerja minggu depan insyaAllah. Kalau busy tahap gaban, tak dapatlah saya menulis mengomel-ngomel lagi, sebab tentunya blog ini bukan priority saya. Nasib baik juga saya ada menulis blog ini, sebab saya dah mula terasa yang 3 tahun setengah itu seperti satu mimpi.

Wednesday, 23 March 2011

The Diary of Ma Yan

(wrote this on November 25th 2010- just realized I haven't publish it)

Remember I promised to write about the Diary of Ma Yan? She is a Muslim peasant girl of Ningxia, China. the area she lives is almost a desert and life is very hard there. In winter the snow is heavy, although it is a blessing to them because the snow is one of their main source of water (collected, stored and melted in underground cisterns to use in dry times). She rarely gets to eat meat, sometimes only once a year in eid-ul Adha.

She kept diaries of her days in a boarding school with her brother. There they only eat once a day during lunch, no breakfast or dinner. And only rice is provided. If the children have money they could buy vegetables.

I copied here her entry on one particular day that she was very hungry.

Tuesday 30th October 2000


It's freezing today. My brother and I have no more bread. At lunchtime, the comrades are all eating and we have to stand by and grit our teeth.

Seeing my tears, my brother says, as if his heart were light, "Wait, sister, I'm going to borrow some lunch tickets," But I know he feels no better than I do. He simply wants to console me and stop me worrying about him. I go back to my dorm and sit on my bed and wait for him to return.

I'm dreaming of tthis bowl of yellow rice.

He takes a very long time to come back. Then he says, "Sister, there's no more rice."

He turns to leave. I watch my brother's receding back and I can't help letting the tears flow.

Do you know what hunger is? It's an unbearable pain.

I wonder when I'll stop experiencing hunger at school.....

***
During one school holiday, her mum broke the news that she could not continue her education anymore. They dont' have enough money. Her parents could only afford to sent her brother to school. That particular year the draught was harsh.

She wrote her mother a sad letter. The mother was distraught. On the sight of some foreigners her mother made a quick decision. She gave the letter and Ma Yan's diary to them. That became her lifeline.

Alhamdulillah, she is not hungry anymore. She now receives scholarship from France (yes France, not any Muslim country) to complete her studies. She also receives royalties from the publication of her diaries, in which she kindly donated 25% of it to the Children of Ningxia Foundation to help her neighbors and other children of Ningxia to complete their education.

Friday, 4 February 2011

Today last year...

.... I received a phone call from an emergency physician in Leeds General Infirmary. He told me my younger brother was in grave danger, both his kidneys failed, his blood pressure shot up and his blood potassium nearly made his heart stopped. The rest was history.

Today I'm happy to tell all of you that his recent PET scan 5 months after his last chemotherapy has not detected any sign of tumor. :D. All praises to Allah Almighty.

Ayim cycling

Outing with dearest niece, Ainaa Arissa
Allah can take any of His blessings in a flash. When it happens, it will knock you to the ground and you will be down on your knees, sobbing and begging. But it is what your soul really needs. A reminder that we are all His mere servants.

The recent developments in Egypt, I hope, will not force our 11 thousand students to stop their studies there. Suddenly their future is uncertain. Suddenly Allah takes away this luxury.

Narrated Ibn Abbas (radi Allahu anhu) that the Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “There are two blessings which many people lose: health and free time for doing good.” [The Book of Ar-Riqaq: Sahih Bukhari].

Since this is the time when mandarin oranges are in abundance, please make maximum use of it to boost your immunity :D . When you are holding the orange in your hands, say Alhamdulillah for this little pleasure of having a choice to kill your cancer cells now before they manifest themselves.

Saturday, 1 January 2011

Preparing for 2011

Tomorrow is the start of a new year, and insyaAllah it will be an interesting year for us. We are hopeful that we can return to Malaysia in a few months time and I have many plans ahead, especially for the kids. For myself, I plan to get back to work, as my family needs me, and also to study, medical and other things, and I ask Allah to give me good, righteous teachers. But to start the year, I want to be a more humble person.

If you are a doctor, you will understand that this is not easy. If you don't have a profession yet, and you want to be a humble person, then cross medical doctor out of your list. Being one is not good for one's ego. People constantly look high up on you, even your family members ("anak den doktor kat spital tampin tu haa")...---> ni bukan mak saya yg cakap ok...

Even in a small hospital, the doctors have their own parking spaces, their own pantry, in monthly assemblies (we are a government agency, remember) the front seats are reserved for us, the nurses and other support staffs greet us at the corridors. Whoever begin their work as a doctor with pure intentions in their hearts, will surely later have the seeds of arrogance planted. How many times do we feel that we have saved somebody while the truth is that it was never in our hands?

Indeed this arrogance and feeling of superiority is also displayed among the doctors themselves. Between consultants and junior doctors, between a physician and a surgeon ("this is my field, I know better than you") and between doctors in district hospitals and general hospitals.

Many times I have said that I want to study and become a specialist, but if becoming a specialist will result in me (or my family) being thrown into the Hellfire, then Ya Allah, please deter me from achieving it. Please be with me all the way. And if that is Your decision, please grant me sabar and redha.

The Iblis worshiped Allah longer than any of us, and has knowledge greater than any of us, but what made him The Cursed One? His arrogance that he was made from fire and Adam (alaihissalam) was only made from dirt.

Rasulullah (saw) said;


“The Heaven and Hellfire were arguing, and the Hellfire said, ‘What’s wrong with me? Only arrogant people go into me.’ The Heaven was saying, ‘What’s wrong with me? Only the humble people go into me.’”

I put an excerpt from a series of lectures by Imam Suhaib Webb on the Surah Al-Fatihah, in which he deals with the topic of arrogance. Taken from here.

In the Qur’an Allah (swt) gave us a story in Surat al-Hujurat. Some Arabs came to the Prophet ï·º and said, “We believe, we are mu’minoon (believers).” Allah (swt) said, “The Bedouins say, “We have believed.” Say, “You have not [yet] believed; but say [instead], ‘We have submitted,’ for faith has not yet entered your hearts,” (Qur’an 49:14). Don’t give yourself names which you are not.

Look at the Qur’an. How did Allah (swt) describe the Prophet ï·º? This is beautiful. Allah (swt) told the Prophet ï·º “Say, “I am only a man like you […]”(Qur’an 18:110). Can you imagine that you are the Prophet ï·º, and you know that you are the last Prophet ï·º. You are sinless and Allah (swt) has forgiven everything that you have ever done before and after. You are the one who was given so many karamat (mercies) and mu’juzat (miracles) from Allah (swt). Imagine that you have to go to the people and say, “I’m a man like you.” You have to go to a bedouin who cannot read or write, who doesn’t know anything, and say, “I’m like you.” Imam Qurtubi explained that Allah (swt) tells the Prophet ï·º in so many places in the Qur’an to say “I am a man like you” to teach us not to give ourselves big labels. We should not say, “I am a Sheikh! A scholar! The sea of knowledge!” Look at the man who went and urinated in the masjid. The Prophet ï·º has to come to him and say, “I am a man like you.” Why did Allah (swt) say in Surat al-Jumu’ah, “It is He who has sent among the unlettered a Messenger from themselves […]” (Qur’an 62:2)? Imam Qurtubi explained that in these verses Allah (swt) wants to teach us to be humble. He wants to teach the Prophet ï·º humility and teach us also indirectly. We shouldn’t give ourselves these big labels and big titles. Just be yourself. Be simple. Be a normal person.

One time a man came into Madinah and he found some people sitting on the ground. He wasn’t Muslim and he asked, “Where is Muhammed?” The Prophet Muhammed ï·º answered, “I am Muhammed.” The man responded, “I bear witness that there is no God but Allah, and Muhammed is his Messenger.” Imagine, the Prophet ï·º was sitting on the ground, and he could not be differentiated from others. Be careful of position.

Someone asked why do I have to put the dr title in front of my name for this blog. I don't know why. It must be my ego in play. Now I want to change it. I thought I wanted to put something like 'A Woman Like You' then I realized what about the male readers? hehehehe....

So I presented my dilemma and asked the Wise Man of the House for his opinion. He said...

"tak payah tukar, yang penting niat tu nak berlagak ke tak... (the problem is I'm quite sure there was some elements of arrogance when I chose to use this name 2 years ago)....tak pun tukar je jadi Fat Mama Mirabelle"---[sambil menghirup mi kari tak pandang keliling]

hahahahahahaha.....(itu ler laki aku yang baik budi, jangan korang tak tau..)

**Mama Mirabelle is a mommy elephant who likes to tell stories to her baby elephant in the series 'Mama Mirabelle Home Movies'.

Back to the main topic..I must admit that this is my hardest resolution ever as it does not have a clear method and it is not measurable (by humans). The deadline is of course my death. I wouldn't even know if I succeed, until many thousand years from now. Feel free to help me with this anytime. And I ask for your forgiveness, readers, if I ever hurt you in the past because of my arrogance.


So to start 2011, I think I will just use Mamaboyz. Of course this will have to change again if we were to be blessed with girl/s.

Welcome 2011. May Allah be with us in our every steps. And every step bring us closer to Him.

Wednesday, 29 December 2010

AlFatihah to a young fighter

My mum just informed me that Dr Mas Afzal has returned to our Creator on the 18th Dec 2010. I'm deeply saddened by the news, I didn't know he was admitted with septicemia and lung infections on the 2nd Dec.

If you are wondering how special he was, according to his friends in Sheffield where he studied medicine, during his good health, that soft-spoken young man would brave the cold weather to walk up a steep road to pray Subuh in congregation every day. Only selected people can do that. And Subuh here in UK is not always at 6am everyday, it can be as early as 2 am. Indeed Allah loves him more.

Somehow he had the urge to write a last tribute to his mum. That was his last blogpost.

I'm not exactly sure why I have penned this thoughts down, but I just feel the strong urge to show my deepest appreciation to my mom. My guardian. The one person in life I know will never disappoint. The one person I know who will always provide me with that unconditional love, through the thick and thin. To everyone out there, love your mom and NEVER ever break their heart. Tell them, in your own way, that you love them and that you will never trade your mom with anything in this entire world. 
 Never failed to be touched by this farewell video to his friends.... 





I treasured a saying from his late grandmother,

When you feel poorest, give the most. When you feel the richest, give
even more. When you are at your happiest, pray and be thankful to Allah.
When you are at your angriest, you pray even more.

AlFatihah....

Thursday, 9 December 2010

Pagi ini....

Sudah lebih kurang 2 minggu kami berada di bawah paras beku. Salji yang turun minggu lepas masih bersisa di jalanan. Saya bangun pagi tadi dan lihat suhu -9 darjah Celsius. Bukan yang terendah. Beberapa hari lepas ia serendah -13.

Saya memang spesies tak tahan sejuk. Kalau Papaboyz boleh berkemeja T saja dalam rumah pada waktu begini, saya kena pakai 3 lapis.

Saya pasang heater. Tapi heater tak mahu menyala! Sejak semalam dia buat hal, tapi saya mengharapkan yang selepas ia 'berehat' ia akan berfungsi semula. Tapi tidak. Heater yang ada di ruang tamu memang sudah rosak. Beberapa kali kami adukan kepada pihak pengurusan apartment kami tapi jawapan mereka masih 'stok belum sampai'. Yang baru rosak ini ialah 'portable heater' kami yang kecil.

Saya rasa sedih. Kaki dan tangan saya semua mengelupas dan pecah-pecah. Saya rasa mungkin saya ada simptom 'chillblain' (err google sendiri yer) tapi saya tak mahu makan ubat, sebab taklah teruk sangat. Adakah saya mahu masuk semula ke bawah selimut tebal itu? Tapi saya tak mahu masuk ke bawah selimut itu kerana Rasulullah (saw) mendoakan rahmat untuk umatnya yang bangun awal pagi. Lagipun saya dah berjanji dengan Papaboyz dan Adam untuk menebar roti canai pagi ini.

Ya Allah, sejuknya! Bagaimanakah aku ingin memanaskan badanku yang sejuk ini, sudah berlapis pakaian yang ku pakai. Apakah Kau akan mendatangkan kehangatan di pagi dingin musim sejuk yang sedang dilanda tiupan Artik ini?

Saya melayar internet mencari2 inspirasi pagi. Entah macam mana saya sampai kepada seseorang yg sedang bercerita tentang Nabi Allah Zakaria (as). Ketika itu baginda melarikan diri ke dalam sebuah kebun ketika dikejar kaumnya yang ingin membunuhnya. Baginda menyembunyikan diri di dalam sebatang pokok, tetapi musuhnya mendapat tahu dan mereka membelah pokok itu. Nabi Zakaria (as) mengaduh kesakitan ketika kepalanya digergaji. Turunlah Jibril (as) lalu berkata, "Ya Nabi Allah, sekiranya engkau orang yang bersabar, janganlah engkau mengeluh".....

isk..isk..saya lupa rakyat Palestin menghadapi musim sejuk ini di bawah runtuhan bangunan sahaja. Saya juga sudah lupa kesejukan Ma Yan, gadis wilayah Ningzhia yang meredah lereng2 bersalji hanya kerana hendak ke sekolah. (nanti saya tuliskan review buku itu, The Diary of Ma Yan).

Saya mahu jadi orang yang sabar. Ia jenama ahli syurga. Anda semua tidak akan dengar saya mengeluh lagi.

Saturday, 2 October 2010

Update

Assalamualaikum semua :)


Saya semakin jarang menulis. Sebenarnya banyak je dalam kepala saya tunggu untuk dimuntahkan ke dalam 'drain' ni, tapi tak zahir pula jadi post dalam blog ini. Saya tengok bulan September ada satu je post. Siapa2 yang rindu saya minta maaf yer hehehe...

Sebenarnya saya dah mula kerja semula. Tapi part time saja. Saya ditawarkan semula bekerja di sebuah klinik tempat saya bekerja sepenuh masa pada tahun 2008 dulu. Tapi di sini saya bukan bekerja sebagai doktor kerana saya tak ada lesen untuk practice di UK. Bayaran untuk mendapatkan lesen adalah mahal dan prosedurnya sangat leceh, membabitkan peperiksaan juga. (OK alasan). Tapi alasan sebenar ialah tentunya anak2 saya kan. Siapa pulak nak jaga diorang kalau saya sibuk bekerja?

Saya bekerja membuat ringkasan sejarah pesakit. Di sini sistem rekod pesakit mereka ada dalam bentuk fizikal (kertas dan fail2) dan maya (online). Jadi kerja saya ialah untuk setiap pesakit baru di klinik tersebut (ia klinik kerajaan) saya perlu membaca seluruh fail mereka kemudian sejarah hidup mereka diringkaskan ke sistem online. Ini bertujuan supaya apabila mereka datang berjumpa doktor2 disini doktor2 itu tak perlulah pening kepala menyemak fail mereka, hanya klik pada sejarah mereka sahaja. Dari sejarah keluarga, berapa kali masuk hospital, berapa kali cuba berhenti merokok, berapa kali cuba bunuh diri, semua ada di hujung jari.

Ia memang sesuatu yang saya impikan untuk sistem kesihatan Malaysia.

Saya dipanggil semula bekerja kerana mereka mengalami 'backlog' yang serius dalam sistem rekod mereka. Banyak timbunan fail tidak diringkaskan ke online.

Saya hanya bekerja beberapa jam seminggu. Saya katakan saya hanya boleh bekerja ketika waktu budak sekolah. Mereka setuju. Bilakah ibu2 di Malaysia akan dibenarkan hanya bekerja semasa budak ke sekolah? :) Untungnya anak2 di sini.

Nanti saya ceritakan lagi. Episod saya bekerja di klinik ini sebenarnya banyak mengajar saya. Bukan saja tentang sistem kesihatan mereka yang sangat komprehensif. Tetapi juga tentang hidup ini. Kalau saya tidak bekerja di sini tentunya tahap pemikiran saya masih di takuk lama. Mungkin saya akan ceritakan tentang staf2 disini yang pelbagai ragam, tak pernah saya jumpa di Malaysia. Dan Allah memang Maha Kuasa. Di bumi Kristian yang liberal ini, Dia tempatkan saya bekerja di sebuah klinik yang semua stafnya adalah perempuan, dan seorang daripadanya beragama Islam. Semasa saya kerja sepenuh masa di sini dulu tiada masalah untuk saya bersembahyang dan sebagainya. Mereka juga menghormati kami yang hanya makan makanan halal. Apabila mereka belikan saya biskut, mereka akan pastikan ia berlabel 'suitable for vegetarian'.

Klinik tempat saya bekerja

Kemudian saya tengok gambar2 yang banyak tidak difailkan dari kamera saya. Ohh, banyak sebenarnya yang saya belum tulis. Lawatan kami ke The Eden Project yang menyebabkan saya tidur bermimpikan Malaysia pun belum saya tulis. Kemudian memoir2 terbaru yang saya baca juga saya belum tulis 'review'nya.

Betul lah masa itu aset terpenting seorang manusia, kerana apabila ia pergi tak dapat diganti lagi. Masa kita lapang, masa kita sihat, masa kita kaya, masa kita muda. Masa kita hidup. Kata2 hikmah manusia bijak pandai yang lain tentu tidak dapat menandingi nasihat Rasulullah saw yg paling berharga ini.

OK jaga diri semua!

Friday, 17 September 2010

Ramadhan dan Syawal di Manchester

Tidak pernah saya menulis tentang Ramadhan dan Syawal selama di sini. Tahun ini mesti tulis sedikit kerana insyaAllah tahun depan kami beraya di tanah air.

Ramadhan kali ini jatuh pada musim panas. Jadi subuh masuk seawal pukul 3 pagi dan Maghrib bermula selewat 8.45 malam. Tidaklah lapar atau dahaga sangat tetapi penatnya memang sangat terasa.

Tekak Papaboyz pula asyik nak makan kuih Melayu. Jadi tiba2 saya terpaksa memandaikan diri memasak kuih muih Melayu yang dulu saya anggap orang2 terpilih saja layak membuatnya hehe...tengok2 senang saja rupa2nya.

Keria versi cekodok (tak payah uli dan bentuk)--thanks KNV! sgt gembira bila dapat resipi mudah :)

Love lopes... ni lagi sedap dari lopes biasa nih hehe

Kuih ketayap pucat...tapi kalau tutup mata rasa dia sama je macam yg jual kat kedai

Apam balik- tiada dalam gambar. (nak jugak masuk list tu)


Ada juga bazaar Ramadhan disini. Dari sate, nasi kerabu, murtabak, laksam sampailah ke jubah dan tudung juga ada dijual.

Ke bazaar ramadhan bersama jiran sebelah rumah, Azman dan keluarga (Melayu Brunei)

Murtabak dan nasi minyak kot

Tudung2 dan buku / CD Islamik untuk kanak2 (nak beli ini online shopnya-MyFirstep)

Jubah dan kuih raya

Jadi apa kitorang beli? Sate, murtabak dan laksa. Roti jala jiran sedekah.

Setahun sekali

Helwa Manchester (persatuan hal ehwal wanita Manchester) pula menerbitkan 2 buah buku resipi untuk membantu suri2 rumah mempelbagaikan juadah di rumah. Bagus juga sebab resipi2 semua yg senang2.

Volume 1 and 2

Sumbangan resipi adalah dari warga Helwa sendiri. Saya tergelak sorang2 bila baca resipi puding yg ditulis oleh seorang ahli kimia..

....supaya campuran bahan-bahan di atas sebati (homogen)


Pada 1 syawal pula kami pergi solat sunat Aidilfitri di dewan sebuah sekolah yang disewa untuk acara ini. Ramai yang datang. Saya letakkan budak2 di tepi, beri mereka cereal dan dapatlah saya sembahyang juga (walaupun tak berapa khusyu' sebab saya terperasan Ammar ada tanda2 nak memukul budak lain). Selesai sembahyang saya tengok ramai pula budak sedang duduk bersama makan cereal. Nasib baik mereka tahu berkongsi.

Sebelum sembahyang sunat Aidilfitri

 Makan dgn kawan2

Abid pun nak jugak

Selesai solat raya kami berkunjung ke beberapa rumah terbuka kawan2. Rajinnya mereka memasak. Kuih raya pun banyak. Rumah kami saja yang tak ada kuih raya.

 Budak2 makan kuih raya

Laksa johor dan soto johor di rumah orang johor

Mihun sup, ketupat rendang semua ada

Bertandang ke rumah Syah dan Baiti yg baru pindah rumah.

Asyik gambar makanan kat rumah orang lain je, rumah sendiri macam mana? Lupa nak ambil gambar hidangan2 vadevass saya tu... gambar kek je yang ada tangkap..

Butter cake with white choc-cheese cream (kitorang je baham, tetamu2 raya tak sempat :P)

Kami tak buat rumah terbuka. Tapi sesiapa nak datang cakap saja ye. Bagi notis awal 3 jam boleh la saya siapkan apa2 yang patut dengan skill saya yang terhad ni. Jangan risau bahan2 semua ada :D


Selamat hari raya!

(Apa kes Ramadhan dan Syawal cerita pasal makan je? Mana cerita tarawikh, tadarus, qiamullail, zakat, sedekah, maaf bermaafan etc :P...aduhh maaflah tak mampu utk tulis reflection sehebat tempias Ramadhan itu sendiri. Cukuplah beringat beberapa kejadian Ramadhan tahun ini- bencana air bah di Pakistan, si Paderi Bodoh yang nak bakar Quran, iklan berunsur syirik TV3, bunuh, bakar dan tabur Jutawan Malaysia).

Oh ya..ada satu perjalanan Ramadhan yang saya nak kongsi bersama. Ia catatan Aman Ali dan Basam Tariq, 2 jejaka Muslim Amerika yang mengembara ke 30 negeri di Amerika dalam masa 30 hari Ramadhan untuk mengunjungi 30 masjid2 terpilih di Amerika. Membaca kembara mereka mengingatkan saya yang Islam itu seluas-luasnya tetapi ia masih ummah yang satu. Terima kasih Pakcik Hasan Almanar yang beri link :)

Saturday, 21 August 2010

If you are hungry...

The recent flood in Pakistan has affected millions Pakistanis. The destruction of homes, crops, infrastructures will not end there, infectious diseases will soon emerge. Here are some pictures, as a reminder to us, of our countless blessings. Especially now in the month of Ramadhan, whenever we complain of hunger...ooh can't imagine their hunger :(

(I got this from facebook, hope the owner of these photos doesn't mind me posting the photos).

August 6, Northwest Pakistan

what's left...

catching water bottles...

when you are hungry...

:(

police beating looters..please :( .. he is only hungry....

Tuesday, 10 August 2010

Tentang Niat

Beberapa hari lepas saya terpandang sekeping gambar di Facebook yang agak membuat perasaan saya entah gembira atau sedih. Yang sebetulnya saya berasa dengki. Seorang kawan sekelas saya ketika di fakulti peubatan UKM bergambar ketika hari konvokesyennya. Ia konvokesyen untuk ijazah sarjana. Ini bermakna dia seorang pakar sekarang. Pakar sebelum umur 30? Hebat kan? Itu sebabnya saya dengki dengan dia. Tetapi sebenarnya dalam banyak2 orang memang dia lah yang paling layak menerima darjat itu. Dia seorang Muslimah yang sangat merendah diri. Dia sangat pandai. Ketika peperiksaan akhir yang menentukan sama ada kami akan ditauliahkan sebagai doktor atau tidak ramai orang yang cukup2 makan saja lulusnya. Tetapi dia, dia lulus cemerlang malah dipanggil untuk 'distinction viva' iaitu temubual oleh pensyarah2 kami dan juga pensyarah2 luar untuk memastikan sama ada pangkat A yang diperolehinya wajar diberi A+ atau tidak. Saya lupa sama ada dia berjaya di peringkat itu atau tidak. Tetapi sebaik sahaja kami tamat housemanship dia telah dipanggil semula oleh UKM untuk dilatih menjadi pensyarah dalam bidang perubatan dalaman (internal medicine). Dan minggu lepas dia telah berjaya menggenggam ijazah sarjananya. Sebelum umur 30 tahun (sarjana perubatan mengambil masa 4 tahun, bukan setahun seperti bidang2 lain). Dan dia juga seorang isteri dan ibu. Bukan seorang diri yang mempunyai semua masa untuk diri sendiri.

Walaupun dia sangat pandai, kalau bercakap biasa dengan dia tentu kita tak terasa 'inferior' dengan dia. Dia hanya menunjuk pandai jika kita bertanya soalan berkaitan pelajaran atau pun semasa peperiksaan. Gambar konvo itu pun bukan dia yang letak. Itu hanya gambar yang di-tag oleh rakan sarjananya. Di statusnya pun tiada kata2 " Aku pass!" atau sebagainya.

Saya menegurnya dan berkata tahniah dan saya dengki padanya. Jawapannya? Terima kasih, nanti turn kau pulak.

Saya terfikir, kenapa saya dengki padanya. Memangla sebab dia lebih daripada saya kan. Tetapi kenapa saya nak jadi macam dia? Kenapa saya nak belajar dan menjadi pakar? Untuk gaji lebih? untuk status yang lebih tinggi? Supaya orang puji2 saya dan menjadikan saya rujukan?

Saya pun tak tahu (atau sebenarnya saya tahu?). Niat sambung belajar untuk menjadi lebih pakar memang banyak dibayangi unsur riak. Susahnya nak bersihkan niat itu. Saya tertanya adakah antara kita yang menyambung master atau phd semata2 kerana Allah? Kerana kita mahu Islam gilang gemilang. Kerana Rasulullah suruh kita menuntut ilmu hingga liang lahad?

Tentang niat ini sudah lama saya ingin kongsi satu tulisan kawan kami, Dr Wan Ahmad Hafiz. Dia dan isterinya (yang pernah berkongsi satu dorm dengan saya ketika tingkatan 1) telah belajar dan bekerja di Ireland selama 10 tahun. Kini mereka akan pulang ke Malaysia (for good). Ini sememangnya satu keputusan sukar kerana gaji doktor di Ireland mencecah RM 30 ribu sebulan. Peluang melanjut pelajaran juga agak senang berbanding di Malaysia. Untuk melakukan satu penghijrahan memang perlukan pengorbanan dan niat yang betul.

Ini tulisannya tentang niatnya untuk kembali ke Malaysia, yang saya ambil dengan izinnya.

Reasons to go home

When i told others of our plan to go home for good (Insya-Allah), I'll be greeted in any of these few ways:
- "That is so nice. Where is your country? Are you looking forward to that?" etc. Obviously this response usually comes from non-malaysian, who does not really know what is the situation back in malaysia.
- "Why would you want to go back to Malaysia? Didn't you hear all the crazy things that happens to doctors in Malaysia?"

I guess, i don't have any particular tendency or urge to dwell too much on the debate which one is better. I just get on with it, and once i made my decision, let us hope for the best, Insya-Allah. Money is not the ultimate objective for me to stay in ireland. Of course to certain extent, it would help to have an extra income. But there are other reasons. There are people who want to stay here for their children educations, others want to finish their training up to the consultant level and others probably for political reasons.

For whatever reasons that we have, let us make sure that the time we spend in one place would not go wasted from the world viewpoint and moreover the hereafter. The correct intentions are so vital that everyone of us should examine every so often, even for those already in Malaysia.

Intention

If i begin with good intention of the reason for coming home, what would it be? Can i force myself to have these intentions? A man came to the prophet and asked, "A man fights for war booty, another fights for fame and a third fights for showing off, which of them fight in Allah's cause?" The prophet replied, "He who fights that Allah's word (ie Islam) should be superior, fights in Allah's cause. (Sahih Bukhari, Muslim).

We learnt from this simple hadith that any intention to elevate islam to its proper level is the way to go. It could be in many different ways. Money could come into picture, but with the correct intention so that we can help other people in need.

Value system

Different communities has different value system. I agree that we might not be 'culturally' advance compare to people of Western world, but I feel at ease talking to our own people and especially with people of the same belief system. It might be that people who stays abroad wants to propogate the teaching of Islam, but for me, I have been here for 10 years, what did I do for Islam? In my opinion, Insya-Allah I might do better in Malaysia.

It would be nice to discuss about religion in open space. I remember reading a blog of my friend. She ts an anesthetist who put people to sleep. She asked a patient to say shahadah before doing so, and the patient died later. This story might be really simple to you, but it sticks with me until now. I would not have the oppurtunity to say those things, and I really want to say it to people:
- Makcik, kita cuba sedaya upaya untuk berubat, tapi jangan lupa selalu doa okay. Allah sentiasa menerima doa hambanya. kalau bukan dgn cara yg kita nak, mungkin dia elakkan kita drp bala yg lebih besar.
- Jangan lupa ajak/tolong dia sembahyang walaupun dalam keadaan macam ni pakcik. Boleh tolong ambik wudhu. Sebelum dia tidur, ajar dia mengucap selalu yer pakcik.
- Dialysis ni umumnya tak membatalkan puasa pakcik. Pakcik boleh cuba puasa kalau pakcik larat. kalau pakcik nak tanya apa apa lagi, boleh saya tolong - kalau saya tahu.
- Tak perlulah marah marah, kita sama sama buat kerja doktor ni. Kalau saya salah, boleh tunjukkan cara mana yang lebih elok. kalau marah marah, itu cuma buat saya sakit hati dan tak akan belajar apa apa bende baru pun.

And so many more....

Family

Looking back at my life history, I actually spent more time outside my home than inside. I left home when I was 13. and till now still am away.

My mother died when I was working in Ireland. i have already missed the whole good deeds that i can do to my mother. Remember the hadith of being dutiful to a mother 3x more than a father. This means that I have to be dutiful to my father a lot more now. Ibn 'Abbas said, "If any Muslim obeys Allah regarding his parents, Allah will open two gates of the Garden for him. If there is only one parent, then one gate will be opened. If one of them is angry, then Allah will not be pleased with him until that parent is pleased with him." He was asked, "Even if they wrong him?" "Even if they wrong him" he replied. (Al-adab al-Mufrad). Ibn Abbas said that he did not know of any action better for bringing a person near to Allah than dutifulness to his mother.

What about the rest of our family members, old or new. I felt that it is part of my duty to 'practically' expand the already expanded family.I don't want to be known as an uncle whom they see only once a year. I want to be involve with them, teaching them something about this life that I have learnt. My kid will need to know who are her parents' family and friends. It is part of the sunnah to continue this tie of friendship with the friends of our parents.

O my brothers and sisters, Prophet has cursed the person whom while having their father and mother but still could not enter jannah, because they did not serve their parents well. And may Allah prevent us from the curse.

Things to change

But they are so many things that are not right yet in malaysia. Look at the salary or working condition for example. And how uneven the distribution of doctors. While in UM, we hear about extracorpuscular shockwave therapy for angina, something which i have to do a bit of reading as i haven't heard about it before - in other place we have doctors performing all sorts of procedure without proper supervision as there just not enough doctors there. Look at the attitude of people/doctors. the back bitting was so severe. That does not include the rape, baby dumping syndrome, the heat, balck magic etc.

Let us not forget, these things does not happen in Malaysia only. It happens here in Ireland as well. we hear almost every day people are bitching each other. In peripheral hospitals, the A&E system was so defective that other doctors make fun of them. Alcohol is everywhere and so difficult to go to restaurant where there is no alcohol on board. Islamic schools are scarce in number, and our teens are exposed to the danger of free sex, drugs and alcohol.

Most of us who is living abroad would like to go home one day. we can make a choice, whether we can be part of the team to build the health system to the level of our satisfaction, or we can join only when almost everything is in place. Of course there will never be a perfection in health system. While there are still plenty to do, I think i better get involve soon.

It is a bit like Naruto after few years training outside the village with Jiraiya. When the training finished, it is time to pass the knowledge to others. Not that I am saying I have sage power, but i do believe that I have the responsibility over other people in the village/country.

Other wordly things

Imagine shopping complex that close at 10pm, not at 6pm, with rows of shops and new gadgets in Low Yat, instead of Currys + PC World + Dixon. in which they are all from the same parent company. Warung that open till midnight, especially when you are tired after coming home from work and too lazy to cook, instead of delivery from Spice n Rice or Chiken Hut.

I have enough of Castles and Churches around Europe when I travel. I am longing to go Sabah & Sarawak with my family, or having a camping experience again like the good old days.

I want to attend formal religious education in the masjid, instead of listening to VCD of Dr Asri, or searching Youtube of Islamic lectures, or learning from books - which is not complete.

May Allah show us the proper way to a prosper hereafter, with whatever way we choose to live in this world. Ameen.

It is time to go home.
@Peace.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini blog beliau, yang banyak isi tapi 'senyap sunyi'.

Ramadhan akan bermula. Setiap tahun ayah saya pesan apabila niat puasa niat untuk menyucikan diri sekali. Baru sekarang saya agak2 faham maksudnya (sebab ayah saya jenis diam yang tak berapa pandai nak huraikan maksud). Masa kecil hanya ikut-ikut saja. 

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

On a lighter note- hari itu Papaboyz berniat membelikan saya sesuatu, tapi ada masalah lain pula (kami kena beli kereta baru kerana kereta tua kami rosak!) jadi ia perlu dibatalkan (atau ada kemungkinan tangguh saja?). Papaboyz kata, takper.. yang penting niat ada dah dapat pahala :P

Saturday, 7 August 2010

Kisah 3 Musim

Waktu itu cuaca masih dingin. Maklumlah, bulan Februari, angin dari benua Artik masih bertiup. Kami mendapat panggilan dari kawan kami di Leeds yang adik saya pengsan dengan berlumuran muntah di rumahnya. Memang sudah sebulan dia tak berapa sihat, kurang selera makan dan asyik muntah. Kami sangka kerana jangkitan virus yang lebih dikenali sebagai 'winter bug' (Norovirus). 2 kali dia berjumpa doktor dan doktor hanya berkata 'rest and plenty of water' saja.

Sedang mengulangkaji dengan rakan2. Ketika ini dia sudah mula sakit.

Pada mulanya saya masih menyangka yang dia hanya 'dehydrated'. Mungkin otak saya cuba menipu saya untuk melindungi perasaan saya. Sedangkan seminggu sebelum itu kami ada melawatnya dan saya perasan dia agak pucat dan mengadu hidungnya berdarah tak berhenti. Jika saya di dewan peperiksaan dan diberi kes pesakit seperti ini, dengan sejarah kansernya dulu, tentu dah berhelai2 kertas saya jawab apa masalahnya pesakit tersebut. Tetapi fikiran saya seperti dihijab. Itu sebabnya etika kedoktoran tidak membenarkan seorang doktor merawat keluarga sendiri, kerana pesakit tidak akan mendapat rawatan terbaik, dia sama ada akan 'undertreat' atau 'overtreat'.

2 jam selepas itu saya menerima panggilan dari pakar di jabatan kecemasan Leeds General Infirmary. Dia bercakap dengan saya seperti doktor bercakap dengan doktor. Dia terus memberitahu saya keputusan garam Potassium darah adik saya. 8.5. Ia memang dos maut. Saya duduk dan minta dia ulang. Dia mengulang dan memberi juga kadar urea dan creatinine (toksin yang patut dibuang oleh buah pinggang). Ia hampir 2 ribu.

"We have to dialyze him straight away"

"Sure..."

Saya berfikir apa yang sedang berlaku. Adakah kanser dia kini menyumbat buah pinggangnya? Ketika itu memang tak diketahui lagi. Saya menelefon kakak saya di Malaysia. Ibu saya baru 2 minggu kematian emaknya. Kami tidak memberitahu sesiapa lagi. Selepas beberapa jam doktor memberitahu yang adik saya akan dipindahkan ke hospital besar untuk didialisis. Hmmm bila saya nak beritahu ibu bapa saya ni... saya mula terfikir kalau2 berlaku komplikasi sewaktu dialisis tentu saya akan rasa bersalah. Sebenarnya saya masih mengharapkan yang keadaan adik saya sebenarnya tidak sekritikal yang saya sangka, supaya berita yang bakal disampaikan itu tidaklah begitu buruk.

Saya telefon mak saya. Saya tanya adakah dia berdiri atau duduk. Dia kata duduk. Saya katakan saya ada berita. Mak saya terus menyangka yang saya mengandung lagi. Kalau itu beritanya tentulah saya tak telefon malam-malam.

Dipendekkan cerita malam itu juga ibu bapa saya menempah tiket kapal terbang.

Sebelum ibu bapa saya datang adik saya sangat kritikal. Jantungnya boleh berhenti bila2 masa kerana potassium yang tinggi itu. Dia boleh koma akibat toksin urea yang mungkin ke otak. Dia boleh strok kerana tekanan darahnya mencecah 200/120mmHg. Alhamdulillah dia masih sedar. Kemudian apabila mereka menebuk pinggangnya untuk 'bypass' buah pinggangnya dia mengalami pendarahan yang tak berhenti. Saya tahu pada ketika itu doktor2 hanya membuat apa yang mereka mampu tapi mereka juga berserah. Mereka tak benarkan saya balik kerana ada kemungkinan mereka terpaksa memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengesan punca pendarahan.

"We'll wait and see.."

Alhamdulillah selepas beberapa jam pendarahan berhenti sendiri.

Semasa di high dependency unit

Saya terpaksa ke bilik hostelnya mengambil beberapa barang. Apabila saya masuk, saya lihat sekeliling dan saya duduk menangis seorang diri. Mungkin kerana saya berada di bilik tempat dia belajar, tempat kehidupan normalnya seperti orang lain (yang tidak selalu dia nikmati). Di dinding penuh dengan nota2 dan doa2. Di tepi tingkap ada gambar ketika dia berumur satu tahun, di sebelah kek berbentuk nombor 1. Itu gambar 'favourite'nya. Kehidupan normal untuk dia memang episod2 sementara. Apabila saya turun Papaboyz bertanya kenapa lambat. Saya katakan saya terpaksa mengemas biliknya yang bersepah.


Sehari sebelum ibu bapa saya tiba di UK, saya 'menyental' badan adik saya yang dah beberapa hari tak mandi. Nanti terkejut pula kedua2 orang tua kami yang ada darah tinggi tu kalau melihat dia dengan tiub sana sini dan badan berbau.


Masih mampu tersenyum

Ibu bapa saya tidur di bilik asramanya. Sepanjang mereka di Leeds, warga Malaysia di situ memang telah membantu mereka di luar batasan insan biasa. Yang memasak untuk mereka setiap hari, yang menghantar dan menjemput dari hospital setiap hari, yang membawa ke kedai, yang membawa ke universiti berjumpa pensyarah, yang meminjamkan wang ketika kesesakan, tidak kurang juga yang mendoakan. Ramai yang menyuruh ibu bapa saya tinggal saja di rumah mereka, tapi ibu bapa saya menolak kerana takut akan lebih menambahkan beban mereka yang semuanya masih belajar.

Hampir sebulan adik saya di hospital. Tekanan darah tak stabil, menunggu toksin turun etc. Nasib baik hospital agak selesa. Dengan hidangan makanan yang boleh dipilih dari senarai menu (juga ada menu halal) dan khidmat perpustakaan bergerak, juga pelajar2 jururawat yang sering melayannya.

 Menu, pilih ikut selera

Yang halal

Setiap katil pesakit mempunyai 'entertainment port' sendiri (tv, radio, telefon dan internet)

Salji turun menyeliputi bumi UK. Ibu saya yang tidak pernah melihat salji berpeluang bermain salji. Mahal sungguh harga pengalaman main salji itu, harganya ialah kesihatan anak lelaki tunggalnya.

Mereka memasukkan 'stent' ke dalam salur buah pinggang adik saya dan tiub kecing di pinggangnya dicabut. Namun tak sampai 2 minggu 'stent' itu telah dihimpit oleh kanser yang ganas itu. Adik saya terpaksa ditebuk kembali dan kali ini tiub kencing itu kekal bersamanya apabila dia keluar dari hospital. Maka berjalan2lah dia dengan 'ekor' tambahan. Kencing secara normal itu memang satu nikmat Allah yang kita tak pernah syukuri secara sedar.

Selepas sebulan  lebih ayah saya terpaksa pulang ke Malaysia kerana beberapa urusan keluarga. Kami katakan jangan balik dulu, tunggu chemotherapy mula baru balik jika adik saya tiada masalah. Tetapi ayah saya tetap berkeras untuk pulang. Selang beberapa hari ayah saya pulang adiknya pula pulang ke rahmatullah kerana kanser payudara. Mungkin itu sebabnya ayah saya bertegas untuk pulang.

Sebelum chemotherapy bermula Papaboyz mencukur rambut Ayim, supaya bila rambutnya gugur semangatnya tak gugur sekali.


OK jugak skill Papaboyz ni..

Musim bunga tiba. Bunga2 daffodil dan snowdrops muncul diikuti tulip dan lain2. Ibu dan adik saya tinggal bersama kami di Manchester dan berulang-alik ke Leeds untuk rawatan chemotherapy. Bermula juga perubahan dalam cara kami memasak dan apa yang kami makan. Saya cuba untuk tidak menukar menu, sebaliknya menukar bahan2 sahaja supaya kami tidak mendapat kejutan budaya. Minyak masak saya tukar ke 'extra virgin olive oil'. Telur biasa ke telur 'free range, high omega 3". Gula putih ke gula perang pekat (dark brown sugar). Tepung biasa ke tepung wholemeal. Buah-buahan dan sayur-sayuran dilebihkan. Ayam dan ikan tidak lagi saya goreng, semuanya dibakar. Makanan kaya phytochemical untuk antikanser dimasak setiap hari seperti cendawan, brokoli, bayam, capsicum, tomato, begitu juga buah2an berries, citrus dan epal. Resipi kek dan biskut juga saya tukar supaya lebih antikanser. Burger dan sosej kami dah tak beli. Daging juga kami dah tak beli. Tapi sesekali makan di luar memang ada makan juga benda2 ni. Agak sukar untuk berubah. Ia perlu banyak tenaga minda untuk konsentrasi. Ia juga dikekang masalah kewangan. Memang mahal. Tapi organ badan tiada galang ganti. Kalau sudah ada walau sedikit kerosakan, tempoh 'warranty'nya akan berkurangan.

Suatu hari saya mula memasak ayam 'goreng' saya tanyakan Papaboyz setelah dia makan.

"Ayam OK?"
"OK je. Rasa biasalah"

Nampak seperti dia berfikir adakah salah jawapan yg dia bagi hehehe. Agaknya adakah ini resipi baru yg sepatutnya dia rasa 'kelainannya'. Tapi sebenarnya itulah jawapan yg saya nak dengar. Rasa yang sama. Sebab sebenarnya ayam goreng itu tidak digoreng tapi dibakar. Rupa dan rasa sama seperti yg digoreng. Jadi sejak hari itu saya tidak lagi menggoreng ayam atau ikan, termasuklah jika hendak memasak ayam berlada, ayam kicap, ayam tomato etc. Saya rasa dengan cara ini kami telah megurangkan penggunaan minyak mungkin 30-40%. Minyak itu bukan sahaja meninggikan kolesterol tetapi ia juga pro-inflamasi dan pro-kanser. Jadi sebenarnya makanan berminyak adalah bukan sahaja faktor risiko untuk penyakit jantung, tetapi juga penyakit2 inflamasi (seperti arthriris) dan penyakit kanser. Cara ini juga mengelakkan saya dari mengguna semula minyak bekas gorengan (yang biasa dilakukan). Dapur juga lebih bersih, tiada percikan minyak, dan saya jimat masa memasak kerana boleh melakukan kerja2 lain ketika ayam dibakar dalam oven. siapa yang ingin mencuba cara ini lumurkan ayam dengan kunyit seperti biasa dan masukkan ke dalam oven tanpa menutupnya selama lebih kurang 20-30 minit. (Jika ayam ditutup ia tak akan rangup seperti ayam goreng).

Sebelum

Selepas.. Rupa dan rasa sama sahaja dengan yang digoreng

Kami juga cuba untuk mengurangkan makanan yang diproses. Oleh itu ibu saya terpaksa belajar dari saya cara2 membuat kek dan biskut. Oh, bilalah saya akan dapat breadmaker saya supaya saya boleh buat roti sendiri pula. Bukanlah rajin sangat, tapi sekurang2nya bila datang mood saya membuat roti bolehla kami makan roti segar yang bebas pengawet. Tetapi yang sangat sukar ialah mengurangkan garam dan santan. Yang ini kami masih tak dapat kurangkan. Ada cadangan?

Sepanjang menjalani chemotherapy, Alhamdulillah adik saya OK. Hanya lemah, pening dan demam beberapa kali. Sekurang2nya tiada ulser mulut, muntah2, septicemia atau komplikasi lain yang lebih teruk. Walaupun chemotherapy merosakkan sistem imun (yg sebenarnya sangat penting untuk membunuh sel2 kanser), kami cuba baiki sistem imunnya melalui makanan yang merangsang sistem imun seperti Green tea (3 cawan sehari), rempah-ratus, buah2an dan sayuran tertentu. Kami cuma ikhtiar. Penentunya hanyalah Yang Mengatur Sekelian Alam.

Strawberry celup dark chocolate (>70% cocoa)

Musim panas tiba. Mengikut kitaran waktu sahaja ia tiba, tetapi tahun ini tidaklah panas sangat. Suhu tidak melebihi 25 darjah pun. Hujan juga sering turun. Adik saya beransur sihat. Dia mula menyatakan yang kawan2nya sudah bekerjaya hebat, berkeluarga dan berharta. Ini gara2 melihat gambar2 di Facebook. Memang jika hendak dibandingkan dia dengan Papaboyz, pada umur Ayim sekarang Papaboyz telah pun mempunyai rumah dan kereta sendiri, isteri comel (hehehe) dan 2 orang anak. Apa yang dapat kami katakan? Memang dia tiada apa2 pencapaian yang boleh menaikkan 'self-esteem'nya. Tetapi sebagai pengembara dalam perjalanan ribuan tahun menuju ke destinasi kekal ini, Allah telah berfirman yang anak dan harta itu hanya hiasan sahaja, yang membuatkan kita lupa padaNya.

Rasul Allah (saw) said: “Be in this world as if you were a stranger or a traveler.” [Bukhari]

Dan sebenarnya apakah harta yang lebih berharga?

“Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” ( Riwayat Ibnu Majah )

Pun begitu kami sedar, tidak sama yang berkata2 dengan bahu yg memikul dan hati yang menanggung.

Minggu lepas pakar hematologi memberi kami keputusan CT Scan Ayim setelah dia tamat chemotherapy. Alhamdulillah, kanser yang menyekat buah pinggangnya telah tiada. Tetapi kini hanya buah pinggang kanannya yang masih berfungsi. Buah pinggang kiri telah kecut dan lesu.

Hari ini ibu dan adik saya berangkat pulang ke Malaysia.  Semoga selamat tiba tanpa apa2 masalah. Dapat pulang bersama ini sebenarnya satu nikmat besar, kerana pada hari ibu bapa saya tiba di UK pada musim sejuk itu kami tidak pasti sama ada Ayim akan mengikut mereka pulang.


Selamat Jalan Mama dan Ayim.

"Kalau ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi...."