Monday, 14 June 2010

Tentang tekad seorang ibu..

Banyaknya benda tertangguh untuk blog ini... nak cerita pasal Barcelona, nak sambung pasal pencegahan kanser, harijadi Abid dan Ammar yang baru lepas pun saya tak tulis apa2. Tapi saya ingat perkara yang ini tak boleh bertangguh. Ia tentang ilmu parenting.

Beberapa bulan lepas MIO ada memberitahu tentang blog 2 beradik yang sedang berlumba menghafaz Al-Quran, Darwisya dan Darwish. Ketika itu saya cuma klik dan lihat, "wow, hebatlah, tapi belum ada masa nak baca"- benda baik memang selalu syaitan lengah2kan kita, kan. Jadi ketika itu saya cuma 'bookmark'kan blog itu. Tapi tiba2 tergerak hati untuk baca semula.

Mula2 saya skeptik. Ini apa obses sangat ibu dua beradik ni nak jadikan anak2 dia Hafizul Quran sebelum umur pra-sekolah? Tapi saya curious jadi bacalah apa yang ibu ni tulis. Setelah banyak membaca saya menyesal tak baca awal2 dulu!

Saya bukannya nak cerita tentang kedua2 budak comel itu. Saya nak bercerita tentang kesungguhan ibu mereka.

Dari apa yang saya baca ibu Darwisya dan Darwish bukanlah seorang ustazah atau penghafaz Al-Quran sendiri (maaf jika saya salah) tapi dia nekad supaya roh Al-Quran itu dalam jiwa anak2nya sebelum anak2nya kenal dunia lain. Dia hanya akan memperkenalkan TV dan ilmu2 lain (matematik, sains dsbg) hanya setelah ilmu Al-Quran itu sebati dalam diri anak2nya. Dia bukan mahu sembunyikan dunia ini dari anak2nya, tapi hanya akan dedahkan selepas mereka kenal Al-Quran dulu.

Makanan mereka juga dijaga supaya betul2 halal dan snek/makanan ringan hanya terdiri dari makanan yang baik utk otak seperti kacang badam, coklat badam, kismis, madu, buah kurma.

Mungkin kita akan kata 'senanglah dia nak ajar sebab anak dia baik, dengar cakap etc' tapi tidak, anak2 dia seperti anak2 kita juga. Muqaddam koyak, flash card koyak, budak merengek berguling2 tapi si ibu tetap bersabar.

Setiap kali sebelum tidur si ibu akan menyuruh anaknya membacakan apa2 surah untuknya, dengan harapan suatu hari nanti apabila dia tidur untuk selama2nya mereka akan terus membacakan Al-Quran untuknya setiap malam.

Saya kongsi kata2 hikmat hukama (entah siapa?) yang ditulis di blognya;

"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan".

Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi).

Ia masa yang sangat terhad. 0 hingga 6 tahun. Kebetulan Allah beri saya kelapangan ketika waktu umur anak2 saya begini. Tentu waktu lapang ini sebenarnya untuk mereka, bukan saya. Saya selalu lalai dan hilang fokus.

Friday, 11 June 2010

Tentang Gaza dan Israel

Hmmm isu ini memang sensitif. Sebelum ini saya tak pernah sentuh apa2 tentang Palestin. Tapi diam bukan bererti tak peduli. Cuma saya rasa kurang layak untuk bercakap tentangnya. Biar mereka yang arif saja yang buat ulasan (dari segi politik atau agama).

Saya cuma mahu mencatatkan (bukan saja untuk berkongsi tapi lebih kepada supaya saya tidak lupa) tentang satu dokumentari yang saya baru tonton di televisyen sini bertajuk Ross Kemp Middle East (Part 1- Gaza dan Part 2- Israel). Pengacaranya, Ross Kemp dan krew telah pergi ke Gaza dan Israel, bukan untuk mencari apa2 atau mengesahkan apa2 (dia menyatakan yang dia pergi dengan persepsi neutral), cuma mahu merakam tentang bagaimana kehidupan di kawasan paling kontroversi itu.

Dia mendapati, semasa di Gaza:

1. Masyarakat tinggal dalam runtuhan bangunan. Tiada bahan binaan untuk bina semula apa2 infrastruktur yg musnah akibat dibom.

2. Infrastruktur yang musnah adalah infrastruktur tulang belakang sebuah negara iaitu parlimen, kediaman pemimpin, masjid, kilang, hospital dan 200 buah sekolah (bagi sebuah bandar jika kehilangan 200 sekolah, agaknya berapa saja yang tinggal?). Di sana R.Kemp bertemu dengan seorang pegawai UN yang membawanya ke kawasan2 runtuhan. Pegawai UN berkata-lihatlah sendiri, kilang biskut, hospital, sekolah. Ini yang dibom Israel.

3. 100 ribu orang hilang punca pendapatan akibat sekatan ekonomi. Sekarang mereka beratur mengambil makanan dari UN.

4. Pasar masih berfungsi. Apabila peniaga ditemuramah, mereka berkata barang2 didapati dari pasaran gelap, diseludup dari Mesir. Harga barang2 ini sangat mahal kerana terhad. Antara barang2 yg ada ialah buah2an, kopi, gula, biskut2, makanan tin, coklat dan gula2. Israel hanya benarkan kemasukan lampin bayi, susu, yoghurt, keju dan beberapa item yang saya tak ingat.

5. R. Kemp pun pergi melawat kawasan pusat penyeludupan ini, di sempadan Mesir. Ia dikawal Hamas. Bukan kerana ia aktiviti penyeludupan (sebab memang ini 'lifeline' mereka) tapi untuk memantau supaya dadah dan alkohol tidak dibawa masuk. Tanah digali sangat dalam, kemudian beberapa terowong dikorek menuju Mesir. Terdapat ratusan terowong talian hayat rakyat Palestine ini. Semakin jauh R. Kemp berjalan ke dalam terowong, terowong semakin gelap dan sempit. Semasa berjalan kelihatan seorang pemuda yg menggali cabang lain dengan alatan tangan sahaja. Terowong sangat panas dan bahaya. Tiada jaminan keselamatan langsung. Setiap hari beberapa orang akan mati terkambus kerana terowong runtuh.

6. Seorang usahawan yang perniagaannya telah pun ditutup akibat sekatan ekonomi berkata "90% rakyat Palestine mahukan keamanan. Kehidupan yang aman. Walaupun untuk mendapatkannya terpaksa bersalaman dengan Israel".

(Permintaan ini sebenarnya tidak boleh diperkecilkan oleh orang Islam. Ia jalan yang lebih disukai Rasulullah saw. Ingat Perjanjian Hudaibiyah?)

7. Setiap orang yang ditanya tentang Hamas tak mahu memberi komen (kenapa agaknya?).

8. R. Kemp juga melawat sebuah pusat rawatan pemulihan psikologi bagi kanak2. Semua kanak2 disitu telah melihat ahli keluarga mereka mati di hadapan mereka. R. Kemp melontar soalan- "Apa pendapat kamu tentang gerakan jihad dan pengebom berani mati?"-(kita tahu gerakan2 gerila jihad suka mengambil anak2 yatim ini untuk direkrut sebagai pengebom). Seorang kanak2 lelaki (mungkin usia 10-12 thn) menjawab- "Jika kami mati berperang mempertahankan negara kami, kami akan masuk syurga. Di syurga kami akan dapat apa saja yg kami mahukan. Apa yang ada untuk kami di sini?". Ada seorang budak yg diam saja sejak sesi bermula. R. Kemp bertanya kenapa dia diam membisu. Budak itu membuka mulutnya-"Ibu saya, ayah saya, atuk saya, pakcik saya semuanya sudah mati dibom. Tinggal saya saja. Apa lagi yg saya ingin katakan?" Seorang budak perempuan pula menambah "Ibu bapa saya juga mati dibom di rumah kami. Muka ibu hancur sebelah (sambil tangannya membahagikan mukanya kepada dua). Otak ayah terkeluar dan badan penuh luka (sambil tangannya menepuk2 badannya). Kemudian abang saya segera menyruh kami adik beradik keluar dari runtuhan ruang tamu kami..." budak itu terhenti di situ dan menangis di bahu budak di sebelahnya. Penterjemah bahasa R. Kemp, seorang muslimah yg cantik jelita juga menangis.

9. Kemudian R. Kemp dihubungi kumpulan gerila jihad (tak salah saya Jihad Islami dan Al-Quds). Jihad Islami menunjukkan bom2 mereka dan operasi mereka menghantar bom dan roket ke Israel. Ia aktiviti amatur. Bukan serangan komando atau jet2 pengebom seperti yang dilakukan Israel. Al-Quds pula sedang membuat rakaman mesej pengebom berani mati. Pengebom tersebut, seorang pemuda yang dipasangkan di sekeliling pinggangnya bom2 TNT. Dia kemudian membuat ucapan untuk rakaman tersebut. Setelah video dirakam, R. Kemp bertanya kepada pemuda tersebut, berapa umurnya. Dia menjawab, "saya berusia 24 tahun, seorang graduan universiti". Apa bidangnya? "Undang2" jawab pengebom. R. kemp bertanya lagi, "Sebagai seorang yang terpelajar, apakah awak rasa yang awak lakukan ini akan membawa keamanan?" (lebih kurang begitulah soalannya). Pemuda itu menjawab "Negara saya diperangi. Saya wajib melawan. War with war. Peace with peace."

Untuk bahagian kedua pula, R. Kemp ke Israel.

1. Tiada bangunan musnah di Israel. Kehidupan berjalan seperti biasa. Di beberapa tempat terdapat memorial2 yang didirikan untuk mengingati mangsa2 letupan bom akibat serangan berani mati warga Palestin atau roket gerila jihad. R. Kemp bertemu dengan beberapa orang bapa yang kematian anak akibat serangan2 ini. (Adakah ribuan anak yatim yang menderita? Tiada ibubapa atau makanan? Kalau ada tentu R. Kemp sudah menemuramah mereka).

2. R. Kemp berjumpa dengan pegawai polis patrol di sempadan Israel-Gaza. Kelihatan dari kawasan patrol mereka bandar Gaza yang musnah. Pegawai itu berkata yang pada bila2 masa saja roket akan terbang dari sana. Jadi tugas mereka untuk memantaunya. R. Kemp bertanya berapa besar kerosakan akibat roket2 ini. Pegawai itu menjawab 24 kematian dan 50 kecederaan serius. Saya sebenarnya tidak menangkap adakah ini jumlah keseluruhan statistik mereka (yang dijadikan justifikasi serangan Disember 2008) atau ini statistik serangan terbesar rakyat Palestin. R. Kemp bertanya "adakah anda sedar yang serangan Israel ke atas Gaza Disember 2008 mengorbankan 1300 penduduk Gaza dan memusnahkan seluruh infrastuktur Gaza?" Pegawai itu menjawab (dengan muka selamba)-"Saya memberi jaminan yang serangan kami hanya bertumpu kepada sasaran pengganas dan kami melakukan sedaya upaya kami untuk tidak melibatkan orang awam" (benang basah mana yang cuba ditegakkan? adakah awak ingat kami buta, tuli dan bodoh?)

3. Di bandar Tel Aviv suasana seperti bandar di negara lain. Manusia berpusu2 membeli-belah, ke panggung wayang, duduk di kedai kopi. Di sini masyarakat Yahudi Islam dan Kristian hidup seperti biasa. Mereka dipanggil sekular (ini benar untuk bangsa Yahudi Tel Aviv tetapi tak pasti pula adakah masyarakat Islam di situ sekular, tapi kelihatan juga muslimah berhijab berjalan2). Mereka dituduh berada dalam keadaan 'denial' kerana cuba untuk hidup seperti biasa.

4. R. Kemp pergi pula melawat sempadan Israel dengan Tebing Barat. Di sini Israel telah membina tembok tinggi yang dikatakan untuk pertahanan. Tapi sebenarnya tembok ini berada dalam kawasan Palestin. Jadi Israel telah mencuri tanah negara jirannya (saya tak pasti berapa kilometer). Kemudian dibina pula kawasan perumahan di tanah yg dicuri itu. Terdapat juga pendatang haram Israel yang datang ke Tebing Barat dan membina penempatan di atas bukit2. Mereka adalah golongan Yahudi Orthodox. Jurucakap mereka berkata ini janji Tuhan 2 ribu tahun dulu kepada mereka.Tanah itu tanah mereka. (Inilah cara mereka menunjukkan ketaatan kepada Allah dan Nabi Musa- sangat pelik). Aktiviti ini diiktiraf UN sebagai penempatan haram dan melanggar Geneva Convention of Human Rights.

5. Di akhir dokumentari, R. Kemp mengikuti satu keluarga melawat kubur seorang gadis yang terbunuh ketika serangan pengebom berani mati. Ibu gadis itu menangis sambil berkata "kebencian ini tak akan berakhir. Mereka adalah pengganas (terrorist)". (Ya, kesedihan ibu itu tiada siapa boleh bayangkan, tetapi siapa pengganas sebenar di sini?).

Itulah beberapa isi dokumentari itu. Pada pendapat saya ia dokumentari yang jujur. Malangnya, waktu siaran pukul 11 malam. R. Kemp menunjukkan beberapa aktiviti Israel yang diiktiraf tidak sah oleh UN- sekatan ekonomi ke atas Gaza, pencurian tanah akibat pembinaan tembok, penempatan setinggan Yahudi Orthodox di Tebing Barat, serangan ke atas Gaza Disember 2008 (dan terbaru, tiada dalam dokumentari- pembunuhan aktivis2 Gaza Flotilla di perairan antarabangsa). Tetapi memang Israel kebal. Tiada siapa berani menghentikan mereka. Suara pemimpin dunia lebih kuat mengecam Iran yang belum lagi buat apa2 dengan projek nuklear mereka (termasuk Israel yang juga mempunyai senjata nuklear).

Friday, 28 May 2010

Swollen...

with pride....



Congratulations to the teachers and girls. A school that pushes boundaries, instill passions and deliver gems. The soil where I learned to believe that the sky is not the limit....

The Wasted Vigil

Usually I will only write reviews on books that I like. Another reason I would write a review is when a book made me angry. Like this one. The author responsible is Nadeem Aslam.

This book tells the story of Afghanistan, and how the characters' life paths crisscrossed in the span of 20 years. Reading it was like doing a jigsaw puzzle, where you have to collect pieces along the way till the end to get the whole picture. The time line is not linear, sometimes going back and forth. About this jigsaw puzzle I must congratulate him. And also the language is good, poetic and lyrical. I will just give you the very first sentence of the book to illustrate this.

Her mind is a haunted house.


Most other reviews of this book are praises (in Amazon and Shelfari). But I think this book carries the wrong message of Islam. And since the author has a Muslim-like name, I believe the readers would get the impression that what is written in the book represents the real Islamic teaching. He did not clarify that some of the beliefs might derived from the culture there, not Islamic teaching itself. I am also angry about some things he wrote about the Prophet Muhammad (pbuh). Like when he said that the Prophet described heaven in the Quran based on places he visited during his journeys when he was a young merchant. (therefore he is saying that the Prophet invented the Quran himself).

Many other things. I don't want to say anymore. But to Mr Aslam, I won't read your books anymore. I don't know whether you are a Muslim or not. You have an exceptional talent, but you are mocking Islam and our beloved Prophet. You don't understand his mission and jihad (struggle). I hope one day you will realize this and do the right thing.

Thursday, 27 May 2010

Resipi paling susah nak ikut

Source

Yang penting resipi di atas tak boleh dikurangkan jadi separuh, dijamin tak jadi. Masa mengacau tu eloklah tumpukan perhatian, tak boleh kacau separuh hati atau nak tak nak je. Sebelum mula tu eloklah baca doa banyak2 sebab hasil memang susah nak dijangka. Sedap atau tidak mesti ditelan, kalau diluah busuknya habis sekampung akan tahu. Resipi ini bukan sahaja tak boleh dikurangkan separuh, tapi tak boleh juga pandai2 tambah jadi 3 cawan. Susah kan?

Apa2 pun lagi senang hidang je telur ni :P . Tidaklah telur tu lebih sedap, tapi lain kali tiap kali makan telur pun mesti teringat kat kita kan hehehe.....


Buat telur ni pakai acuan silikon ni. Guna untuk lempeng/pancake pun boleh. Mungkin cucur udang pun sesuai.



Kepada orang Manchester kalau nak beli benda ni ada dijual di kedai @Home, Lowry Outlet Mall.

Wednesday, 26 May 2010

Overcoming fears...

Yesterday he went for the fourth cycle of chemotherapy. It was obvious that he was not scared anymore. A huge difference from the first cycle. Big credits have to be given to the lymphoma team of St James Hospital.

He has come a long way from when it began. With a tube sticking out from his right kidney, he can still say to others "Do life, life is mega, even when it hurts".

Overcoming fears is a big step in life. Not everybody is privileged to acquire this the hard way, and not everybody can embrace it with intact dignity. Certainly what does not kill you will only make you stronger.

Coincidentally, yesterday his course-mates sat for their last paper in their finals for a Master's degree in structural engineering. A path he had to leave behind. Today according to plan he should be looking forward to return home with a Master in hand, but we can only plan and hope. Allah remains the Ultimate Planner. When He deviates us servants into another path we never thought we would venture into, we can only cling to Him, thanking Him for everything we have, trusting Him that this is what we need.

For now, we will enjoy the gifts of today and leave the rest to Him.

If you cry because the sun has gone out of your life,
your tears will prevent you from seeing the stars
- Rabindranath Tagore.

Monday, 24 May 2010

Keukenhoff

Ini tujuan sebenar kami ke Holland. Tulip memang sinonim dengan negara Belanda. Pada perkiraan kami kemungkinan besar musim bunga tahun ini adalah musim bunga terakhir kami di sini, insyaAllah, jadi ini peluang terakhir kami menjejakkan kaki kami di taman yang dikatakan tercantik di dunia, Keukenhoff.

Subhanallah, memang cantik. Bunga2 tulip disusun bercampur warna. Saya terfikir kalau 10 tahun dulu semasa kamera masih menggunakan filem kodak, agaknya berapa gulung filem yang mesti dibawa? Saya pun rambang mata memilih gambar untuk diletakkan dalam entri ini.

Dalam perjalanan- padang tulip


Padang tulip- mungkin untuk eksport


Keukenhoff-pintu masuk






















Gambar favourite saya

Papaboyz test skill


Ini baru taman dunia yang dilanskap oleh manusia, kan?

Ketika berjalan di taman itu, saya terpandang dua orang tukang kebun yang sedang mencantas bunga2 tulip yang telah melentok supaya tidak mencacatkan yang masih tegak berdiri. Saya pun menegur mereka dan meminta mereka berikan saya sekuntum bunga tulip. Mereka pun memilih sekuntum bunga tulip kuning yang masih elok dari bakul mereka.


Jadi bunga tulip ini saya kepit dalam buku untuk dikeringkan


Inilah bookmark saya yg baru, tulip dari Keukenhoff

Itulah sedikit sebanyak cerita 2 hari kami di Holland. Ada banyak tempat tak pergi sebenarnya. Di bandar Amsterdam terletak muzium 2 pelukis ternama, Rembrandt dan Vincent van Gogh. Ada juga rumah persembunyian Anne Frank, kanak2 yang menulis dalam diarinya (yang kini dibukukan-The Secret Annex) tentang ketika dia bersembunyi di bilik rahsia belakang almari selama 2 tahun supaya tidak dihantar ke kem tahanan Yahudi oleh tentera Nazi ketika perang dunia pertama. Setiap hari Jumaat pula ada pasar buku mingguan di tengah2 bandar Amsterdam.

Mungkin ada rezeki pergi lagi? Lagipun taman Keukenhoff bertukar lanskap dan tema setiap tahun.


Koleksi fridge magnet Holland