Friday, 21 May 2010

Perkampungan Tradisional Holland

Semasa di Holland, kami sempat melawat beberapa perkampungan tradisional mereka.

Yang tak menyeronokkan ialah hari hujan dan sangat sejuk (kurang dari 10 darjah celsius) sedangkan kami tak bawa winter jacket (sebab sudah musim bunga). Semua pun menggigil kesejukan.

Bawa pampers dan baju masing2


Basah mandi hujan


Cuaca yang tak menyebelahi kami


Hujan pun hujanlah, redah saja!


Kami mengambil pakej lawatan ke Zannse Schans, sebuah perkampungan kincir angin. Sekitar abad ke 17 Belanda mempunyai 10 ribu kincir angin. Kini hanya tinggal 1000 saja. Kuasa elektrik lebih murah. Di sini juga masih ada kilang membuat terompah kayu tradisional mereka. (Adakah terompah kayu di Malaysia tinggalan orang Belanda?)

Rumah kampung


Ada 7 kincir angin di kampung ini


Terusan bersimpang-siur


Terompah kayu. Ammar melihat2 kalau ada yg berkenan.

Kemudian kami ke Edam. Di sini ada industri membuat keju. Macam2 jenis keju ada.

Si pembuat keju memberi penerangan


Beribu2 keju


Kami diberi peluang merasa pelbagai keju di situ.


Tak murah pun :P


Penjual berpakaian tradisional


Kemudian kami ke Volendam dan Marken, 2 buah perkampungan nelayan yang cantik. Di Volendam tak sempat bersiar2 sangat kerana kami ke studio mengambil gambar keluarga. Walaupun status kampung/pekan tapi kawasan mereka memang bersih dan cantik. Rumah rapat2 tak seperti kampung Malaysia.

Pekan kecil Volendam

Dari Volendam untuk ke Marken perlu menaiki feri.

Budak2 kelaparan


Kampung Nelayan Marken


Sini pun banyak terusan. Cantikkan?

Thursday, 20 May 2010

Tentang langit...

Minggu lepas kami ke Barcelona, Sepanyol. Tapi belum nak tulis pasal Barcelona (sebab pasal Amsterdam tak habis tulis lagi). Tapi hari ni saya nak tulis pasal penerbangan kami. Kami terbang dengan Monarch Airlines.



Semasa dalam kapal terbang, saya duduk di tepi tingkap bersama Abid. Budak2 baik2 belaka dalam kapal terbang. Ammar sibuk bercakap "bubble in my ear! bubble in my ear!" sambil jari telunjuknya dalam lubang telinga semasa kapal terbang membuat pendaratan.



Semasa melepasi ruang udara Perancis, saya melihat ke luar tingkap. Hah! Banjaran Alps! Sangat jelas dan cantik. Sungguh tak sangka mendapat peluang melihatnya dari ruang udara.




Semasa dalam perjalanan pulang ke Manchester, saya perasan satu perkara. Apabila masuk saja ke ruang udara Britain, pemandangan di bawah sudah tidak kelihatan lagi. Kapal terbang seperti meluncur di atas tilam gumpalan2 awan yang empuk gebu. Sedangkan semasa melintasi Selat Inggeris beberapa minit sebelum itu, laut masih jelas. Kemudian, apabila hendak mendarat, kapal terbang turun melepasi awan2, tetapi tiba di satu ruang langit yang dikepit atas bawah oleh awan (saya tak sempat capai kamera kerana Abid tidur di pangkuan saya). Belum kelihatan lagi bumi Britain. Apabila turun lagi terpaksa melepasi selapis lagi awan. Hmm patutlah Britain sangat sejuk. Sinaran matahari pun lemah. Rupanya ditapis berlapis2 awan. Sangat berbeza dari ketika hendak mendarat di Barcelona, memang langit cerah dan jelas semuanya. Pendaratan pun sangat lancar, hampir tidak merasa apa2.

Memang langit Barcelona sangat cerah. Apabila di sana baru saya tersedar yang langit Britain walau dikatakan 'sunny day' tapi tidak sebiru 'sky blue'. Malam pun walau tidak hujan tapi bintang2 biasanya tidak kelihatan. Langit Barcelona sangat biru hanya bercarik awan dan bahang mataharinya terasa.

Itulah langit yang saya (kami?) rindui.

Papaboyz di Stadium Olimpik, Barcelona

Tuesday, 18 May 2010

It may not be the prettiest cake...

Yesterday marked the 7th year of our marriage. Some people might roll eyes and say, 'yeah, big deal' but to me, it is. What is more difficult than being a Mrs? :P Certainly being a doctor is easier. It is a lifelong commitment, a lifelong test of endurance and patience. Even presidency has its terms. No one is fully matured until he/she is married. Maintaining the title Mr and Mrs requires full energy and concentration. It is your full time job (other things are part time). It determines your final resting place, heaven or hell.

So, yesterday I bake a cake, as usual, to celebrate. Ohh but I really have no talent (and patience whatsoever) in decorating the cake although sincerely I want to make it very nice and special and looks professional and sweet and fabulous and....(the list goes on). But.. but.. (maybe the icing is too soft- probably because of the cheap mixer I used, I'm sure it would look better if I were to use a Kenwood Premier :P)



I know it is not the prettiest of cakes but.. but..can you see that I've put all my heart and love (and sweat) in it? :P

And I even tried to make it healthier by using omega-3 eggs, unrefined dark brown sugar (low glycemic index and more antioxidants than the white sugar) and margarine made from olive oil. Even the cream used for the icing is less 33% fat than usual creams.

And 12 hours later...



But honestly, I don't count any comment from anybody older than a 5-year-old...

Adam: What's that Mama?
Mama: It's Papa and Mama's special cake. Does it look nice?
Adam: Hrrmmm..it's got pink hearts with chocolate lining, chocolate flowers at the bottom...and chocolate sprinkles everywhere....(still thinking).. Is it a lovey-dovey cake Mama?
Mama: Err..yes..sort of.
Adam: It's lovely Mama.

(phew...)

But, whatever the result, in all insecurities of the outcome (be it a cake or a marriage), I'm sure what matters in the eyes of Allah is the effort. That's what counts.

Friday, 7 May 2010

Macam-Macam Holland

Kami di Holland hanya 2 hari. Jadi cuma sempat merayau2 di pusat bandar Amsterdam (ibu negara), pergi ke beberapa kawasan perkampungan (Zansse Schans, Volendam, Edam dan Marken) untuk melihat hidup tradisional orang2 Belanda (Dutch) dan pergi ke taman tulip Keukenhoff (yang dikatakan taman bunga tercantik di dunia).

Saya perasan agak unik juga orang Belanda ni. Negaranya kecil tak besar mana tapi sehebat2 orang Melayu pun pernah dijajahnya. Sehinggakan banyak istilah 'Belanda' dalam kamus kita (durian belanda, ayam belanda, susu 'Dutch Lady'). Ada beberapa perkara yang menarik di Holland saya jumpa yang tiada di UK.

Basikal sama taraf dengan kereta

Disini ramai yang berbasikal. Mungkin sebab mukabumi di sini memang rata. Di sebelah jalan raya disediakan jalan basikal (sama macam jalan untuk motosikal di Malaysia). Tapi menurut pemandu pelancong kami, mereka yang berbasikal kurang sopan berbanding yang membawa kereta. Pejalan kaki ramai yang dilanggar basikal. Memang mereka laju dan bila hampir dengan kita yang berjalan kaki mereka akan membunyikan loceng basikal mereka atau pun jerit saja "kring kring".

Bicycle Flat di tengah bandar Amsterdam, tempat letak basikal


Rakyat yang liberal terhadap seks

Rasanya ramai yang tahu Amsterdam terkenal dengan Red Light District-nya, iaitu satu kawasan yang penuh dengan aktiviti pelacuran di mana pelacur2 ini diletakkan di tingkap (macam display item). Jadi siapa yang nak bolehla pilih tingkap mana yang suka. Ini aktiviti yang diluluskan undang2 mereka sejak tahun 2000.

Banyak juga sex shops. Saya nampak dari jauh saja. Tak pergi pun. Tak tahulah apa yang mereka jual.

Dan siap ada Sex Museum. Ini pun kami tak masuk. Tak menambahkan pengetahuan wajib tak payahla kan. Lainlah kalau saya specialize jadi sex therapist ke apa.

Yang ironinya,inilah muzium yang paling murah bayaran masuknya


The Dutch created Holland?

30% bumi Holland adalah dibawah paras laut. Ini kerana mereka telah mengepam dan menyalurkan air laut untuk menggunakan tanah dasar laut itu. Pemandu pelancong kami telah menerangkan dengan agak terperinci bagaimana mereka dapatkan tanah itu (Belanda dapat tanah?). Jadi jika dilihat peta dibawah, terusan2 sama banyak dengan jalanraya. tapi kami tidak berkesempatan untuk menaiki canal cruise.

Bandar Amsterdam yang penuh dengan terusan


Canal cruise / canal bus

Pemandu pelancong kami mengatakan ada satu pepatah mereka yang terkenal iaitu 'God created the world, but the Dutch created Holland'. Sombong betul. Setakat menyalurkan air keluar untuk menduduki dasar laut bukanlah mencipta namanya. Patutlah hanya 39% rakyat mereka yang hidup bertuhan (fakta dari wiki). 5% dari mereka adalah Muslim.

Kitar semula

Ini pertama kali saya jumpa tong sampah yang lengkap untuk kitar semula. Ada tong untuk plastik dan kertas yang asing. Rasanya tak sukar untuk diikuti. Ia pun tak mengambil ruang yang banyak.

Tong kitar semula


Tidaklah besar sangat tapi ia tanda masyarakat prihatin

Tandas cantik

Di stesen Leiden Centraal saya masuk ke tandas awam. Sebelum masuk saya ditahan oleh tukang cuci dan disuruh bayar 50cents. Ini kali pertama di Eropah saya kena bayar tandas. Di UK memang percuma (dan bersih). Hati saya geram juga.

Tapi bila masuk saya agak terkujat (hingga terpaksa keluarkan kamera dan ambil gambar). Tengoklah dinding yang penuh rama2 itu.

Untuk pam pun menggunakan sensor, jadi tangan tak kotor


Kunci pintu pun pakai elektronik


Dinding rama-rama


Ada minyak wangi berjenama untuk pengguna pilih dan pakai


Bila keluar, siap ada gula2 (untuk apa agaknya?)


Selepas ini saya akan tulis pula tentang perkampungan tradisional holland dan Taman Bunga Keukenhoff. Tapi rasanya minggu hadapan, kerana sekarang saya mesti mengemas beg kembali kerana pagi besok kami akan terbang pula ke Barcelona!

Thursday, 6 May 2010

Ke Holland dengan Pride of Hull

Kami belayar ke Holland dari Pelabuhan Hull, England dengan menaiki kapal Pride of Hull. Ini kali pertama kami bercuti di atas kapal. Tidaklah mahal sangat kerana ianya termasuk perjalanan pergi balik dan 2 malam di atas kapal (jadi tak perlu duduk hotel). Lagi pun jimat masa kerana kapal belayar sepanjang malam.

Pelabuhan Hull

Kapal Prideof Hull


Kabin kami ada 4 katil. Lengkap dengan bilik air dan almari. Memang selesa.

Inspektor2 buat pemeriksaan



Abid

Kapal ini banyak kemudahan. Ada banyak cafe, restaurant dan bar. Bagi penjudi2 tegar ada banyak mesin2 judi juga. Untuk kanak2 ada soft play area dan bilik melukis/mewarna. Dan ada panggung wayang.

Mesin judi

Panggung wayang



Coklat

Buku dan cenderamata

Salah satu cafe

Kedai perfume

Menikmati senja di atas dek kapal (eceh!)

1,2,3 senyum!

Adam & Ammar

Abid hampir tenggelam dalam kolam bola


Kesimpulannya best!

Gambar Famili di Holland


Inilah gambar kami di studio di Volendam, Holland. Nasib baik budak2 ni beri kerjasama yang mengagumkan :) termasuk Abid. Walaupun terpaksa pakai terompah kayu pun diorang tak meragam sebab 'excited' pakai kostum. Ammar siap cakap "Mama, why you like a princess?" hahaha (thanks Ammar, Papa pun tak pernah cakap macam tu :P)

Di Sebalik Tabir....

Mentang2 lah kakak2 blonde yang pakaikan baju budak2 ni, diam baik je diorang, kalau mama yang pakaikan baju haruslah bersilat dengan korang ek...










Saturday, 1 May 2010

A month of celebration..

Source


If you remember from this post last year, May is a very special month for us. As last year, this blog will celebrate our anniversary for the whole month. So this month's theme is Love/marriage.

However, we have made a few plans this month and I won't be able to blog much. This is a scheduled post. Later today InsyaAllah we will be on our way to Amsterdam, Holland :).

I will leave you with this great words...

There is no greater risk than matrimony, But there is nothing happier than a happy marriage....

-Benjamin Disraeli 1870