Friday, 1 May 2009

Tema Bulan Ini

Hari ini 1 May. Bulan ini blog ini ada tema. Tapi tidak bermakna 'book reviews' akan dihentikan. 'Book reviews' akan diteruskan. Cerita dua budak itu akan diteruskan. Cerita hasil rembatan akan diteruskan atau cerita2 lain lagi.

Tapi saya juga akan tambah tulisan2 saya berdasarkan tema bulan ini.

Apakah tema bulan ini?

Walaupun hari ini hari buruh tapi tema bukanlah tentang kerja / kerjaya.



Sekarang saya dah masuk 35 minggu.



Macam ni lah perut saya. Tapi ini bukan perut saya. Saya pilih gambar ini sebab saya nak tunjuk tindik pusat tu. Jangan tiru di rumah.

Tapi walaupun saya makin sarat, tema bulan ini bukanlah tentang hal2 mengandung atau hal bayi atau hal bersalin atau 'breastfeeding'.

Sekarang musim bunga. Bunga2 tulip dan daffodil tumbuh macam cendawan di UK ni.
(Kak Ija, pinjam gambar...)


Tapi bukan nak cerita tentang musim bunga, hal2 berkebun, atau yg sewaktu dgnnya...

Tema bulan ini ialah...




LOVE AND MARRIAGE.....

Sebab bulan ini ialah anniversary saya dan Papaboyz yang ke 6!

Sebagai pembukaan kepada tema bulan ini...saya rasa pantun lama ini sangat sesuai untuk menggambarkan keadaan saya sekarang...

Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan,
Tinggal Emak, Tinggal Saudara,
Kerana Kekasih Saya Turutkan....


Inilah Papaboyz....(dia dalam elemen obsesinya...)







5 comments:

hartini said...

hi bas, hepi anniversary yek

mummy said...

ya...dia meninggalkan emak dan saudara-saudaranya.

tapi sebab dia tinggalkan kitorang le kitorang dpt pi jalan ke sana (dan dpt beli brg branded murah-murah).

SMM said...

wah menariks.. akan ku tunggu entry2 mu. happy anniversary :)

Mamaboyz said...

tenkiu everybody!

m-i-o said...

happy anniversary.

bunga2 tu cantik! kenapa kat sini tak pernah berbunga sedahsyat tu?

hisy...serammm tengok perut memboyot - uhhh - rasa macam perut sendiri (suatu ketika dahulu)