Saturday, 2 October 2010

Update

Assalamualaikum semua :)


Saya semakin jarang menulis. Sebenarnya banyak je dalam kepala saya tunggu untuk dimuntahkan ke dalam 'drain' ni, tapi tak zahir pula jadi post dalam blog ini. Saya tengok bulan September ada satu je post. Siapa2 yang rindu saya minta maaf yer hehehe...

Sebenarnya saya dah mula kerja semula. Tapi part time saja. Saya ditawarkan semula bekerja di sebuah klinik tempat saya bekerja sepenuh masa pada tahun 2008 dulu. Tapi di sini saya bukan bekerja sebagai doktor kerana saya tak ada lesen untuk practice di UK. Bayaran untuk mendapatkan lesen adalah mahal dan prosedurnya sangat leceh, membabitkan peperiksaan juga. (OK alasan). Tapi alasan sebenar ialah tentunya anak2 saya kan. Siapa pulak nak jaga diorang kalau saya sibuk bekerja?

Saya bekerja membuat ringkasan sejarah pesakit. Di sini sistem rekod pesakit mereka ada dalam bentuk fizikal (kertas dan fail2) dan maya (online). Jadi kerja saya ialah untuk setiap pesakit baru di klinik tersebut (ia klinik kerajaan) saya perlu membaca seluruh fail mereka kemudian sejarah hidup mereka diringkaskan ke sistem online. Ini bertujuan supaya apabila mereka datang berjumpa doktor2 disini doktor2 itu tak perlulah pening kepala menyemak fail mereka, hanya klik pada sejarah mereka sahaja. Dari sejarah keluarga, berapa kali masuk hospital, berapa kali cuba berhenti merokok, berapa kali cuba bunuh diri, semua ada di hujung jari.

Ia memang sesuatu yang saya impikan untuk sistem kesihatan Malaysia.

Saya dipanggil semula bekerja kerana mereka mengalami 'backlog' yang serius dalam sistem rekod mereka. Banyak timbunan fail tidak diringkaskan ke online.

Saya hanya bekerja beberapa jam seminggu. Saya katakan saya hanya boleh bekerja ketika waktu budak sekolah. Mereka setuju. Bilakah ibu2 di Malaysia akan dibenarkan hanya bekerja semasa budak ke sekolah? :) Untungnya anak2 di sini.

Nanti saya ceritakan lagi. Episod saya bekerja di klinik ini sebenarnya banyak mengajar saya. Bukan saja tentang sistem kesihatan mereka yang sangat komprehensif. Tetapi juga tentang hidup ini. Kalau saya tidak bekerja di sini tentunya tahap pemikiran saya masih di takuk lama. Mungkin saya akan ceritakan tentang staf2 disini yang pelbagai ragam, tak pernah saya jumpa di Malaysia. Dan Allah memang Maha Kuasa. Di bumi Kristian yang liberal ini, Dia tempatkan saya bekerja di sebuah klinik yang semua stafnya adalah perempuan, dan seorang daripadanya beragama Islam. Semasa saya kerja sepenuh masa di sini dulu tiada masalah untuk saya bersembahyang dan sebagainya. Mereka juga menghormati kami yang hanya makan makanan halal. Apabila mereka belikan saya biskut, mereka akan pastikan ia berlabel 'suitable for vegetarian'.

Klinik tempat saya bekerja

Kemudian saya tengok gambar2 yang banyak tidak difailkan dari kamera saya. Ohh, banyak sebenarnya yang saya belum tulis. Lawatan kami ke The Eden Project yang menyebabkan saya tidur bermimpikan Malaysia pun belum saya tulis. Kemudian memoir2 terbaru yang saya baca juga saya belum tulis 'review'nya.

Betul lah masa itu aset terpenting seorang manusia, kerana apabila ia pergi tak dapat diganti lagi. Masa kita lapang, masa kita sihat, masa kita kaya, masa kita muda. Masa kita hidup. Kata2 hikmah manusia bijak pandai yang lain tentu tidak dapat menandingi nasihat Rasulullah saw yg paling berharga ini.

OK jaga diri semua!

10 comments:

Wan Sharif said...

Seorang memberi tahu saya.. you make time for what you want to do.. InsyaALLAH.. akan ada masa..

WaNNi said...

tahniah dah bekerja semula n flexi hours pulak tu. bila la msia boleh nak buat mcm tu khas utk ibu2.

Mamaboyz said...

Ayoh Wang- InsyaAllah...

Wanni- itu ler.. ada tak dr kerajaan part time? hehehe saya chopp dulu!

Anonymous said...

salam, bila nak pulang ke malaysia? ada terbaca entry akan pulang semula ke malaysia?

SMM said...

abid pun gi sekolah ke?

-penyokong flexi-working arrangement

Mamaboyz said...

anon- ini siapa?

Mynie-tak abid Papa dia jaga (bila papa dia jaga baikkkk sangatlah dia, dengan aku mulalah dia mengada2) Papaboyz in writing phase now, so banyak buat keje from home je

mummy said...

wei ainaa pun kalau daddy atau wanma n tokpa jaga....memang baikkk.

main je pastuh penat tido.

kalau dgn daddy, daddy tido dia pun tido.

anon suria said...

alhamdulillah..dapat kerja semula. Mesti admin tempat kerja lama rindu ngan Hasma....siap panggil semula berkerja. Thumbs up..good worker...keep up ur good work.

knv said...

apa khabar? :D

Mamaboyz said...

su- rezeki Allah memang tak sangka

KNV- baik2 sajaa :) nanti saya meng-update lagi