Semalam saya menonton siri perubatan popular 'House' iaitu bagi yang tidak tahu, adalah kisah seorang pakar diagnostik yang bermulut celupar dan ketagih ubat tahan sakit. Saya terperanjat kerana di dalam ambulans dalam cerita itu, ada tersedia IV Streptokinase, iaitu ubat pencair darah yang sgt berkesan sebagai 'clot buster' atau pemecah darah beku. Sedangkan di Malaysia ubat ini hanya boleh diguna di hospital pakar sahaja, hospital daerah pun tak ada ubat ini. Adakah betul Amerika secanggih itu, hingga Streptokinase pun ada dalam ambulans?
Baru2 ini pun Tun M ada menulis tentang pengalamannya mendapat khidmat ambulans dan paramedik di Melbourne. Bunyinya seperti mereka agak professional.
Memang paramedik Malaysia banyak kelemahan. Pertama, mereka takut memulakan rawatan (berdasarkan pengalaman saya sahaja). Kedua, komunikasi dengan kumpulan yang akan menerima di unit kecemasan juga hampir tiada. Sedangkan mortaliti boleh banyak dikurangkan kalau org2 yang pertama tiba ini lebih berani.
Saya beri contoh satu pengalaman saya. Saya oncall malam itu. Sebuah ambulans dengan 2 paramedik keluar ke kawasan kemalangan berdekatan. Kemudian salah seorang menelefon kawannya yg tinggal bertugas dengan saya di unit kecemasan. Kawannya beritahu saya, "dr, diorang suruh siap untuk resus (resuscitation), ada 2"
Maksudnya kedua2 mangsa adalah kategori kritikal. Tapi paramedik tu bukannya nak cakap terus dgn saya, (sedangkan saya bukannya garang sangat). Ada benda yang saya nak tanya. Daripada 2 mangsa seorang berjaya stabil dan dihantar ke hospital besar. Seorang lagi menemui ajal di zon resusitasi kami. Malam itu saya naik angin sebab ada beberapa perkara yang boleh paramedik2 itu buat tapi mereka tak buat (yang berkemungkinan mengubah outcome). Mereka kata "takkan dr expect kitorang nak gitu gini kat tgh jalan tu, ramai orang tgh kerumun, kitorang scoop and run je lah" Sebenarnya saya faham situasi mereka. Tapi sekiranya mereka bekerja di Paris ketika Lady D menemui kemalangan di dalam terowong itu, mereka tentu akan disoalsiasat habis2an (tapi dalam kes Lady D paramedik yang menstabilkan dia telah dipuji).
Sebenarnya paramedik di Malaysia banyak latihan. Mereka berkursus bersama2 dengan doktor2, terutama untuk pengendalian trauma. Sijil yang mereka dapat pun sama dengan doktor, kecuali passing marks saja yang berbeza. Pernah juga mereka dapat markah lebih dari doktor yang berkursus sama. Tapi mereka memang belum lagi berani sebagai first responder. Mungkin mereka perlu dihantar bekerja di luar negara baru keberanian mereka akan timbul.
9 comments:
Mungkinkah kurang dedikasi atau semangat orang makan gaji?
eh, mereka sangat berdedikasi (yang saya kenal), tapi kurang keyakinan untuk buat keputusan sendiri. Mungkin perlu exposure kepada dunia paramedik yg lebih advance.
persepsi semangat orang makan gaji itu hanyalah nila yg merosak susu sebelanga (peace Ayoh Wang)
sama juga di UK, some of them can do thrombolysis. Most of them are are trained to recognize ST elevation MI so patient can be sent directly to primary angioplasty.
the paramedic also do shadowing with local GP and have degree/master programme for qualification from Uni.
you might be glad to know that most UK district hospitals have start thrombolysis for thrombotic stroke as well (not the paramedic; but they have been helping emergency dept. in identifying patient for possible thrombolysis. F.A.S.T)
and we use the tissue plasminogen activator these days.....
Salam Dr wati,
Mungkin memang symptom org malaysia...takut buat sesuatu, takut buat keputusan, takut dipersalahkan, etc...tak kira dlm bidang apa pun...sebab masyarakat kita kan memang terkenal dengan suka salahkan orang, dictate anak drp kecik, etc sampai kebanyakannya tak ada self confidence. Hmmm.... sgt menyedihkan bila ia melibatkan hidup dan mati....
Lotus, salam singgah, then it's probably true what they pictured in House, how advance! (or rather, how ketinggalan Malaysiaku...)..u will be surprised to know that qualified doctors, trained well in reading ECGs tapi sebab duduk kat ceruk daerah tak boleh bagi streptokinase, mesti hantar hospital pakar jugak
UmmuAhmads, betul, padahal kalau salah kerana buat sesuatu sama je beratnya dengan salah kerana tak buat sesuatu
harap-harap la saya nie jadi paramedik yang bertauliah n tak makan gaji buta nnti....
keyakinan tu satu hal laa... tp kebanyakan paramedik kat malaysia ni sentiasa dibayangi dengan karenah etika perubatan... buat salah, mmg salah.. buat betul semata2 untuk selamatkan nyawa pesakit, akan jadi salah sbb melanggar etika atau batas2 sebagai paramedik... dan walaupun paramedik di malaysia ni belajar psal emergency treatment & management setinggi mana pon, knowledge dah setaraf dgn MO pon, tp selagi bernama paramedik di Malaysia, dan dibayangi dgn batas2 dan kerenah etika perubatan, apa yang sepatutnya boleh dilakukan untuk menyelamatkan pesakit, tetap tidak dpt dilakukan, kerana mereka hanya paramedik.. cume pendapat.. sbb dah ramai paramedik yang mengadu mengalami perkara mcm tu, dan akhirnya mereka dikenakan tindakan tata tertib...
Paramedik malaysia mostly terdiri daripada medical assistant yg mana mereka ini dibayangi oleh akta pembantu perubatan (akta 180) yg menghalang mereka bertugas tanpa arahan doktor. walaupun mereka berpengetahuan, mereka tidak berani melakukannya. Otherwise they will be in a vulnerable position.
Post a Comment