Tuesday 12 January 2010

Doktor bukan Nabi

Tajuk hebat tak boleh blah punya hehehe

Sebelum apa2 saya nak tulis disclaimer. Entri ini cuma pengalaman peribadi dan pendapat amatur saya yg berharga tak lebih 2 sen. Ia bukan sumber rujukan bertauliah. Dan kalau ada orang di Kementerian Kesihatan Malaysia atau Malaysian Medical Council yang terbaca entri ini tolong jangan pula pecat saya atau tarik balik lesen saya.

Perubatan Moden vs Perubatan Alternatif

Saya memang lulusan ijazah perubatan tapi yang paling tak hairan dgn ijazah saya ialah mak bapak saya. Mak bapak saya ialah pengguna ubatan alternatif nombor satu. Kenapa diorang izinkan saya jadi doktor saya pun tak tau. Mak bapak saya pandang doktor hospital ni sebelah mata je hehehe..

Jadi disebabkan keluarga saya macam ni jadi saya agak berlapang dada dgn perubatan alternatif. Saya tak yakin yang hanya perubatan moden saja yang betul. Asal masuk logik akal saya yang terhad ini dan tak bertentangan dengan hukum syarak saya boleh terima.

Saya tidak menolak perubatan alternatif atas beberapa dasar, iaitu :

1. Ilmu manusia hanyalah setitik dari selautan ilmu Allah. Apa ilmu yang Allah bukakan hijabnya untuk manusia ketahui, itulah yg kita ketahui. Jadi bila kita hanya tahu setitik, macam mana kita nak kata itu tak betul, ini saja betul?

2. Sejak bila agaknya asas perubatan moden ini digunapakai? Mungkin era pemerintahan empayar Greek sebab Bapa Perubatan Moden ialah Hipocrates (sekitar abad ke5 sebelum masihi), tapi bila mula dipakai di Malaysia tak tahulah saya. Sebelum hospital2 wujud di Malaysia tentunya nenek moyang kita tahu mengubat pelbagai penyakit untuk survival. Walaupun tiada eksperimen saintifik yang membuktikan kaedah perubatan mereka, tapi takkanlah ilmu itu tiba2 muncul dan dipercayai oleh orang kebanyakan. Takkan bodoh sangat nenek moyang kita betul tak? Saya percaya ilmu perubatan Melayu mesti berasas.

3. Dalam perubatan moden sendiri, banyak perkara 'unknown', atau istilah lebih pandai yang digunapakai supaya tak nampak bodoh sangat ialah 'idiopathic'. Banyak perkara yang tak dapat dijelaskan oleh perubatan moden. Jadi jika perubatan alternatif ada jalan keluar apa salahnya?

Ilmu Sentiasa Berkembang

Ini kita semua tahu. Pada awal abad 1900 doktor2 Eropah mengatakan yang merokok baik untuk meningkatkan fungsi paru2, tapi kini merokok itu pembunuh nombor satu. Selalu kita dapat berita penarikan semula ubat-ubatan dari pasaran kerana kesan samping terbaru dijumpai. Yang terkini ialah penggunaan inhaler ipratropium bromide yang diguna untuk penyakit asthma, dalam trial klinikal terbaru menunjukkan peningkatan risiko serangan jantung (ini bukan research pertama yang membuktikannya). Ia belum ditarik balik (masih dalam review FDA) dari pasaran tetapi penggunaannya adalah pada tahap berjaga2 iaitu doktor perlu betul2 menimbang keputusannya untuk memberi preskripsi ubat ini.

Satu hari nanti tentu ada orang yang akan buktikan perubatan tradisional Melayu adalah ilmu saintifik. Daun mengkudu, misai kucing, kacip fatimah, kecubung, sirih bla bla lagi apa saya tak pasti.

Kesan Sampingan Ubat Tradisional

Kebanyakan doktor akan kata ubat tradisional ada kesan sampingan, terutamanya pada buah pinggang. Dan banyak yang ada steroid. Saya tak pasti sejauh mana ini telah dibuktikan. Bila saya guna hujah ini terhadap mak saya, jawapan bijak mak saya ialah "memang semua ubat ada side effect, tapi dalam setiap daun tu Allah dah siap jadikan penawar untuk matikan side effect tu".

Saya terdiam. Saya rasa ia satu hipotesis menarik yang bernas. Sebab ubat2 moden hanya mengasingkan ekstrak aktifnya saja, bukan merebus seluruh daun, akar etc. Hmmm mak saya memang pandai...

Ubat2 moden memang telah dikaji semua kesan samping (untuk ubat yang telah berpuluh2 tahun di pasaran). Ubat yang baru beberapa tahun walaupun telah dilulus untuk digunapakai di pasaran tetapi sebenarnya doktor2 masih pantau kegunaannya. Kesan samping baru akan direkod dan dilaporkan. Kita semua sentiasa menjadi subjek ujian.

Back to Nature

Bila sakit jangan asyik nak makan antibiotik je. Masa saya kerja dulu selalu pesakit tanya "takde antibiotik ke doktor?". Masa saya kerja lokum di klinik swasta, pembantu klinik (yang bukannya jururawat pun) bagitau saya "doktor, semua pesakit mesti bagi antibiotik" (awak doktor ke saya doktor?). Inilah penyakit orang Malaysia. Kita menyumbang kepada 'antibiotic resistance' iaitu bakteria bermutasi untuk melawan antibiotik itu sendiri (bunyi macam cerita dongengan tapi ia benar).

Bila sakit tekak minumlah air madu campur limau nipis (mesti mula awal). Kalau sakit gigi letak bunga cengkih pada gigi sakit tu dan gigit sampai sakit hilang. Kalau demam minum air byk2 (demam denggi ini saja ubatnya), kalau bapak saya lagi demam lagi byk mandi. Yang lain pernah saya dengar ialah mandi air daun bunga raya. Masa lepas bersalin untuk kecutkan rahim yg kembang macam belon tu, saya dipaksa minum air kunyit + madu + asam jawa + daun sirih dah kisar. Saya telan saja.

Kalau tak baik juga baru jumpa doktor (dan sudah tentunya anda akan dimarahi-"dah lambat baru nak jumpa doktor!"). Itulah lumrah dunia. Tapi lebih baik begini daripada sakit sikit dah pergi ke jabatan kecemasan.

Siapa yang kata ini semua karut, maka terimalah kenyataan bahawa Tamiflu (oseltamivir), ubat antiviral untuk Swine Flu bahan utamanya ialah bunga lawang (star anise). Kunyit juga didapati boleh membunuh sel2 kanser, seperti dinyatakan dalam laporan ini. Tentunya banyak lagi yang saya tak tahu.

Istilah2 "Merepek" Dalam Perubatan Tradisional

Beberapa istilah yang selalu diguna ialah angin (angin itu, angin ini), makhluk halus, sihir, buatan orang etc. Saya anggap itu cuma terminologi tabib2 dan dukun2 saja. Mungkin makhluk halus yang dimaksudkan ialah mikroorganisma. Seorang yang meracau2 seperti dirasuk diagnosisnya ialah gangguan makhluk halus. Ini mungkin benar jika dia sedang mengalami jangkitan bakteria/virus pada selaput otaknya (meningitis). Meracau2 dalam istilah perubatan moden ialah delirious- hallucinating, incomprehensible speech, disorientated dan macam2 lagi yang memang serupa macam orang kena rasuk tu. Makhluk halusnya mungkin Neisseria meningitidis, Haemophilus influenza, Tuberculosis sp... banyak lagi.

Apa2 pun yang saya tak setuju ialah apabila 'buatan orang' itu dilabelkan siapa orangnya. Jika betul orang itu 'buatkan kita', biarlah Allah saja yang balas. Jika tak betul, bukankah dah jadi satu fitnah? Pahala kerana bersabar dengan kesakitan itu pun terbang tak dapat kat kita.

Pengalaman Sendiri

Semasa umur Ammar sebulan, Ammar menangis2 tak berhenti waktu malam. Jadi saya tengok bahagian ari2nya, kalau2 ada hernia (nama Melayunya angin pasang)- memang ini satu differential diagnosis untuk excessively crying baby. Saya tengok Ammar ada hernia pada kedua2 belah. Dipendekkan cerita Ammar perlu dibedah tapi disebabkan hospital besar terdekat tidak mempunyai in-house paediatric surgeon, kami terpaksa tunggu beberapa minggu untuk jadual pembedahan oleh visiting paediatric surgeon dari HKL. Hospital swasta pula tiada paediatric surgeon, walaupun semua general surgeon yang ada memberi jaminan yang mereka sudah pakar dan mampu buat walaupun Ammar baru sebulan. Saya tak mahu general surgeon (cheewahh! jual mahal). Saya nak trained paediatric surgeon, yang terbaik untuk anak saya (walaupun ada orang kata- alah nak bedah hernia je).

Mak bapak kami seperti biasa mencadangkan kami mencuba kaedah tradisional sementara menunggu tarikh pembedahan. Kami setuju kerana tak mahu melawan cakap mak bapak (walau hati kata lain dan tak berapa percaya). Jadi Ammar disorongkan kepada beberapa tukang urut yang dikatakan pernah mengubati hernia. Semua mengatakan perlu guna daun sirih dan kecubung (kalau tak salah saya- saya terlupa). Walaupun cara masing2 agak berlainan tapi dua daun tu memang pakai. Kecuali ada seorang tu ditambah dengan busut angkut-angkut (yang busut kecil celah atap atau dinding rumah tu). Daun2 ni perlu disapu minyak kemudian dilayur atas api dan tekapkan pada ari2 (lubang hernia itu). Sebelum tu hernia mesti dimasukkan dulu (reduce the hernia). Ini kami buat tiap kali tukar pampers Ammar. Saya bayangkan kaedah ini seperti prosedur 'diathermy' yang digunakan oleh pakar2 bedah untuk 'seal' kapilari2 darah yang terpotong (who knows?!).

Selepas sebulan, hernia kanan Ammar sembuh. Sembuh maknanya tidak keluar langsung hernia itu walaupun dia meraung2 sekuat hati. Hernia kiri tidak sembuh.

Pada hari pembedahan kami dianugerahkan dengan seorang pakar bedah paediatrik yang sangat berpengalaman iaitu Prof Wan yang merupakan pensyarah di Univ Islam Antarabangsa. Saya bersyukur. Sekurang2 yang memotong anak saya akan memulakannya dengan kalimah Bismillah. Terima kasih juga kawan saya Lee Limi yang merupakan pembantu Prof Wan semasa pembedahan dan menjaga Ammar di wad.




Hingga kini kedua2 hernia Ammar tidak lagi keluar walaupun dia melompat, berlari, tergolek dan sebagainya. Kepada sesiapa yang meragui diagnosis hernia kanan Ammar, ianya disahkan oleh 4 orang doktor (+1 iaitu saya) dan ia disaksikan oleh sekumpulan pelajar perubatan yang menggunakan Ammar dalam sesi pembelajaran mereka

Kelebihan Ilmu Perubatan Moden

Ianya ilmu yang sistematik. Walaupun sangat banyak dan luas aspeknya, ia sangat tersusun. Ia sangat2 banyak rujukan. Dan apabila merawat, doktornya bukan seorang tetapi satu kumpulan (a team of doctors)-physician, surgeon, oncologist, psychiatrist etc. Dan untuk seorang pesakit bukan doktor saja yang melihat, tetapi jururawat, dietician, physiotherapist etc. Jadi ruang kesalahan boleh dikurangkan. Dan rawatan di hospital diiktiraf pihak insurans. Kalau pengamal perubatan tradisional tanggung sendiri (kos dan risiko).

Tetapi..

Memanglah lebih banyak kelebihan ilmu perubatan moden kerana satu dunia menyumbang kepada perkembangannya. Tetapi doktor bukan nabi. Doktor tak tahu semua benda walaupun nampak macam tahu atau buat2 tahu (ego profesional). Kadang2 dalam nota pesakit ditulis "Treat as unstable angina" atau "To rule out Pulmonary TB". Ini bermakna, untuk pesakit pertama, yang datang dengan simptom sakit jantung, tetapi tidak menepati beberapa kriteria serangan jantung, masih dirawat sebagai pesakit yang kena serangan jantung. Untuk pesakit kedua, nampak macam kena TB, tapi perlukan lebih masa untuk buat kepastian yang Tuberculosis sp wujud dalam badannya. Dalam kebanyakan kes (mungkin sekitar 70%), sangkaan doktor itu tepat- ini juga berkadar langsung dengan pengalaman seseorang doktor berkenaan. Selebihnya, penyakit itu tinggal misteri. Tetapi tentunya proses mendapatkan diagnosis ini dibuat melalui beberapa kaedah sistematik yang menjadi piawaian kami. Saya cuma nak cakap yang kami tak selalunya betul.

Kalau kita dengar dukun atau bomoh yang menipu, doktor yang menipu pun ada. Penggunaan ubat2 yang dah lepas tarikh luput (expired), alat jahitan (sutures) yang tak steril atau diguna semula, memberi preskripsi salah dan tak sesuai dengan penyakit- ini semua bukan cerita rekaan tapi saya sendiri pernah tengok. Belum lagi masuk bab pengguguran kandungan secara haram (yang ini saya belum pernah jumpa personally).

Ilmu Perubatan Allah Tiada Batas

Kita hanya hamba kepada Tuhan yang tiada batasan ilmu perubatanNya hingga sekumpulan pemuda boleh koma lebih 300 tahun tanpa apa2 mesin ventilator untuk bantuan pernafasan, parenteral nutrition dan intravenous drip untuk bekalan tenaga, anticoagulants untuk mengelak darah beku dan bangun semula tanpa apa2 pressure sores! (untuk pembaca bukan muslim, ini kisah benar dari AlQuran, Surah AlKahfi).


Wallahualam....


11 comments:

Rizza said...

Dr Wati.. sungguh setuju ngan pendapat doktor ni..
dulu2 masa hassan kecik.. MIL suruh letak daun sirih, layor dan letak... ikut je...
yg logik kami ikut le.. tapi yg pelik2 kami tak ikut... kami bangkang hehheh..
memang betul..antibiotik tak boleh bagisebrg.. tapi kat msia ni.sakit sikit antibiotik... makin sakit jawabnye... [ye dulu2 saya memang selalu sakit....asyik2 antibiotik ej bagi...]
dan kebykkan org kita.. asyik2 jumpa bomoh walaupun demam sikit atau batuk2.. yg sebenarnya kurangnye air dalam badan.. yg perlu minum air byk2 kan... bomoh siap bagi air dan tak logik nye.. boleh refill2.. macam satu cara psycology kan.. [sorry salah eja kot..]..
kalau perubatan traditinal diperkembangkan dengan cara betul.. ia lebih bagus utk sakit2 tertentu yg tak dpt dikesan oleh teknologi terkini...

take care!!

SMM said...

v v like! :)

m-i-o said...

wah, sy sgt suka entri ini :P

telah menjelaskan kpd sy beberapa perkara yg sy tak jelas, dan mperlihatkan kpd sy beberapa benda yg sy tak nmpk.

maka samakah org yg berilmu dgn org yg tak berilmu? :P

anyway bab hernia - sy masih belum yakin dgn teknik layur2 daun tu. melainkan klo daun tu ditumbuk dan disuruh minum - haa, tu mungkin logik pada sy. kahkahkah!

bab2 lain pd sy tak ada masalah. sgt logik :P

Mamaboyz said...

kak rizza-
mmg banyak anggapan org kita yg perlu diperbetulkan

mynie- :)

mio-
itu teknik rawatan hernia pada baby, yg org dewasa punya saya tak sure, tapi since ia utk baby, takkan kita nak bagi dia minum air daun? kita sendiri pun tak terminum air tu, so saya rasa direct pressure with heat cara terbaik utk transfer whatever chemical properties yg ada pada daun sirih tu- daun sirih ni maybe bagus utk strengthen pelvic muscles sebab ia diguna utk pompuan baru bersalin jugak-- teori saya saja

fajar said...

wow.
suka la dgn entri ini. :)

sy guna cara kedua2nya. selagi tak bertentangan dgn hukum agama, apa salahnya kalau kita berusaha.

cuma, kdg2 sy terpaksa akui sakit yang melibatkan sihir. nak kata tak percaya, x juga - esp bila kita lihat dgn mata dan kepala sendiri. sesuatu yang susah nak terima dgn logik dan akal rasional. wallahualam.

kuasa ilmu manusia masih terlalu kerdil dgn ilmu dari-Nya.

apapun, thanks for this entri.

Unknown said...

eh..bkn ke ubat demam papa ialah mkn eskrim...kalo mama pulak mkn abc...hmmm

Unknown said...

eh lupa lak...mcm mane pulak dgn org2 yg bersunat cara kmpg...?? xperlu ubat bius...kene suruh mandi sungai je lelame smpai kecut pastu trus potong....kecut xkecut sakit ooo kalo potong xde bius....apkh rasionalnye mndi sungai...nnt cube test kat hero2 awak eh...adam p hospital, ammar cara kmpg (sbb die tough skit) and abid pilih mane satu...~lalala

Mamaboyz said...

fajar-
thanks.. betul, ikhtiar saja apa2 yg boleh


karim-
ha'ah lupa pulak ubat no 1 tu hahaha, kita x pernah intervw tok mudim kampungla, x sure camne kaedah diorg bius, betul ke mandi sungai?

R-U said...

salam Bas..
from psy point of view..hehe(aku pun bukan expert..budak baru belajar)...
bagi aku..buat dua2 skali..coz psychosis kalau biar je lagi lama nak baik..lagi deteriorate function..
tapi betul ckp kau.. aku paling x suka kalau org cakap buatan org.. tapi sebenarnya tak... pas tu mula la syak org ni la, org tu la..fitnah org jer..tapi end up mmg schizophrenia untreated dah 5 tahun...duit gi jumpa bomoh dah habis beribu..pas tu jumpa psychiatrist dah untreated 5 years..delusion dah systematized..mmg susah coz kita manusia jer..
over all aku rasa buat dua2..Allah bagi kita ilmu utk kita ikhtiar...selebihnya tawakkal

Unknown said...

He3 diskusi engkorang ni takde memberi apa2 maknapun dalam bidang ilmu. Ianya hanya lontaran idea spontan logikal yang nampak munasabah tetapi tidak ada nas dan bukti kukuh. Uselesss discussion. Rubbish. Kononnya critical analysis tapi hanya sekadar pendapat sahaja.

Unknown said...

He3 diskusi engkorang ni takde memberi apa2 maknapun dalam bidang ilmu. Ianya hanya lontaran idea spontan logikal yang nampak munasabah tetapi tidak ada nas dan bukti kukuh. Uselesss discussion. Rubbish. Kononnya critical analysis tapi hanya sekadar pendapat sahaja.