Ini cerita tahun lepas :)
Bulan November 2009 ibubapa Papaboyz datang melawat kami dari Kaherah, Mesir. Jadi semasa menjemput mereka di London kami melencong ke Salisbury (1 jam perjalanan dari London) untuk melawat Stonehenge.
Apa istimewanya Stonehenge ini?
Ia bukan sekadar batu2 tercacak, tetapi sebenarnya ia sejenis kalendar purba (salah satu teori). Kemungkinan juga tempat pemujaan masyarakat dulu (dan sekarang).
Ia disenaraikan dalam UNESCO World Heritage Sites. Saya akan tulis mengenai World Heritage Sites ini dalam entri akan datang.

Batu2 yang tersusun ini terletak di tengah2 satu kawasan lapang yang sangat luas. Disekeliling kompleks batu-batu tegak ini terdapat batu2 lain yang kemungkinan tempat pengkebumian dan tempat penyembelihan. Kompleks ini adalah tinggalan Zaman Neolitik dan Logam, iaitu sekitar 2500 tahun sebelum masihi (2500 BC)!
Di belakang kami itu adalah gambaran penuh dalam teori ahli arkeologi tentang struktur kompleks batu2 ini di zaman kegemilangannya. Tempat jatuhnya cahaya matahari pada batu2 tertentu menandakan pertukaran bulan / musim.
Ini saja yg tinggal sekarang..
Kami diberi radio kecil sebagai 'pemandu pelancong'. Ada pelbagai bahasa dan boleh diulang2. Ia memberi penerangan ringkas berdasarkan beberapa stesen yang ditanda. Adam pun boleh faham sikit2.
Eh, ni jejaka comel mana pulak yg sesat ni?? :P
Neo-Druidism adalah kumpulan yang mengikuti budaya pagan menyembah alam semulajadi. Stonehenge adalah salah satu tempat suci mereka. Anggaran penganutnya sekarang ialah 100 000 orang di UK. Setiap kali tiba solstis musim sejuk dan panas mereka akan datang ke sini menjalankan ritual mereka.
Gambar ini dari Wikipedia..
1 comment:
ok, nak pergi nanti
Post a Comment