Selepas melawat Stonehenge, kami ke Bath pula. Ia bandar kecil yang sangat cantik. Sesiapa datang UK dengan belanjawan terhad rasanya pergi London, Bath dan Edinburgh cukuplah, (Manchester tak payahla, apa je yg ada, setakat Old Trafford apa nak heran--bukan elemen saya :P). Ia juga bandar yang diwartakan sebagai World Heritage Site, kerana terdapatnya tinggalan Empayar Rom di sini.
Tengok papan tanda ni, memang banyak tempat boleh pergi, tapi kami tak sempat ronda lama2, waktu siang sangat pendek. Tak sempat nak tengok apa ada kat Jane Austen Centre tu.
Kami cuma sempat melawat The Roman Baths (dan tinggalan kuil) saja. Ianya adalah satu2nya kolam air panas di UK, dan merupakan tempat suci bagi kaum Roman ketika mereka menduduki England, dibina sekitar 60-70 thn selepas masihi.
Pintu masuk Roman Baths
Sedikit penerangan
Semua artifak yg dijumpai ada di sini ada dipamerkan. Pada zaman itu, tempat ini adalah kompleks tempat mandian raja dan orang awam. Orang ramai datang untuk berubat dengan air panas semulajadi ini. Suhunya lebih kurang 46 darjah Celsius.
Walaupun zaman purba diorang mandi kat sini, tapi sekarang dah tak boleh. Tahun 1979 ada budak yg mandi sini meninggal kerana amoebic meningitis (jangkitan parasit pada selaput otak)- ada ditulis dalam buku parasitologi kitorang masa belajar dulu. Sangat 'rare' penyakit ini. Kalau korang tengok House ada satu episod yang Dr Foreman sendiri masuk ICU kerana penyakit inilah. Entah apa lagi mikrob yang ada kat dalam tu.
Antara tinggalan tapak berkenaan. Sesetengah dinding masih berdiri.
Ini pula model yang dibina semula untuk menggambarkan rupa sebenar kompleks ini di zaman kegemilangannya.
1 comment:
ok best!
ruginya tak pi jane austen centre tuh...apa ada haa...rumah dia kot
Post a Comment