Thursday 30 August 2012

Kadang-kadang

Kadang-kadang rasa rindu nak menulis di blog.

Nak kata betul2 tak ada masa tak betul juga sebab kadang2 ada masa tapi tentulah buat benda lain, yang memang telah ditetapkan KPI nya eg baca buku. Tiada KPI untuk blog.

Hari tu kemas rak buku dan surprise surprise, ada banyak ruang kosong lagi rupanya (sebelum ni bersepah) kahkah... maknanya boleh pergi kedai untuk tambah lagi :)

Macammana Ramadhan tahun ini? Tahun ini saya lembik je, bencinya. Tapi orang bijak pandai kata kalau kita beribadat kerana Ramadhan (solat jemaah, baca Quran, qiam, tak mengumpat dan jaga hati atau berhijab masa bulan puasa je), maka Ramadhan telah berlalu, tetapi kalau kita beribadat kerana Allah, Allah itu Maha Kekal dan sebagai Pencipta Ramadhan lebih layak dihormati daripada Ramadhan itu sendiri.

Oklah, post gambar raya :)

tak senonoh je duit raya penuh kat poket