Banyaknya benda tertangguh untuk blog ini... nak cerita pasal Barcelona, nak sambung pasal pencegahan kanser, harijadi Abid dan Ammar yang baru lepas pun saya tak tulis apa2. Tapi saya ingat perkara yang ini tak boleh bertangguh. Ia tentang ilmu parenting.
Beberapa bulan lepas MIO ada memberitahu tentang blog 2 beradik yang sedang berlumba menghafaz Al-Quran, Darwisya dan Darwish. Ketika itu saya cuma klik dan lihat, "wow, hebatlah, tapi belum ada masa nak baca"- benda baik memang selalu syaitan lengah2kan kita, kan. Jadi ketika itu saya cuma 'bookmark'kan blog itu. Tapi tiba2 tergerak hati untuk baca semula.
Mula2 saya skeptik. Ini apa obses sangat ibu dua beradik ni nak jadikan anak2 dia Hafizul Quran sebelum umur pra-sekolah? Tapi saya curious jadi bacalah apa yang ibu ni tulis. Setelah banyak membaca saya menyesal tak baca awal2 dulu!
Saya bukannya nak cerita tentang kedua2 budak comel itu. Saya nak bercerita tentang kesungguhan ibu mereka.
Dari apa yang saya baca ibu Darwisya dan Darwish bukanlah seorang ustazah atau penghafaz Al-Quran sendiri (maaf jika saya salah) tapi dia nekad supaya roh Al-Quran itu dalam jiwa anak2nya sebelum anak2nya kenal dunia lain. Dia hanya akan memperkenalkan TV dan ilmu2 lain (matematik, sains dsbg) hanya setelah ilmu Al-Quran itu sebati dalam diri anak2nya. Dia bukan mahu sembunyikan dunia ini dari anak2nya, tapi hanya akan dedahkan selepas mereka kenal Al-Quran dulu.
Makanan mereka juga dijaga supaya betul2 halal dan snek/makanan ringan hanya terdiri dari makanan yang baik utk otak seperti kacang badam, coklat badam, kismis, madu, buah kurma.
Mungkin kita akan kata 'senanglah dia nak ajar sebab anak dia baik, dengar cakap etc' tapi tidak, anak2 dia seperti anak2 kita juga. Muqaddam koyak, flash card koyak, budak merengek berguling2 tapi si ibu tetap bersabar.
Setiap kali sebelum tidur si ibu akan menyuruh anaknya membacakan apa2 surah untuknya, dengan harapan suatu hari nanti apabila dia tidur untuk selama2nya mereka akan terus membacakan Al-Quran untuknya setiap malam.
Saya kongsi kata2 hikmat hukama (entah siapa?) yang ditulis di blognya;
"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan".
Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi).
Ia masa yang sangat terhad. 0 hingga 6 tahun. Kebetulan Allah beri saya kelapangan ketika waktu umur anak2 saya begini. Tentu waktu lapang ini sebenarnya untuk mereka, bukan saya. Saya selalu lalai dan hilang fokus.

12 comments:
Drwati...
Masya'Allah.. sesuatu yg indah untuk dikongsi dan diikuti...
what?! what?! nak berenti keje sekarang jugak!
panic sebab tak start satu apa pun kat ainaa and aisyah belum naik quran!
Dr Wati.. setuju ngan apa yg dikata
"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan".
kadang2 saya pun lalai.. hehehe
bila dah makin besar anak.makin byk akal nye...
betul betul betul..
tiba-tiba rasa panik sbb munief dah 4+! am i too late? huhu.. :(
semoga saya dapat merajinkan diri..
Assalamualaikum,
Terima kasih sebab sudi berkongsi walaupun sedang sibuk.. Sebelum saya ada anak, baik saya baca siap-siap supaya dapat buat persediaan yang secukupnya, insyaAllah.. :)
Salam drwati,
Thank you for sharing..
kekadang we have to show the good examples , then kalau di izinkan Allah.. anak-anak akan ikut walaupun masa tu kita dah tak ada..
terutama amalan membaca AlQuran...
Ibu n Abah- memang terkagum dengan ibu tersebut..
mummy-jgn panik, baca yg left handside links kat blog tu yang dia 'perkongsian saya' and the most important thing is..start!
kak Rizza- betul kan kata2 hukama tu, kalau nak senang kemudian mesti bersusah sekarang, mesti susah nak konsisten
mynie- macam panik kan..aku dahla stuck dgn iqra' Adam sebab dia macam berkurangan minat dia..aku kena cari jalan lainla..
w'salam ribena-haa awak banyak masa lagi, yg plg penting awak tau kan, bapak budak tu mesti lelaki soleh
w'salam PakWan-thanks for the advice, betul kalau kita sendiri tak baca takkan nak expect anak kita baca pulak kan
hari tu kat YG Sheff pun ada difwdkan blog ni untuk tatapan bersama. Memang terasa ketinggalan. Ayuni masih bertatih Iqra'. Setakat hafal skit-skit bacaan dlm sembahyang jerlah...itu pun very basic.
Tapi bila dengar ceramah ustaz zahruddin ritu...(seminar keluarga bahagia),dia pesan jgn gelabah. Start enjin kereta..mulakan bacaan al-quran anak-anak. Yang penting katanya...bukan cepat habis khatam al-quran tetapi fasih , lancar dan betul bacaannya.
Betul kata ustaz..tetapi sebagai manusia biasa..mestilah rasa cuak...Sedih ..galat...tapi salah mummy ayuni jugak..tak konsisten.
Lets start now n be istiqamah.
haa tu sebab entry ni saya tak cakap pasal umur budak2 tu dan progress diorang,yg saya nak highlightkan ialah kesungguhan dan prinsip ibu diorang...
betoi betoi..ibu kena kuat semangat..!!!!
masa sy terjumpa blog tu, the first thing that came to my mind ialah si ibu tu mesti pakai tudung labuh dan berjubah. i don't know why, tp sy rasa mcm itulah imej si ibu tadi.
tp lepas sy godek-godek blog tu dan blog lain si ibu, baru sy tau si ibu tadi tak bertudung pun.
sy tak berniat utk cerita pasal pemakaian si ibu, tp nk kongsi perasaan sy. sy tak tau kenapa, tp sy rasa insaf. kenapa diri sy cuma nampak islamik dari segi luaran, tp tak cukup islamik dari segi dalaman macam si ibu tadi? usaha si ibu tadi memang betul2 melekat dlm hati sy, smpi sy menangis mengenangkan diri sendiri.
sy harap sy dapat menjadi muslim yg benar2 baik, bukan setakat dari pakaian saja tp yg paling penting dari segi kejiwaan dan roh tu mesti betul2 islamik. ini yg sy nk contohi dari ibu tadi.
sebenarnya saya pun mula2 ingat camtu (*malu sendiri*), tapi bila saya dpt tau ibu tu pun ala2 mcm saya jugak, jadi lebih bersemangat :)
Post a Comment