Barcelona memang sebuah bandar pelancongan. Kami bersiar2 di Barcelona menggunakan perkhidmatan bas 'City Sightseeing' yang sangat efisyen. Ia berhenti di tempat2 pelancongan dengan kekerapan 5-10 minit sekali. Ia juga dilengkapi alat audio untuk mendengar penerangan bagi setiap tempat.
Barcelona juga agak mesra alam. Tong2 sampah awam disediakan siap untuk kitar semula....
Ada juga sistem 'bicing' iaitu pekhidmatan sewa basikal (self-service) di mana anda boleh menyewa basikal di tempat A dan memulangkannya di tempat B. Stesen2 'bicing' ini terletak berdekatan dengan stesen2 metro dan bas, jadi pengguna boleh memilih pelbagai kenderaan awam untuk perjalanan.
Barcelona mengingatkan saya pada Malaysia. Bukan kerana panas terik mentari atau langit cerahnya saja, tapi agaknya sebab tingkap2 di situ juga ala2 daun tingkap rumah kampung.
Susahnya mencari makanan halal di Barcelona. Sepanjang di sana kami hanya berjumpa dengan 2 kedai halal (Pakistani) dan satu kedai 'vegetarian'. Ada beberapa kawan yang mencadangkan kami mencuba 'seafood paella' (makanan tradisional orang Sepanyol) tapi tiada kedai halal yang menghidangkan paella. Walaupun namanya 'seafood' tapi mesti berhati2 juga kerana masakan Mediterranean banyak yang menggunakan alkohol. Kami 'google' resipi paella memang menggunakan 'wine' jadi kami tak berani mencuba. Roti2 di kedai juga tiada yg berlabelkan 'suitable for vegetarian' (sesetengah pengawet atau lemak adalah dari haiwan). Semasa berlegar2 di pasaraya membelek2 label pelbagai roti dalam keadaan perut lapar tiba2 datang seorang muslimah yang mengambil sejenis roti berdekatan kami. Kami tawakal dan ambil jenis roti yang sama.
Namun di restoran halal tempat kami makan, ada jual alkohol juga. Hmmm...
Di Barcelona, kami bertemu Aira (tak pasti ejaan). Aira ialah gadis berbangsa Finland yang bekerja sebagai pemandu pelancong di situ. Dia menegur kami.. "Assalamualaikum, apa khabar?" Dia fasih berbahasa Melayu! Rupa2nya pada tahun 1996 dia bersekolah di Kuala Lumpur selama setahun. Kami terus berborak dalam bahasa Melayu seperti kawan lama. Dia fasih 6 bahasa.
Di Barcelona juga Abid Husaini menyambut ulangtahun pertamanya. Abid yang lahir di England, sudah ke Wales, Scotland, Holland dan Spain walau masih belum boleh berjalan. SubhanaAllah, Abid, you are truly a blessing!
4 comments:
Alah hensemnya Abid senyum macam gitu....happy belated birthday Abid...Malaysia je belum sampai lagi ye...insyaAllah..
Salam Drwati,
Semasa saya melawat Amsterdam tahun 1984.. saya terjumpa Muth'am Halal Tunisian. Punya lah semangat nak makan..dah 2-3 hari tak makan dengan sempurna.. dah kenyang barulah perasan kat kedai tu ada serve liqour juga..
Owner beritahu saya tak jual arak..tak ada pelanggan lah jawabnya.. entahlah belalang!
kak anis: yelah, malaysia je belum
Pakwan: memang begitulah, pelanggan lebih penting (dah lama tak dengar entahlah belalang tu)
abid, comelnya muka!!
abid belum sampai tanahair sendiri.
Post a Comment