Friday, 11 June 2010

Tentang Gaza dan Israel

Hmmm isu ini memang sensitif. Sebelum ini saya tak pernah sentuh apa2 tentang Palestin. Tapi diam bukan bererti tak peduli. Cuma saya rasa kurang layak untuk bercakap tentangnya. Biar mereka yang arif saja yang buat ulasan (dari segi politik atau agama).

Saya cuma mahu mencatatkan (bukan saja untuk berkongsi tapi lebih kepada supaya saya tidak lupa) tentang satu dokumentari yang saya baru tonton di televisyen sini bertajuk Ross Kemp Middle East (Part 1- Gaza dan Part 2- Israel). Pengacaranya, Ross Kemp dan krew telah pergi ke Gaza dan Israel, bukan untuk mencari apa2 atau mengesahkan apa2 (dia menyatakan yang dia pergi dengan persepsi neutral), cuma mahu merakam tentang bagaimana kehidupan di kawasan paling kontroversi itu.

Dia mendapati, semasa di Gaza:

1. Masyarakat tinggal dalam runtuhan bangunan. Tiada bahan binaan untuk bina semula apa2 infrastruktur yg musnah akibat dibom.

2. Infrastruktur yang musnah adalah infrastruktur tulang belakang sebuah negara iaitu parlimen, kediaman pemimpin, masjid, kilang, hospital dan 200 buah sekolah (bagi sebuah bandar jika kehilangan 200 sekolah, agaknya berapa saja yang tinggal?). Di sana R.Kemp bertemu dengan seorang pegawai UN yang membawanya ke kawasan2 runtuhan. Pegawai UN berkata-lihatlah sendiri, kilang biskut, hospital, sekolah. Ini yang dibom Israel.

3. 100 ribu orang hilang punca pendapatan akibat sekatan ekonomi. Sekarang mereka beratur mengambil makanan dari UN.

4. Pasar masih berfungsi. Apabila peniaga ditemuramah, mereka berkata barang2 didapati dari pasaran gelap, diseludup dari Mesir. Harga barang2 ini sangat mahal kerana terhad. Antara barang2 yg ada ialah buah2an, kopi, gula, biskut2, makanan tin, coklat dan gula2. Israel hanya benarkan kemasukan lampin bayi, susu, yoghurt, keju dan beberapa item yang saya tak ingat.

5. R. Kemp pun pergi melawat kawasan pusat penyeludupan ini, di sempadan Mesir. Ia dikawal Hamas. Bukan kerana ia aktiviti penyeludupan (sebab memang ini 'lifeline' mereka) tapi untuk memantau supaya dadah dan alkohol tidak dibawa masuk. Tanah digali sangat dalam, kemudian beberapa terowong dikorek menuju Mesir. Terdapat ratusan terowong talian hayat rakyat Palestine ini. Semakin jauh R. Kemp berjalan ke dalam terowong, terowong semakin gelap dan sempit. Semasa berjalan kelihatan seorang pemuda yg menggali cabang lain dengan alatan tangan sahaja. Terowong sangat panas dan bahaya. Tiada jaminan keselamatan langsung. Setiap hari beberapa orang akan mati terkambus kerana terowong runtuh.

6. Seorang usahawan yang perniagaannya telah pun ditutup akibat sekatan ekonomi berkata "90% rakyat Palestine mahukan keamanan. Kehidupan yang aman. Walaupun untuk mendapatkannya terpaksa bersalaman dengan Israel".

(Permintaan ini sebenarnya tidak boleh diperkecilkan oleh orang Islam. Ia jalan yang lebih disukai Rasulullah saw. Ingat Perjanjian Hudaibiyah?)

7. Setiap orang yang ditanya tentang Hamas tak mahu memberi komen (kenapa agaknya?).

8. R. Kemp juga melawat sebuah pusat rawatan pemulihan psikologi bagi kanak2. Semua kanak2 disitu telah melihat ahli keluarga mereka mati di hadapan mereka. R. Kemp melontar soalan- "Apa pendapat kamu tentang gerakan jihad dan pengebom berani mati?"-(kita tahu gerakan2 gerila jihad suka mengambil anak2 yatim ini untuk direkrut sebagai pengebom). Seorang kanak2 lelaki (mungkin usia 10-12 thn) menjawab- "Jika kami mati berperang mempertahankan negara kami, kami akan masuk syurga. Di syurga kami akan dapat apa saja yg kami mahukan. Apa yang ada untuk kami di sini?". Ada seorang budak yg diam saja sejak sesi bermula. R. Kemp bertanya kenapa dia diam membisu. Budak itu membuka mulutnya-"Ibu saya, ayah saya, atuk saya, pakcik saya semuanya sudah mati dibom. Tinggal saya saja. Apa lagi yg saya ingin katakan?" Seorang budak perempuan pula menambah "Ibu bapa saya juga mati dibom di rumah kami. Muka ibu hancur sebelah (sambil tangannya membahagikan mukanya kepada dua). Otak ayah terkeluar dan badan penuh luka (sambil tangannya menepuk2 badannya). Kemudian abang saya segera menyruh kami adik beradik keluar dari runtuhan ruang tamu kami..." budak itu terhenti di situ dan menangis di bahu budak di sebelahnya. Penterjemah bahasa R. Kemp, seorang muslimah yg cantik jelita juga menangis.

9. Kemudian R. Kemp dihubungi kumpulan gerila jihad (tak salah saya Jihad Islami dan Al-Quds). Jihad Islami menunjukkan bom2 mereka dan operasi mereka menghantar bom dan roket ke Israel. Ia aktiviti amatur. Bukan serangan komando atau jet2 pengebom seperti yang dilakukan Israel. Al-Quds pula sedang membuat rakaman mesej pengebom berani mati. Pengebom tersebut, seorang pemuda yang dipasangkan di sekeliling pinggangnya bom2 TNT. Dia kemudian membuat ucapan untuk rakaman tersebut. Setelah video dirakam, R. Kemp bertanya kepada pemuda tersebut, berapa umurnya. Dia menjawab, "saya berusia 24 tahun, seorang graduan universiti". Apa bidangnya? "Undang2" jawab pengebom. R. kemp bertanya lagi, "Sebagai seorang yang terpelajar, apakah awak rasa yang awak lakukan ini akan membawa keamanan?" (lebih kurang begitulah soalannya). Pemuda itu menjawab "Negara saya diperangi. Saya wajib melawan. War with war. Peace with peace."

Untuk bahagian kedua pula, R. Kemp ke Israel.

1. Tiada bangunan musnah di Israel. Kehidupan berjalan seperti biasa. Di beberapa tempat terdapat memorial2 yang didirikan untuk mengingati mangsa2 letupan bom akibat serangan berani mati warga Palestin atau roket gerila jihad. R. Kemp bertemu dengan beberapa orang bapa yang kematian anak akibat serangan2 ini. (Adakah ribuan anak yatim yang menderita? Tiada ibubapa atau makanan? Kalau ada tentu R. Kemp sudah menemuramah mereka).

2. R. Kemp berjumpa dengan pegawai polis patrol di sempadan Israel-Gaza. Kelihatan dari kawasan patrol mereka bandar Gaza yang musnah. Pegawai itu berkata yang pada bila2 masa saja roket akan terbang dari sana. Jadi tugas mereka untuk memantaunya. R. Kemp bertanya berapa besar kerosakan akibat roket2 ini. Pegawai itu menjawab 24 kematian dan 50 kecederaan serius. Saya sebenarnya tidak menangkap adakah ini jumlah keseluruhan statistik mereka (yang dijadikan justifikasi serangan Disember 2008) atau ini statistik serangan terbesar rakyat Palestin. R. Kemp bertanya "adakah anda sedar yang serangan Israel ke atas Gaza Disember 2008 mengorbankan 1300 penduduk Gaza dan memusnahkan seluruh infrastuktur Gaza?" Pegawai itu menjawab (dengan muka selamba)-"Saya memberi jaminan yang serangan kami hanya bertumpu kepada sasaran pengganas dan kami melakukan sedaya upaya kami untuk tidak melibatkan orang awam" (benang basah mana yang cuba ditegakkan? adakah awak ingat kami buta, tuli dan bodoh?)

3. Di bandar Tel Aviv suasana seperti bandar di negara lain. Manusia berpusu2 membeli-belah, ke panggung wayang, duduk di kedai kopi. Di sini masyarakat Yahudi Islam dan Kristian hidup seperti biasa. Mereka dipanggil sekular (ini benar untuk bangsa Yahudi Tel Aviv tetapi tak pasti pula adakah masyarakat Islam di situ sekular, tapi kelihatan juga muslimah berhijab berjalan2). Mereka dituduh berada dalam keadaan 'denial' kerana cuba untuk hidup seperti biasa.

4. R. Kemp pergi pula melawat sempadan Israel dengan Tebing Barat. Di sini Israel telah membina tembok tinggi yang dikatakan untuk pertahanan. Tapi sebenarnya tembok ini berada dalam kawasan Palestin. Jadi Israel telah mencuri tanah negara jirannya (saya tak pasti berapa kilometer). Kemudian dibina pula kawasan perumahan di tanah yg dicuri itu. Terdapat juga pendatang haram Israel yang datang ke Tebing Barat dan membina penempatan di atas bukit2. Mereka adalah golongan Yahudi Orthodox. Jurucakap mereka berkata ini janji Tuhan 2 ribu tahun dulu kepada mereka.Tanah itu tanah mereka. (Inilah cara mereka menunjukkan ketaatan kepada Allah dan Nabi Musa- sangat pelik). Aktiviti ini diiktiraf UN sebagai penempatan haram dan melanggar Geneva Convention of Human Rights.

5. Di akhir dokumentari, R. Kemp mengikuti satu keluarga melawat kubur seorang gadis yang terbunuh ketika serangan pengebom berani mati. Ibu gadis itu menangis sambil berkata "kebencian ini tak akan berakhir. Mereka adalah pengganas (terrorist)". (Ya, kesedihan ibu itu tiada siapa boleh bayangkan, tetapi siapa pengganas sebenar di sini?).

Itulah beberapa isi dokumentari itu. Pada pendapat saya ia dokumentari yang jujur. Malangnya, waktu siaran pukul 11 malam. R. Kemp menunjukkan beberapa aktiviti Israel yang diiktiraf tidak sah oleh UN- sekatan ekonomi ke atas Gaza, pencurian tanah akibat pembinaan tembok, penempatan setinggan Yahudi Orthodox di Tebing Barat, serangan ke atas Gaza Disember 2008 (dan terbaru, tiada dalam dokumentari- pembunuhan aktivis2 Gaza Flotilla di perairan antarabangsa). Tetapi memang Israel kebal. Tiada siapa berani menghentikan mereka. Suara pemimpin dunia lebih kuat mengecam Iran yang belum lagi buat apa2 dengan projek nuklear mereka (termasuk Israel yang juga mempunyai senjata nuklear).

7 comments:

SMM said...

thanks for sharing this. for a british tv to air this mmg aku applaud, cuma like you said waktu siaran 11 mlm. hope still ramai yg tonton.
nangis aku baca part 1 Gaza point no 8 tu. sedihnya..
palestinians cuma nak hidup dgn normal. boleh kerja, ada makanan, ada bangunan. mmg kesian betul keadaan diorg kat sana. mcm ada sesetgh pihak kata - gaza is the world's largest prison..

Ibu n Abah said...

Drwati...
terima kaseh berkongsi kisah penderitaan saudara kita di Gaza. Semuga kehidupan mereka lebih baik di akhirat. Sedih sungguh mmbaca kisah ini.Insya'Allah...

Mamaboyz said...

mynie- donno if many watched this, because of the time and it was aired by a satellite channel, kitorang pun terperasan sebab tunggu waktu isyak masuk 11.30

ibu n abah- insyaAllah

knv said...

ya allah meremang bulu roma baca nih. thanks doc. akak pun tak perasan bila aired ni. pukul 11pm? memang tengah tido la tu selalunya.

bila lagi yea ulangan? sky1 kan?

Mamaboyz said...

yes sky1, boleh tgk kat skyplayer, tak tau lah kalau ada ulangan..ntah2 ada kat you tube?

Mamaboyz said...

kaknon, it is on youtube! search for ross kemp middle east

oooh tgklah yang dia masuk terowong tu :(

mummy said...

ha...nanti nak suruh daddy download