Friday, 25 June 2010

Masih tentang Barcelona

Kali ini mengenai 2 tempat yang kami lawati di Barcelona, Park Guell dan Spanish Village (Poble Espania).

Park Guell sangat terkenal di sini. Ia sebuah taman arkitektur yang pelik yang direka oleh arkitek tempatan bernama Antonio Gaudi (1852-1926). Pembinaannya adalah di antara tahun 1900-1914. Ia telah diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site.

Park Guell

Pintu masuk

Taman ini (pada mata saya lah) unik tapi tidaklah cantik sangat. Bila di situ, kita rasa pelik dan mungkin ada jugak rasa kagum sedikit, tapi errr.. nak kata mempesonakan tu tidaklah (marah pulak orang Barcelona karang :P -suka hati sayalah kan). Atau mungkin saya tak dapat menghargai kerana saya tak ada ilmu senibina atau mungkin sebab terlalu ramai orang di situ. Apa-apa tengoklah sendiri gambar-gambar.

2 bangunan di tepi pintu masuk

Ini koridor yang pelik, tak tahu apa konsepnya

OK yang ini cantik juga lah



Pemain harp

Alat muzik ini namanya Hang (melodious percussive instrument) nampak macam diketuk tapi bunyi dia macam seruling, tak percaya boleh dengar kat youtube

Lagi satu tempat menarik yang kami pergi ialah Spanish Village. Ia muzium terbuka (macam Mini Malaysia, Melaka) di mana semua jenis senibina Sepanyol ada replikanya di situ.


batik?

Sebuah kedai cenderamata

Oppss.. adakah itu tanda Illuminati?

Nantikan episod terakhir Barcelona..

2 comments:

knv said...

ya allah cantik la semuanyaaaaa! :D

Mamaboyz said...

cantik kan? :)