Monday 24 May 2010

Keukenhoff

Ini tujuan sebenar kami ke Holland. Tulip memang sinonim dengan negara Belanda. Pada perkiraan kami kemungkinan besar musim bunga tahun ini adalah musim bunga terakhir kami di sini, insyaAllah, jadi ini peluang terakhir kami menjejakkan kaki kami di taman yang dikatakan tercantik di dunia, Keukenhoff.

Subhanallah, memang cantik. Bunga2 tulip disusun bercampur warna. Saya terfikir kalau 10 tahun dulu semasa kamera masih menggunakan filem kodak, agaknya berapa gulung filem yang mesti dibawa? Saya pun rambang mata memilih gambar untuk diletakkan dalam entri ini.

Dalam perjalanan- padang tulip


Padang tulip- mungkin untuk eksport


Keukenhoff-pintu masuk






















Gambar favourite saya

Papaboyz test skill


Ini baru taman dunia yang dilanskap oleh manusia, kan?

Ketika berjalan di taman itu, saya terpandang dua orang tukang kebun yang sedang mencantas bunga2 tulip yang telah melentok supaya tidak mencacatkan yang masih tegak berdiri. Saya pun menegur mereka dan meminta mereka berikan saya sekuntum bunga tulip. Mereka pun memilih sekuntum bunga tulip kuning yang masih elok dari bakul mereka.


Jadi bunga tulip ini saya kepit dalam buku untuk dikeringkan


Inilah bookmark saya yg baru, tulip dari Keukenhoff

Itulah sedikit sebanyak cerita 2 hari kami di Holland. Ada banyak tempat tak pergi sebenarnya. Di bandar Amsterdam terletak muzium 2 pelukis ternama, Rembrandt dan Vincent van Gogh. Ada juga rumah persembunyian Anne Frank, kanak2 yang menulis dalam diarinya (yang kini dibukukan-The Secret Annex) tentang ketika dia bersembunyi di bilik rahsia belakang almari selama 2 tahun supaya tidak dihantar ke kem tahanan Yahudi oleh tentera Nazi ketika perang dunia pertama. Setiap hari Jumaat pula ada pasar buku mingguan di tengah2 bandar Amsterdam.

Mungkin ada rezeki pergi lagi? Lagipun taman Keukenhoff bertukar lanskap dan tema setiap tahun.


Koleksi fridge magnet Holland

7 comments:

Ibu n Abah said...

salam kenal drwati...
aunty ni baru mengenali blog drwati.. dan merasa sgt seronok dgn gambar yg dipaparkan disini...
pernah pergi amsterdam masa bulan madu 17 tahun dahulu.. tp masa tu takder musim bunga tulip.
Masya'Allah... indahnya keindahan bunga2 yg drwati rakam. betul mcm kata drwati, ini hanya rekaan manusia di dunia, bagaimanalah pulanya keadaan di sana?.. Subha'Nallah..

Mamaboyz said...

aunty terima kasih singgah :)

memang the best time dtg amsterdam ialah bulan apr-may sebab tulip tgh kembang

salam kenal :)

auntie chemek said...

huih best btul la blog ko nih doc.buzz. semua entry best. bahan bacaan aku la nih

Azima said...

I like the purple flowers too!!Breathtakingly beautiful *sigh*

anon suria said...

Thanks letak gambor-gambo yang menarik. hilang rindu . mmg terasa nak gi lagik. Gambar kat templat blog tu pun kat Keukenhoff? cantek...ada latarbelakang kuda.

Mamaboyz said...

mek-blog gue memang best :P

azima-true!

su-ha'ah, yang kuda tu backdrop je bukan kuda betul, ada beberapa flower beds yg diorang letak backdrop kat belakang

Rizza said...

cantik pemandagan tu... gambar2 yg segar....