Friday 2 October 2009

London, Insiden Di Depan Batu Rosetta dan Berada di Timur dan Barat Pada Masa Yang Sama

Sebenarnya ini cerita dah lama. Sebelum puasa lagi. Kitorang turun ke London atas urusan menjadikan Abid warganegara Malaysia dan membuat passport Abid. Juga sebab masa tu dah dekat nak puasa jadi termasuk juga aktiviti makan2 sebelum puasa :))

Kami menginap di Hotel Ibis yang betul2 depan stesen keretapi dan berdekatan dgn Stadium Wembley.



Stadium Wembley dari tingkap hotel..



Abid bersantai sambil main air liur



Lepas check in apalagi kitorang pun memulakan sesi jalan2 cari makan. First destination-- KFC! :))

Beberapa bulan lepas KFC UK memulakan operasi menghalalkan 8 premisnya di London. Kitorang pun tak melepaskan peluang. 1 bucket nyumnyum!

Boy to boy talk...


Hehehe 2 tahun tak makan kfc...



(ooo..ini lah kfc yg mama selalu sebut masa ngandung Abid)


Kekenyangan lepas melantak kfc..



Lepas tu bersiar2 di tebing Sungai Thames disimbahi cahaya neon dan kerlipan bintang. (Konon2 romantik tapi dgn 3 bodyguard).



Besoknya kami ke Malaysian High Commission untuk buat surat beranak dan passport Abid. Semua naik tube.



Lepas selesai urusan rasmi, kami pun ke Malaysian Hall... untuk makan2 lagi hehehe

Kali ni pekena ABC dgn laksa dan macam2 lauk, keropok lekor, mi goreng mamak dan roti canai. Kenyangnyer Alhamdulillah. Kitorang yang paling lama duduk kat situ. Meja2 lain semua dah berganti orang.


Lepas tu pergi main2 kejap di Kensington Park...


Kemudian ke British Museum....


Adam kepenatan sampai tertido dlm museum..




Ada satu bahagian tu mempamerkan ancient Egypt (selepas dikorek2 di tapak arkeologi dibawa ke sini)




Inilah Batu Rosetta. Ingat tak ada dlm buku sejarah Tingkatan 4? Batu ni ditulis pada 196 BC dan mengandungi terjemahan tulisan higrolif Mesir dalam bahasa Greek.


Jadi apa insidennya? Waktu itu saya sangkut dan lilit handbag pada stroller (rasa dah susah tu kalau nak snatch). Papaboyz sibuk ambik gambar. Saya berada lebih kurang sehasta dari stroller. Tiba2 saya rasa dikerumuni. Mula2 tak syak apa2 sebab agak ramai juga org sedang tgk batu ni. Tapi saya jelingla handbag tu.

Ya Allah. Ada tangan dalam handbag saya!

Fisiologi badan yang Tuhan cipta memang hebat. Terus otak saya register keadaan kecemasan ini. Saya tak jerit ok. Ini emergency mode saya yang diam tapi pantas. Cewwaah! Saya berjln setapak dan pegang tangan tersebut.

Tiba2 org2 yg berkerumun dekat saya tadi bersurai (mungkin 2-3 org). Saya syak mungkin mereka ni tukang cover tuan punya tangan. Saya mengangkat muka.

Nak tau tak.. yang menyeluk handbag saya ialah seorang wanita bertudung. Mungkin dari timur tengah atau kacukan kawasan2 disekitar. Tapi bukan Asian atau Minah Salleh.

Dia terus berkata " oo is it your bag? i just want to put a flyer in"....pandaila kau..

Saya masih memegang tangannya. Mesti agak kuat sebab dia cuba tarik tapi tak lepas hehehe. Dengan sebelah lagi tangan (jgn lupa saya sedang mengendong Abid) saya periksa kandungan handbag. Nasib baik dompet dan PDA-phone masih ada. Itu je yg penting. Saya rasa mungkin barang2 lain yg menyemakkan handbag saya spt pampers Ammar dan Abid, baby wipes, buku, cereal bar Adam etc etc yang telah melambatkan misi perempuan tadi. Saya periksa juga kalau2 dia masukkan dadah dalam beg saya. Mana tau kan. Saya keluarkan dompet dan periksa semua duit dan kad kredit. Ada. Gambar honeymoon kedua dgn Papaboyz di Paris- ada .(Sempat lagi tu).

Kemudian saya lepaskan dia. Tanpa sepatah kata. Sebab saya pun masih terperanjat. Tak sempatla nak bagi ceramah atau tarik tudung dia kan. Tak apa. Harap dia tersedar dan bertaubat lepas ni.

Mungkin anda tertanya2 apa Papaboyz buat ketika itu. Dia dah ambil gambar Batu Rosetta tu dia berpusing ke arah kami. Dia pelik, 'eh, kenapa bini aku yang sgt comel tu sedang selongkar handbag, sambil memegang tangan pompuan tu? ooo mungkin pompuan tu nak mintak derma. Tapi kenapa muka macam nak marah je? kena paksa bagi derma ke?'.. itulah yang bermain2 di fikiran Papaboyz.

Bila saya lepaskan perempuan itu baru Papaboyz tanya apa berlaku.

Alhamdulillah semua selamat. Kalau kad kredit atau ic hilang memang la banyak masalahnya.

Esoknya kami check out dan pergi makan2 di Malaysian Hall sekali lagi hehehe. Kemudian kami ke Greenwich Park dimana letaknya garisan longitud meridian 0 darjah (Prime Meridian).

Di situ terdapat juga Royal Observatory Greenwich dan Astronomy Centre.




Tapi malangnya hujan turun lebat jadi kami tak sempat bergambar di Garis Prime Meridian yang membahagikan dunia kepada timur dan barat itu. Sempat langkah saja garisan itu.

Ya saya telah pun berdiri di atas garisan yang memisahkan hemisfera dunia, jadi secara teknikalnya saya telah berada di timur dan barat pada satu masa :)) aci?

12 tahun lalu semasa saya belajar geografi untuk spm adakah saya pernah terfikir akan berpeluang melintas garisan itu? Tidak sama sekali. Rancangan Allah siapa yang tahu.

10 comments:

knv said...

doc, sila bagi location itu kfc halal. harusssss ku terjah satu hari nanti!

:P

ngidam gak nih hahahah!

knv said...

oh yea, relating to your entry, i feel exactly the same. tak pernah jangka akan dapat duduk sini.

yep, allah sahaja yang maha mengetahui!

Fadhil said...

Doc, good thing you have the sixth sense to look at your handbag. Alhamdulillah, nothing was lost. I would've handed the perp over to security.

So, your youngest is Made in UK, ye :-)

Balik Mesia nanti sure cakap English dengan slang yang pekat, hehehe...

mummy said...

haaaaa....nak langkah jugak garisan ni.

Mamaboyz said...

knv,
untuk kesejahteraan knv dan keluarga, nah saya bagi link, pilihla mana2 cawangan sesuai :-)

http://www.kfc.co.uk/about-kfc/halal/

Mr. Oldstock,
masa tu tak terpikir langsung langkah2 yg sepatutnya, tengok semua brg ada terus release dia

Abid rezeki 'surprise' kitorang kat UK, must be the cold weather hehehe

mummy,
masukkan dalam list 'the things i must do before i turn 40', kat situ diorang bagi certificate jugak, menandakan dah langkah line tu, tapi kitorang tak sempat nak amik sebab berlarian menyelamatkan budak dari hujan lebat

SMM said...

bas,
kau sgt cool - tenang saja 'menangkap' pencopet! kalau aku, dah jerit 'woi!' dulu kot ;p

bAiTi said...

Sedih kan, yang buat kerja2 ni mereka yang berhijab. Put a side- lah whether she is Muslim or not. But, kalau bertudung tu.. yang terlintas kat fikiran semestinya lah seorang Muslim.

Dulu, kat Worldwide Rusholme tu selalu ada 2/3 orang yang berlagak Muslim atau memang Muslim merayu-rayu meminta sedekah sedangkan stroller yang dipakai anaknya bukan calang2- siap 3 systems ke apa. Stroller anak saya pun x mcm tu, huhuhu..

Anyway, I salute your action towards the lady. Siap pegang tangan + check apa yang patut b4 lepas. Bagus2.. hehehe.. Kalau saya, mungkin macam K.Mynie, "Woi!", Hey!!" :P :P :P

Mamaboyz said...

ahahaha mynie and baiti..korang punya emergency response tak stabil.. think before you act, however, semua ilham dari Allah taala...

jarang kitorang pegi rusholme, tapi pernah nampak jugak, rupa diorang macam Bosnians kan, tak perasan pulak stroller apa hehe

m-i-o said...

wow, muzium tu memang dahsyat la. nak pulak yg part ancient egypt tu. sy merasa tengok dari astro aje la ya....klo dapat pegi sana, haruslah terasa kerdil.

yg garis meridian tu - memang ada ya? ingatkan diorang main lakar je kat globe - kat muka bumi tak direkod. rupa2nya ada. hahaha! sungguhla tidak berilmu sy ni.

si penyeluk saku - hoih, takyah gi jauh la, kat malaysia ni pun ada. pak arab yg datang melawat putrajaya ni ha, siap tanya kawan bapak sy, macam mana rupa duit RM50? kawan bapak sy dengan baik hatinya seluk poket, siap tunjuk. tau2 je sampai kat umah, duit RM3k dah lesap (dia baru kuarkan duit masa tu). pukau ke apa tu?

klo kat jalan TAR pulak, dulu pernah heboh minah arab tudung labuh berpurdah tu siap gores poket mangsa dengan pisau - nak copet wallet punye pasal. heee seram!

hartini said...

bas... Ni yang nak pi europe nih....