Social network saya yang pertama ialah Friendster. Saya ada blog dan ruangan book review di situ. Tapi Friendster tu banyak masalahnya. Kadang2 upload sangat lembab. Lepas tu banyak spam lucah. Jadi bila satu hari Papaboyz invite saya join facebook, saya pun join.
Facebook dan rakan-rakan
Mesti semua setuju yang yang paling mengujakan tentang facebook ialah pertemuan kembali rakan2 sekolah dan universiti dulu. Ia mengembalikan kenangan terindah waktu remaja. Sekarang bolehla kita dapat berita yang si A telah pun melahirkan anak sulungnya pada hari yg sama bayi itu lahir.
Bagi saya yang surirumah ini pula, tiada istilah bosan, sebab beratus2 kawan di depan mata.
Dan seperti saya yg jauh dari keluarga ini, perkembangan terbaru anak2 buah dapat diikuti segera, hari baby Ainaa (yang belum pernah saya temui) tumbuh gigi dan pandai main masak2, hari tu juga saya tau dan bagi feedback! Tak payahla kumpul semua dan bila ckp telefon seminggu sekali baru dpt tahu. Dan biasanya perkara kecil macam ni tak sempat nak diceritakan pun dalam telefon.
Facebook dan Perbincangan/Berita Terkini
Seperti gempa bumi di Sumatera baru2 ini, beberapa minit selepas gegaran dirasai di Malaysia terus beberapa kawan saya mewarwarkan yang terasa gegaran. Ketika itu belum lagi ada berita rasmi tentang gempa.
Ada juga yang membuka perbincangan dengan berkongsi link berita2 menarik. Besok puasa atau besok raya pun senang nak tahu. Yang kemukakan masalah seperti "macammana nak buat kalau anak asyik nangis dalam carseat?" terus dapat tips2 dari kawan2 yg berpengalaman.
Facebook dan Doktor-doktor
Haa ni memang satu penyakit heheh. Boleh tau siapa yang on call, siapa baru buat pembedahan, siapa buat locum, siapa kerja syif malam. Masa H1N1 tengah memuncak, banyaklah status2 mengeluh cuti dibekukan, wad penuh, rimas dgn topeng muka, swab tekak sendiri yang positif dan sebagainya.
Yang tak tahan tu bila ada yang mengadu "hari ni kat klinik satu patient tu cakap kat muka aku- dulu makcik pun gemuk macam doktor- sabar je lah" :))
Dan hari ini seorang lagi menulis "I'm one happy gas woman!" jangan salah sangka, dia bekerja di Jabatan Anesthesia, dan cuma meluahkan kegembiraan dia bekerja heheh
Facebook dan Wall Post Menarik
Walaupun kebanyakan wall post hanyalah sekadar luahan rasa "aarrgh it's monday again" , "yeay it's friday!" ataupun apakah menu buka puasa hari ini, ada juga yang menggelikan hati di pagi hari seperti:
"apa hukum membela khinzir di Farmville?" (NH)
"bila buka buku je terus ngantuk tapi buka buku yg ada muka ni tak ngantuk pulak" (ZBZ)
"tgh sidai kain tadi sekali tuh beruk melintas..... i was literally terkejut beruk...sib baik tak mengandung weii" (AMI)
Banyak juga kata2 hikmat..
"There comes a point in your life when you realize: Who matters, who never did,who won't anymore and who always will.So, don't worry about people from your past, there's a reason why they didn't make it to your future..." (KLA)
"men are totally from Mars" (AJ)---> heheh if this is true then I'm the alien in my house...
"hot and spicy everyday keeps the doctor away" (NAD) ---> err ni sukar dipersetujui..
Saya memang suka beri respon kepada wallpost kawan2 saya. Bukan sebab saya suka menyibuk, but simply because I believe everybody wants to be heard. (kalau tak, baik ckp dlm hati kan)
Facebook dan Masyarakat Penghukum
OK, ini memang sebab sebenar saya tulis entri ini. Beberapa hari lepas kawan saya menulis wallpost berbunyi "anda sedang memandu kereta apabila seorang remaja bermotosikal di hdpn anda mlakukan aksi bdiri di atas motor..tetiba dia terjatuh dan cedera..apa yang akan anda lakukan?"
Dalam masa sejam telah terdpt beberapa komen. Ada yg kata padan muka. Ada yg kata gelakkan dia. Ada kata pandu terus sebelum jln sesak. Ada kata kalau dia menangis baru tolong dia. Ada kata biar dia kojol. Ada seorang yg kata "kejamnya korang".
Saya tidak dapat mengawal tangan saya yang gatal. Saya pun tulis yg saya terkejut dgn komen2 di atas.
Ada pulak yg menjawab "itu pengajaran utk org yg suka menyusahkan org lain. Itu baru sikit". Ada yang menyokong jawapan itu.
Saya tahu saya bukanla sebaik2 manusia. Tapi kalau perhatikan pertanyaan kawan saya itu, ia menunjukkan yang anda adalah orang pertama yang nampak dia jatuh. Ini melibatkan split second decision. Sama ada anda berhenti tolong atau tidak.
Yang saya risaukan ialah apabila kita begitu cepat menghukum, ia akan mempengaruhi course of action kita.
Memang itu balasan untuk budak tu. Tapi hakikat yg ia berlaku di depan mata kita (bukan depan orang lain) adalah ujian untuk kita. Pada hari apabila kita akan ditanya kenapa kita membiarkan budak itu, apa jawapan kita? Siapa pula yang akan menolong kita ketika itu?
Baiklah, saya takkan membebel saja. Ini saya beri panduan jika anda terlibat dalam situasi ini. (Ini rekaan saya saja, bukan dari mana2 protokol, siapa sudi boleh tambah).
1. Berhenti di tempat selamat.
2. Pastikan mangsa di tempat selamat eg divert the traffic, tak pasal kena gilis pulak nanti.
3. Panggil mangsa. Kalau dia ok, boleh bangun semua, oklah. Tapi kalau tak sedarkan diri, berlumuran darah dan sebagainya, panggil lah ambulans.
4. Jangan cuba alihkan mangsa. Yang terlatih saja boleh alihkan sebab takut menerukkan lagi kerosakan saraf jika ada kecederaan saraf tunjang.
5. Kalau ada pendarahan cuba tekapkan pendarahan tu untuk mengurangkan kehilangan darah. Ini tindakan yg sangat berharga. Boleh menyelamatkan nyawa dan kalau tak buat boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Saya rasa itu lah lebih kurang yg boleh dibuat oleh orang awam sebagai first responder. Bukannya biar saja atau gelakkan atau lari sebab takut sesak lalulintas. Sekurang2nya kalau orang itu nazak kita boleh ajar dia mengucap syahadah, betul tak? Adakah nanti jika kita mati kita mahu keseorangan melawan bisikan syaitan?
Sama ada itu balasan dia atau tidak bukan urusan kita.
Maaf sesiapa tersinggung.

5 comments:
kalau kita, mungkin kita akan panik atau nak pengsan tgk darah.
the best that i can do is probably pullover and call the ambulance.
daddy ckp semua khinzir kat farmville dah dia jual...hehe
oklah tu..bukan escape or gelakkan
laa daddy pun main ke, ingat aisyah je hehe
aisey, sy masih belum terpanggil utk menjebakkan diri dalam fesbuk. mungkin belum smpai seru.
lagipun, mr daddy ada di sana - kahkahkah! nanti sy rasa tiada privacy pulak :P
heheh mio, why 'hide' yourself from mr daddy? tapi konsep facebook memang brilliant
err, i don't have the answer - yet. kahkahkah! perhaps i just want to have my own cave. haha. entah hapa2 kan?
Post a Comment