Ini memoir kolektif sekumpulan wanita Muslimah UK. Kebanyakan mereka adalah saudara baru dan ini kisah mereka melawan arus kehidupan silam mereka, dan juga masyarakat sekeliling. Yang menarik adalah kebanyakan mereka adalah niqabi (niqabi ialah wanita yang berpurdah). Termasuk penulis memoir ini, Naima Robert. Beliau adalah seorang African British yang ayahnya seorang atheis dan ibu beragama tradisi Zulu.
Mereka menceritakan pengalaman mengenali Islam. Kebanyakan cerita adalah hidayah datang dari sumber yang tidak disangka2. Bagaimana mereka merasakan yang mereka memang tidak dapat melarikan diri dari membuat penyerahan diri kepada Allah swt dan kembali ke fitrah mereka. Pengalaman mereka pertama kali mengucapkan syahadah, sesuatu yang kita takkan dapat rasai kerana kita dilahirkan dalam keluarga Muslim. Begitu juga pengalaman pertama kali mengenakan hijab.
Bagi penulis, penerimaan Islam secara total (dari ketauhidan hinggalah ibadah dan pemakaian) berlaku secara beransur2. Ia berkadar langsung dgn tahap ilmu. Pada permulaan memang banyak prinsip Islam yang ditentangnya. Ketika itu kata hatinya ialah cukuplah saja hanya mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad (saw), maka aku orang Islam. Tetapi orang yang rajin mencari tentu tak akan disia-siakan Allah. Semakin dalam dia belajar, semakin terbuka hatinya.
Satu perkara yang membuatkan beliau yakin dgn ilmu Islam ialah jatidiri ilmuwan Islam merekod kesahihan kata2 Rasulullah saw, atau lebih dikenali dengan Ulum Al Hadith (Science of Hadith). Ia cabang ilmu yg tiada dalam agama lain.Ia menggambarkan kematangan ilmuwan Islam zaman lampau. Sampai 2 mukasurat dia menceritakan kekaguman dia dan rakan2 saudara baru lain dengan Sains Hadith ini.
Selepas membaca kekagumannya, saya mula berfikir, ilmu sains yg kita ada sekarang, adakah kita mengambil kira siapa atau bagaimana sifat perawinya? Tidak, kan? Bagaimana kita benar2 tahu itu kata2 Hippocrates? Adakah kita mengambil kira seorang saintis yg melakukan kajian itu bukan seorang penipu, tiada masalah kesihatan berkaitan otak, tidak mengalami kenyanyukan? Alhamdulillah kebelakangan ini setiap researcher dikehendaki mengisytihar 'conflict of interest' dan keterlibatan penaja2 dalam kajiannya, sekurang2nya ada usaha untuk menilai kejujuran perawi ilmu itu. Malah apa2 praktis perubatan sekarang adalah bersandarkan kepada 'graded evidence' contohnya kalau Gred A adalah berdasarkan trial klinikal besar2an (randomized clinical trial). Sistem ini samalah seperti sistem gred sesuatu hadith samada ia sahih, hasan, lemah atau palsu.
(Sebenarnya saya malu sendiri sebab sebelum ini tak pernah pun terkagum dengan klasifikasi hadith2, hanya tahu hadith ada peringkat2nya tapi tak pernah tahu yang betapa susah-payah-jerihnya mereka cuba membersihkan cabang ilmu ini dari pencemaran fakta dengan dongeng).
Bukan mudah seorang saudara baru untuk belajar mencintai Rasulullah saw. Ia konsep baru untuk mereka, berbanding kita yg telah diperkenalkan dengan baginda sejak kita kecil. Bukan mudah juga untuk meninggalkan pakaian lama dan mengubah seluruh 'wardrobe' mereka. Atau meninggalkan kebiasaan berparti. Tetapi dengan bertambahnya ilmu dan pemahaman, menjalani kehidupan sebagai muslimah bukanlah sesuatui yg terlalu sukar atau mustahil. Ini saya sertakan perasaan penulis ketika membuat keputusan untuk berpurdah (lebih kurang setahun selepas dia memeluk Islam).
"Wearing the niqab, choosing to cover in that way, seemed the least I could do to thank my Lord, to show my gratitude, to enact my submission. I didn't have time to waste on petty concerns- I had been given this chance to make something better, and I decided to take it. And, at that moment, other people's opinions, their hang-ups and point of view, faded into the background; my eyes were fixed on the pleasure of Allah."
Yang menarik ialah penulis ketika itu bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah kolej di London, tetapi majikan2nya yang bukan pun beragama Islam tidak kisah dia bertutup litup seperti itu. (Aahhh Mr Sarkozy, this is something that the French should learn from the British. An independent person should be given his/her rights to dress however he/she likes.)
Satu perkara yang ditulis ialah tentang tahap ilmu Islam dalam sesebuah masyarakat Islam. Saya bersetuju dengan pendapat penulis yang jika satu masyarakat Islam itu mempunyai tahap ilmu Islam yang rendah, yang akan paling merana ialah wanitanya. Ketika itu wanita Islam akan ditindas, tidak diberi hak sepatutnya, disunat dengan kejam (female genital mutilation- satu tradisi masyarakat Islam Afrika), menunggu kes cerai selesai bertahun2 (biasa dengar?), dijadikan simbol sex dan kecantikan (IFF konon). Sedangkan wanita di zaman Rasulullah saw menerima ajaran terus dari baginda, bersoal-jawab dengan baginda, dijadikan sumber rujukan etc.
Jika anda mempunyai kawan2 yg berminat dgn Islam, tetapi anda tidak pandai / malu2 untuk berkomunikasi dengannya, saya fikir buku ini hadiah yang sesuai untuknya. Sesuai juga untuk Muslim yang masih selesa di takuk lama.
8 comments:
Malu rasa diri ini. Sehingga kini...belum habis menghayati hadith 40. Itu pun..kawan-kawan disini yang 'refresh' semula pasal hadith ni.If nak harap diri sendiri..ntahlah.
apa pun nak share jugak..hadith satu [1]-" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Perlu jati diri yang kuat supaya tidak ditakuk yang lama. Apapun..mulakan dengan Niat [hadith 1].
Wanita ini berhijrah kerana Allah dan rasulullah dan niat nya yang begitu tulus.[kagum.]
Hasma banyak membaca n thanks for sharing this.
menarik! ni buku library ke kau beli? if the latter, nak pinjam nnt bila kau balik hehe ;p
Su: thanks for the input
membaca jambatan ilmu :) (sangat klise tapi sangat betul)
Mynie: sadly, it belongs to the library, but as i said it is a potential tool, i might buy it insyaAllah
haaa....beli lebih. nanti nak bagi hadiah kat orang...1 utk kita jugak
Salam Wati
A good one. Thanks for sharing. Hugs n kisses to the lil boys.
.
.
Aunty yg pemalu itew :-)
kakakku- ok insyaAllah kalau duit berlebih atau ebay ada jual 2nd hand
Aunty pemalu- alaa aunty ni, apa malu2 kan aunty kiut miut,bukannya takdak hidung :P
A related artcle:
http://www.dailymail.co.uk/femail/article-1324039/Like-Lauren-Booth-ARE-modern-British-career-women-converting-Islam.html?ito=feeds-newsxml
mynie, thanks! memang related
from my sister's lips is like a book version of the article :)
Post a Comment