Sunday 14 August 2011

2 hari

Sudah 2 hari Adam berjaya puasa Subuh ke Maghrib :) Yang saya kagum ialah dia tak merungut langsung. Tidak merengek bila tengok Ammar dan Abid makan. Tidak minta makanan selain apa yang dihidangkan ketika berbuka. Dari mana kekuatan dia? Tubuhnya kecil kurus keding tapi tenaga banyak. Tidak tidur langsung di siang hari.

Adam berbuka dengan roti canai

Saya bertanya, "How do you feel Adam, fasting the whole day?"

Dia jawab "OK" (jawapan standard, tiada huraian panjang lebar).

"Why do you fast in Ramadhan, Adam?"

"So that I become a soleh boy, and in World 3 I can live in Heaven where all good things are.."

Saya terkedu. Tak sangka pulak itu jawapannya. Ketika kematian nenek saya tahun lepas, Adam ada bertanya ke mana orang yg mati pergi. Jadi saya telah menggunakan analogi World 1 (dunia), World 2 (barzakh) dan World 3 (akhirat). Untuk melatihnya berpuasa saya janjikan duit 50 sen setiap jam. Mulanya saya sangka itulah jawapannya. Saya merenung jawapannya. Ia jawapan yang sesuai dengan tujuan Allah swt menyuruh kita berpuasa seperti dalam ayat 183 surah AlBaqarah- mudah-mudahan kamu bertaqwa.

...so that I become a soleh boy..


Amin..

Ramai orang suka menegur rambut kepala Adam yang ada 2 pusar. Biasa orang akan kata- eh pusar dia dua..biasa orang kata degil ni... Saya akan selalu jawab, dia lah yang paling ikut cakap. Degil ke tidak bukan ikut pusar kepala.

Ammar pula bertanya, "Mama, which is better, soleh boy or good boy?"

"Soleh boy because soleh boy means a good boy that always remember Allah"

"I remember Allah when I eat" Ammar mempertahankan dirinya.

"hehe true..you are a soleh boy too.."

Sikap tak boleh kalah tu memang macam turun dari saya.

(terima kasih Baiti yang memberi idea memuji anak dengan mengatakan soleh boy, instead of good boy / clever boy)

6 comments:

Rizza said...

Dr Wati... Bagus Adam..
ehh adam ade 2pusar.. sama le ngan hassan.. hassan ade satu kat depan satu kat belakang hehheh..
hassan dpt le 3 hari penuh... yg lain2 tu tak le... beru belajar...

selamat berpuasa... dan tak lama lagi hari raya.. selamat hari raya..

Mamaboyz said...

kak rizza, itu lah, budak 2 pusar tak degil kan, lama tak dengar cerita hassan...selamat hari raya!

Al-Manar said...

Pakcik rasa tak usahlah banyak sangat mengkagumu kebolehan anak anak. Buat apa yang terbaik dan berdoa dan berharap. Selamat berpuasa.

Mamaboyz said...

Saya cuma mengagumi fitrah seorang anak kecil yang cenderung kepada kebaikan, dan belum tercemar fikirannya, i feel that it is something to reflect on, saya banyak belajar dari anak2 saya, mungkin orang lain boleh belajar juga

selamat hari raya Pakcik :)

m-i-o said...

anak sy yang sulung pun 2 pusar! menurut kata org2 tua elok kalau bela kambing, serasi dan insyaAllah berkembang biak. hehehe. sy sekadar gelak2 sahaja. setakat ni, ada masanya degil jugalah mempertahankan keinginannya - sy anggap memang karenah anak2 kecil begitu. ada masanya dia mengikut cakap juga :)

anyway, dijemput menyertai Quran Digital Giveaway di blog sy, ya?


http://my-internal-outlet.blogspot.com/2011/09/saya-patut-menang-quran-digital-oleh.html

mana tau, ada rezeki mamaboyz yang menang :)

Mamaboyz said...

MIO tak sempat saya nak masuk, nak karang2 dalam kepala pun idea tak datang (sedang mengalami writer's block :P)..mintak maaf yer, terima kasih ajak saya. Semoga siapa yang dapat tu akan memanfaatkan hadiah berharga tu sepenuhnya.