Sunday, 7 August 2011

Tips untuk latih anak puasa

Wardina buat video ni, saya rasa memang praktikal and full of gems..Yang penting sebelum ajar diorang puasa isu solat mesti settle dulu sebab kita taknak send the wrong message eg puasa mesti jangan tinggal tapi solat tak diberatkan..

Pastu saya suka idea yang kita mesti firstly terapkan perasaan cintakan Ramadhan, supaya bila berpuasa bukannya soal tak makan minum yg diberatkan, tapi keistimewaan Ramadhan itu sendiri, barulah kita tak lembik je masa puasa..



Adam? Hari ni dia puasa sampai pukul 2.30pm.. saya cakap congratulations kat dia :) sebab ada progress..so far sahur dia tak pernah tinggal lagi..

----------------------------------------------------------------------------------

Semalam on call di Unit Kecemasan...macam2 ragam orang.. sangat ramai yg tak berpuasa, entah betul sakit yg dibenarkan berbuka oleh syara' atau tidak?

Ada orang yang kencing manis gula naik tinggi.. "pakcik makan pukul berapa ni?".. "pukul 9 pagi nak.." (ehh apasalah pakcik tak puasa--- dalam hati je hehe)

Yang berpuasa pula kebanyakan keputusan ujian darah dan air kencing memang menunjukkan tanda2 dehidrasi.. mula2 saya terlupa, kenapa semua kidney functions mildly deranged ni? oooo diorang puasalah...

Nasib baik mereka menghormati waktu maghrib, unit kecemasan lengang semasa maghrib mudah untuk kami berbuka..

Ada pakcik umur 90 tahun pula yg pertama kali seumur hidupnya dtg ke hospital (tekanan darahnya naik)..kerjanya penoreh getah dan pemanjat pokok kelapa.. "jadi pakcik boleh bg tau saya rahsia umur panjang?" --saya suspek mesti gaya hidup yg sihat kerana isterinya juga masih hidup pada usia 80 lebih, dan mereka telah hidup bersama hampir 70 tahun, mempunyai 12 anak (yang 6 sudah meninggal waktu kecil- mungkin zaman jepun?)

Pakcik kata..."kita orang kampung mana tau apa2 rahsia doktorrrr..pakcik makan beras sawah kampung yang tumbuk pakai lesung tu, sayur apa2 yang boleh dipetik (mungkin maksud dia pucuk liar?) pastu ikan pun ikan tangkap kat sawah je...rahsia lain mana ada nakk"  :) ..terima kasih pakcik.. saya tau kesimpulannya pakcik tak makan makanan yg diproses, semua ambil terus dari nature.. tentulah tiada bahan toksik dalam badan pakcik.

Bila makan jangan lupakan saudara2 di Afrika yang sedang hadapi kemarau panjang. *sigh* belum pernah lagi jumpa org yang mati kebuluran.. tentu lebih seksa melihatnya daripada melihat org Malaysia yg mati kerana kencing manis dan sakit jantung..

Kesian semalam budak2 tinggal dengan papanya saja...

2 comments:

Anis Sazira said...

Alhamdulillah...adli & sarah pun dpt berpuasa sampai maghrib cuma sahurnya adalah just b4 depa gi sekolah. Samalah mcm yg wardina buat tu. In my case sbb bila depa bgn sahur kul 5am, depa dh tknk sambung tido..so akak takut depa ngantuk kt sekolah, tu yg lewatkan sahur. Lagipun kalau tgk, dh nk ke petang tu mmg agak lembik sikit....mcm masa first few days tu, Sarah asyik zikir lapar, lapar, lapar....hehehe.

Cuma yg masih perlu diperbaiki adalah solat mereka.

Mamaboyz said...

kak anis, adam baru dapat 2 hari penuh :) baguslah sarah n adli...kirim salam kat diorang n hajar :)