Sudah lama saya hendak tulis tentang ini. Bulan Jun lepas kami telah melakukan kembara Jalan-jalan UK Seribu Batu. Kami berjalan2 dengan kereta tua kami yang banyak berjasa (jenama Toyota) dan selama 9 hari kami melawat selatan UK iaitu Cardiff, Bournemouth, Torquay, Cornwall dan Land's End (tanah paling hujung di kepulauan UK ini). Ohh jangan terperanjat, kami bukannya banyak duit. Semua ini kami pergi dengan bajet yang sangat2 kecil. Hendak berjalan seribu daya, tak perlu seribu duit :)
Ok lah, saya tak akan menceritakan semua. Buat masa ini saya mahu menceritakan satu tempat istimewa yang kami lawati iaitu
The Eden Project, yang terletak berdekatan St Austell, Cornwall. Eden Project ialah satu taman ekosistem yang tujuan utamanya ialah untuk menyampaikan maklumat kepada pelawat tentang alam sekitar dan keadaan bumi yang kini mengalami pelbagai masalah akibat aktiviti kita sendiri.
Dalam taman itu ada '
world's largest green house'. Ia dipanggil
biome. Ada 2
biomes, satu iklim tropika dan satu iklim meditteranean.
|
Biomes (giant greenhouse) |
|
Statistik di pintu masuk- jika penduduk dunia dinisbahkan kepada 100 orang....(yang terlindung tu ialah 60 would be Asian) |
|
13 would have no access to drinking water and 10 would die from tobacco related illness |
Ia sangat besar. Sampaikan ada shuttle bus disediakan dari tempat letak kereta ke pintu masuk taman.
Sebaik sahaja kami menjejak kaki ke dalam
biomes iklim tropika, bahang panas terus terasa. Sesuatu yang sebati dalam diri tetapi telah lama tersimpan dalam kotak memori datang menyelubungi. Rasa seperti kembali ke Malaysia! Sememangnya model untuk iklim tropika ini diambil dari Malaysia, Congo dan Brazil.
|
Poster di pintu masuk biome iklim Tropika |
|
Kawasan2 beriklim tropika |
Semua tumbuh2an di sini diambil dari kawasan tropika. Kemudian mereka juga mendirikan pondok kebun siap dengan motor kapcai (di sini tiada motor kapcai) dan tempayan semua ada. Pokok2 Malaysia semua mereka tanam, nak je saya patahkan daun kesum, serai, pandan semua (tapi kitorang mana ada tanah nak tanam :P)
|
Bunga raya kat England, mestilah kena amik gambar |
|
Haaa ni macam kat kebun pisang Kg Jiboi |
|
Merentas jambatan Sg Kg Jiboi |
|
Pondok kebun yang diambil modelnya dari Sabah, yang 2 orang tu 'Melayu celup' yang offer satu air pelik (nanas + buah apa entah) kepada pengunjung |
|
perasan tak pondok kebun pun ada satelite dish...truly malaysian hahaaha |
|
dalam tu ada kipas angin, kelambu dan kerusi goyang rotan-- bila tengok rasa sedih pun ada :( |
|
ni pokok apa? macam daun kari |
|
motor kapcai |
|
air terjun pun ada |
|
barangan tradisional dipamerkan |
Sebenarnya mereka ambil Malaysia sebab banyak pembalakan haram dan kita ada masalah penggunaan tanah untuk tanaman soya yang merosakkan kualiti tanah, ini dilakukan oleh penduduk pedalaman Sabah. Setelah diberi peluang menikmati keindahan iklim tropika, kami dipersembahkan pula dengan mesej2 dan masalah ekosistem yang Malaysia sedang alami.
|
lost to what? pembalakan haram :( |
|
hehe satu2nya papan tanda yg mereka tiru |
|
pondok Penan |
|
"if we lose the battle against deforestation, we lose the battle against climate change" |
Untuk Congo dan Brazil pula, mereka tumpukan kepada industri kopi, gula, pisang dan koko.
|
stesen timbang kopi |
|
kurun ke 14 gula adalah barangan mewah |
|
kisah pisang 'fairtrade' |
|
info 'fairtrade bananas' |
|
pondok buluh kebun pisang |
|
biofuel juga tak terlepas dari 'dosa' kepada alam sekitar--kreatif, mesej diletak pada tong, i like! |
Biome kedua ialah iklim Meditteranean. Ia terletak bersebelahan saja dengan biome Tropika. Hanya dipisahkan oleh sebuah food court. Memang pengalaman menarik keluar dari iklim tropika terus ke iklim Meditteranean :). Teringat pulak belajar geografi masa SPM dulu.
Iklim Meditteranean biasalah, banyak pokok2 buah2an citrus, pokok zaitun, anggur etc. Pokok2 mereka tak rimbun dan tak bertindih2 macam iklim tropika.
|
pokok2nya jarang2 saja dan tak berapa tinggi |
|
pokok tembakau |
|
tembakau juga menyumbang kepada 'deforestation' |
|
info minyak zaitun |
|
Kitan Al-Felaba oleh Ibn al Awwam |
|
puisi terselit di tengah rimbunan |
Sebelum ini saya selalu juga membaca mengenai ancaman2 kepada alam sekitar,
carbon footprints,
fairtrade industry etc tetapi setelah pergi ke Eden Project ini barulah seperti mendapat gambaran keseluruhan (
big picture) apa yang
environmentalist asyik laung-laungkan. Syabas kepada mereka kerana usaha mereka melobi supaya manusia mendengar rintihan Bumi berjaya ke tahap ini. Ia memang satu
inconvenient truth.
Sebelum keluar ada kedai mereka yang agak besar menjual pelbagai barangan yang dilabel '
green' dan '
fairtrade' dari makanan hinggalah baju2 dan beg2. Seperti biasa saya pergi tengok rak buku mereka, tangkap gambar tajuk buku2 dan pergi
reserve di perpustakaan awam.
|
buku2 berkaitan alam sekitar |
|
Sekarang saya sedang membaca buku ini- 'Confessions of an eco sinner' |
|
Malam itu pulang ke hotel saya tidur bermimpikan Malaysia.
5 comments:
Rasanya salah satu sebab juga kenapa Malaysia dipilih dalam EDEN Project ni sbb kita ada hutan simpan kelas 1 dunia- Maliau Basin kat Sabah. Mmg ramai para penyelidik dari seluruh dunia buat research di Maliau Basin, World Heritage Site, one of the old forest in the world.Hutan ni perlu dijaga sebaiknya sebagai khazanah dunia yang tidak ternilai.[dalam rasa bangga ada hutan maliau basin..tapi sedih jugak sbb kat msia pun banyak kemusnahan hutan]
oh ye ke, thanks su for the info!
wow mmg menarik :) brp saiz sebijik biome tu ye?
to answer your question, aku terpaksa bukak guidebook dia
Meditteranean biome- 6540msq
Tropical Rainforest biome- 15,590msq and 50metres height to accommodate the high trees
bila aku bukak guide book ni baru aku teringat, actually there is another biome which they called the outdoor biome--the outside park itself, Temperate climate of course, full of plants from this region pulak.
Memang truly a special place. dia bukak spring 2001 tau, kau x sempat pegi?
bas,
i remember being aware of it, tp entahlah knp aku tak make the effort to go. patutnya sempatlah because i left summer 2003.
Post a Comment