Tuesday, 28 December 2010

Mesir dalam kenangan

Kami baru pulang dari melawat ibu bapa kami di Kaherah, Mesir. Memang sangat seronok! Semua keluarga Papaboyz ada kecuali seorang adik.

Kami melawat Kaherah, Alexandria, Taba', Dahab, Gunung Tursina dan Sharm El-Sheikh.

Saya jatuh cinta dengan unta comel. Di hadapan pintu pagar Universiti Al-Azhar saya berdoa. Di puncak Gunung Sinai kami menyaksikan matahari terbit. Di makam Saidina Hussein (ra) saya sayu mendengar rintihan beberapa orang perempuan yang bersyair berlagu2 di situ. Budak2 bertiga ini pula pertama kali berjumpa dengan pemukul lalat dan berkejaran cuba memburu lalat. Semua gembira dengan makanan halal yang ada di mana saja.

Semalam Ammar bertanya adakah kami akan ke Kaherah lagi esok :D. Adam pula membuat keputusan yang dia perlu pulang ke Malaysia secepat mungkin, katanya Sabtu depan. Baru memahami perasaan kehilangan kemeriahan saudara mara agaknya.

Saya nak tulis tapi terpaksa tunggu Papaboyz edit gambar dulu.

Koleksi fridge magnet
Hmmm....saya masih kagum terbayangkan padang pasir yang walaupun tak ada apa-apa tapi ia seperti tak perlukan apa-apa.

5 comments:

anissazira said...

Nak tergelak auntie baca pasal Adam...kalau lah semudah itu....

mummy said...

yayy adam...see you next saturday.

tak sempat kita nak pi mesir masa diorang still kat sana.

the best time to go to any place is when you have someone you know over there...jadi dia boleh bawa kita ke tpt-tpt rahsia (e.g the place that sell the best kebab)dan yg takde bermotifkan too touristy

Mamaboyz said...

tu lah, dulu dia yg nak stay manchester taknak balik (mama dia setuju je balik sabtu depan hehe)

Fadhil said...

Banyak beli carpet kat Khan Al-Khalili tu? :-)

Mamaboyz said...

mummy- kalau pegi nanti pun takde masalah, boleh hire student m'sia jadi tourist guide

mr oldstock- takde carpet pun! or maybe we didnt go deep enough, yelah bawak budak2 kecik...yg byk ialah crystals, egyptian cotton, ornaments...btw, saya tak suka carpet :)