Thursday, 9 December 2010

Pagi ini....

Sudah lebih kurang 2 minggu kami berada di bawah paras beku. Salji yang turun minggu lepas masih bersisa di jalanan. Saya bangun pagi tadi dan lihat suhu -9 darjah Celsius. Bukan yang terendah. Beberapa hari lepas ia serendah -13.

Saya memang spesies tak tahan sejuk. Kalau Papaboyz boleh berkemeja T saja dalam rumah pada waktu begini, saya kena pakai 3 lapis.

Saya pasang heater. Tapi heater tak mahu menyala! Sejak semalam dia buat hal, tapi saya mengharapkan yang selepas ia 'berehat' ia akan berfungsi semula. Tapi tidak. Heater yang ada di ruang tamu memang sudah rosak. Beberapa kali kami adukan kepada pihak pengurusan apartment kami tapi jawapan mereka masih 'stok belum sampai'. Yang baru rosak ini ialah 'portable heater' kami yang kecil.

Saya rasa sedih. Kaki dan tangan saya semua mengelupas dan pecah-pecah. Saya rasa mungkin saya ada simptom 'chillblain' (err google sendiri yer) tapi saya tak mahu makan ubat, sebab taklah teruk sangat. Adakah saya mahu masuk semula ke bawah selimut tebal itu? Tapi saya tak mahu masuk ke bawah selimut itu kerana Rasulullah (saw) mendoakan rahmat untuk umatnya yang bangun awal pagi. Lagipun saya dah berjanji dengan Papaboyz dan Adam untuk menebar roti canai pagi ini.

Ya Allah, sejuknya! Bagaimanakah aku ingin memanaskan badanku yang sejuk ini, sudah berlapis pakaian yang ku pakai. Apakah Kau akan mendatangkan kehangatan di pagi dingin musim sejuk yang sedang dilanda tiupan Artik ini?

Saya melayar internet mencari2 inspirasi pagi. Entah macam mana saya sampai kepada seseorang yg sedang bercerita tentang Nabi Allah Zakaria (as). Ketika itu baginda melarikan diri ke dalam sebuah kebun ketika dikejar kaumnya yang ingin membunuhnya. Baginda menyembunyikan diri di dalam sebatang pokok, tetapi musuhnya mendapat tahu dan mereka membelah pokok itu. Nabi Zakaria (as) mengaduh kesakitan ketika kepalanya digergaji. Turunlah Jibril (as) lalu berkata, "Ya Nabi Allah, sekiranya engkau orang yang bersabar, janganlah engkau mengeluh".....

isk..isk..saya lupa rakyat Palestin menghadapi musim sejuk ini di bawah runtuhan bangunan sahaja. Saya juga sudah lupa kesejukan Ma Yan, gadis wilayah Ningzhia yang meredah lereng2 bersalji hanya kerana hendak ke sekolah. (nanti saya tuliskan review buku itu, The Diary of Ma Yan).

Saya mahu jadi orang yang sabar. Ia jenama ahli syurga. Anda semua tidak akan dengar saya mengeluh lagi.

6 comments:

bAiTi said...

Hasma, we have extra portable heater. Nak tak? Kitaorang guna central heating. If nak, I can drop your apartment esok pagi.. or after amik the kids from school kejap lagi..?

Tu la, saya pun selalu gak termengeluh sendiri. Padahal ujian saya tak sehebat orang lain yang lagi susah. Insaf2..

Mamaboyz said...

eh baiti, tak payah susah2 (alamak malu pulak hehe) nanti kitorang pegi argos beli heater baru, sementara ni peluk abid dulu kalau sejuk :) pagi tadi ter-emo, sekarang dah ok, thank you so much anyway :)

bAiTi said...

Hasma, nombor fon dah tukar ke? Kitaorang ada yang still dlm kotak tak bukak lagi. Nk beli dr kitaorg pun ok sebab mmg tak guna lagi + nak jual..

Fadhil said...

Salam Doc,

I hate the cold too. The worst winter I experienced was in 1982, I think. Temp dropped to -30 degC at certain parts of Scotland. Seems like the snow came early this year. If I remember correctly, it usually only start to snow in mid-January.

You take care now and keep warm. Boleh sempat tebar roti canai lagi tu.... hehe..

Mamaboyz said...

Mr. oldstock,

yes, the snow came early this year, and some even call it autumn snow

tak pass lagi tebar roti canai tu, palatable but not as great as the ones made by mamak malaysia, macam mana diorang buat crispy di luar lembut di dalam, i wonder...

Al-Manar said...

...and to imagine a son going to Aberdeen this week on business, taking his family along! And in our house right now we are playing host to a couple from London.