Friday, 17 September 2010

Ramadhan dan Syawal di Manchester

Tidak pernah saya menulis tentang Ramadhan dan Syawal selama di sini. Tahun ini mesti tulis sedikit kerana insyaAllah tahun depan kami beraya di tanah air.

Ramadhan kali ini jatuh pada musim panas. Jadi subuh masuk seawal pukul 3 pagi dan Maghrib bermula selewat 8.45 malam. Tidaklah lapar atau dahaga sangat tetapi penatnya memang sangat terasa.

Tekak Papaboyz pula asyik nak makan kuih Melayu. Jadi tiba2 saya terpaksa memandaikan diri memasak kuih muih Melayu yang dulu saya anggap orang2 terpilih saja layak membuatnya hehe...tengok2 senang saja rupa2nya.

Keria versi cekodok (tak payah uli dan bentuk)--thanks KNV! sgt gembira bila dapat resipi mudah :)

Love lopes... ni lagi sedap dari lopes biasa nih hehe

Kuih ketayap pucat...tapi kalau tutup mata rasa dia sama je macam yg jual kat kedai

Apam balik- tiada dalam gambar. (nak jugak masuk list tu)


Ada juga bazaar Ramadhan disini. Dari sate, nasi kerabu, murtabak, laksam sampailah ke jubah dan tudung juga ada dijual.

Ke bazaar ramadhan bersama jiran sebelah rumah, Azman dan keluarga (Melayu Brunei)

Murtabak dan nasi minyak kot

Tudung2 dan buku / CD Islamik untuk kanak2 (nak beli ini online shopnya-MyFirstep)

Jubah dan kuih raya

Jadi apa kitorang beli? Sate, murtabak dan laksa. Roti jala jiran sedekah.

Setahun sekali

Helwa Manchester (persatuan hal ehwal wanita Manchester) pula menerbitkan 2 buah buku resipi untuk membantu suri2 rumah mempelbagaikan juadah di rumah. Bagus juga sebab resipi2 semua yg senang2.

Volume 1 and 2

Sumbangan resipi adalah dari warga Helwa sendiri. Saya tergelak sorang2 bila baca resipi puding yg ditulis oleh seorang ahli kimia..

....supaya campuran bahan-bahan di atas sebati (homogen)


Pada 1 syawal pula kami pergi solat sunat Aidilfitri di dewan sebuah sekolah yang disewa untuk acara ini. Ramai yang datang. Saya letakkan budak2 di tepi, beri mereka cereal dan dapatlah saya sembahyang juga (walaupun tak berapa khusyu' sebab saya terperasan Ammar ada tanda2 nak memukul budak lain). Selesai sembahyang saya tengok ramai pula budak sedang duduk bersama makan cereal. Nasib baik mereka tahu berkongsi.

Sebelum sembahyang sunat Aidilfitri

 Makan dgn kawan2

Abid pun nak jugak

Selesai solat raya kami berkunjung ke beberapa rumah terbuka kawan2. Rajinnya mereka memasak. Kuih raya pun banyak. Rumah kami saja yang tak ada kuih raya.

 Budak2 makan kuih raya

Laksa johor dan soto johor di rumah orang johor

Mihun sup, ketupat rendang semua ada

Bertandang ke rumah Syah dan Baiti yg baru pindah rumah.

Asyik gambar makanan kat rumah orang lain je, rumah sendiri macam mana? Lupa nak ambil gambar hidangan2 vadevass saya tu... gambar kek je yang ada tangkap..

Butter cake with white choc-cheese cream (kitorang je baham, tetamu2 raya tak sempat :P)

Kami tak buat rumah terbuka. Tapi sesiapa nak datang cakap saja ye. Bagi notis awal 3 jam boleh la saya siapkan apa2 yang patut dengan skill saya yang terhad ni. Jangan risau bahan2 semua ada :D


Selamat hari raya!

(Apa kes Ramadhan dan Syawal cerita pasal makan je? Mana cerita tarawikh, tadarus, qiamullail, zakat, sedekah, maaf bermaafan etc :P...aduhh maaflah tak mampu utk tulis reflection sehebat tempias Ramadhan itu sendiri. Cukuplah beringat beberapa kejadian Ramadhan tahun ini- bencana air bah di Pakistan, si Paderi Bodoh yang nak bakar Quran, iklan berunsur syirik TV3, bunuh, bakar dan tabur Jutawan Malaysia).

Oh ya..ada satu perjalanan Ramadhan yang saya nak kongsi bersama. Ia catatan Aman Ali dan Basam Tariq, 2 jejaka Muslim Amerika yang mengembara ke 30 negeri di Amerika dalam masa 30 hari Ramadhan untuk mengunjungi 30 masjid2 terpilih di Amerika. Membaca kembara mereka mengingatkan saya yang Islam itu seluas-luasnya tetapi ia masih ummah yang satu. Terima kasih Pakcik Hasan Almanar yang beri link :)

12 comments:

4 Kay-E said...

Hasma,
Selamat Hari raya..

Biasalah kat Manchester memang meriah. Dari puasa sampai ke raya :P.

*Sukalah kaler baju raya sekeluarga.. Kaler apa tu ye? ala-ala mustard ;)

Mamaboyz said...

selamat hari raya kak ita n family!

baju raya tu macam warna gold, dia sebenarnya tak kuning sangat

Unknown said...

..selamat hari raya diperantauan, drwati dan keluarga..seronok pakmat baca post ini sambil mengamati gambargambar..:) take care..

Wan Sharif said...

Seronok baca cerita dan meneliti gambar2 raya dari perantauan..
Tapi cerita Butter cake with white choc-cheese cream (kitorang je baham, tetamu2 raya tak sempat) sungguh mencuit hati Ayoh Wang..
Rasa nyer perkataan baham untuk mengganti perkataan makan tak ramai orang guna.. mungkin di gganu dan kelate jar..

Al-Manar said...

You do not seem to have missed very much. It was certainly something that you will remember with nostalgia years from now.

sot said...

Selamat Hari Raya di Perantauan. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah.

ddfirdaus said...

slamat hari raya..seronok dengar cite orang di perantauan ni..

knv said...

wahhh! rindu la pulak suasana raya sana. meriah eh? kami kat sini sungguhlah tak prepare nak raya. dok jet legged tak sudah2 hahahhah!

ni tengah pulun depa nak sekolah ngan akak nak sambung kerja balik.

all the best! enjoy your time there! :D

p/s: kalau ada resipe simple2 lagik sila share jugak hahahah!

Mamaboyz said...

selamat hari raya Pakmat!

Ayoh Wang, memang kes dibaham, tak sampai 36 jam dah habis.

Pakcik Hassan, in terms of food, only 2 things i haven't eaten since i left Malaysia, kerang and ikan terubuk. Other dishes (including modified lemang) we can still get here.

sot dan dbalkis- selamat hari raya!

knv-meriah lagi kat malaysia lah. resipi simple? beli je lah kat kedai knv ooiiii hahahaha

SMM said...

this is so belated (and a bit 'tak segan'), but nak share jugak link - post aku pernah tulis pasal ber-ramadhan di cambridge dulu. masa ni kau belum start baca blog aku.. hehe..

http://everydayicecubes.blogspot.com/2007/09/nostalgia-ramadhan-di-perantauan.html

Mamaboyz said...

mynie, ok aku baru tau nih yg boleh pegang quran masa sembhyg ngeee.. thanks for giving me the links, aku sebenarnya teringin jugak pegi masjid ramai2 camtu...insyaAllah bila budak dah besar sikit

nurulqz said...

bas.. baru prasan u did butter cake... sedap tak? ehhe

i still have mix feelings with butter cake..

y dont u try the recipe i posted n tell me which one is better. TQ