Kisah 1
Semalam salah seorang rakan saya yang bertugas di Unit Kecemasan Hospital UKM telah menulis satu 'wall post' dalam 'facebook'nya yang berbunyi...
"hari ni kesian tengok baby comel yang dibuang di tong sampah, lepas minum susu terus tidur peacefully"...
ok... saya tau berita2 macam ni dah basi...tapi saya nak membebel jugak.
Apa jenis manusia lah yang buang2 bayi ni...kalau ye pun tak mau letaklah kat masjid, atau rumah anak yatim, atau hospital....tapi tong sampah?/shock
Adoiii serabutla kepala macam ni...bengang saya..bukan apa, kepada warga UK, pernah dengar berita camni kat sini? dah lama saya tak dengar berita macam ni...seingat saya selama hampir 2 tahun duduk di bumi asing yang agama rasminya adalah Kristian ini, belum pernah lagi saya dengar berita orang UK ni buang anak... ada berita beberapa ekor kucing terbiar pun tuannya diseret ke mahkamah.
OK...memang polisi di sini kalau mengandung tetapi tak mahu teruskan kandungan sangat senang untuk gugurkan, di sini pengguguran memang halal di segi undang2. Di Malaysia perlu sebab kukuh seperti membahayakan kesihatan ibu baru boleh buat pengguguran. Di sini juga tak ada masalah jadi ibu tunggal. Tiada cemuhan masyarakat, malah dibantu lagi oleh kerajaan dengan pelbagai kemudahan.
Nasib baik saya tak pernah diuji ketika bertugas macam ni. Kalau tak mesti saya dah meraung tak boleh buat kerja.
Saya rasa ini hanya berlaku di Malaysia (tidak disokong oleh mana2 kajian).
Heii..otak letak kat mana? lutut?
Ini budakla..tak tengok ke mata bulat dia, pipi tembam dia? pastu jari dia yg tak sampai satu ruas jari kita? kaki dia yg kayuh2 bila dia nangis?
Duhhh... (tahhh..! kata Adam kalau dia geram)
Have some respect for life-lahh!
Kisah 2
Saya teringat pengalaman ketika bertugas di Hospital M semasa saya 'houseman'. Saya sedang bertugas di dewan bersalin. Kami menerima seorang pesakit Melayu 16 tahun yang mengalami pendarahan. Setelah diperiksa rupa2nya dia hampir bersalin. Ketika itu dia baru dalam 24 minggu jadi fizikalnya memang tak jelas yang dia mengandung. Bayinya meninggal kerana sangat kecil tak cukup bulan. Kemudian pesakit tersebut tidak berhenti berdarah, masih ada uri yang tertinggal dalam rahimnya.
Kerana masih di bawah umur kami perlu mendapatkan keizinan bertulis dari ibubapa pesakit utk dibawa ke dewan bedah. Tanpa berfikir panjang terus saya minta jururawat menelefon ibubapa pesakit utk datang (dia dibawa ke hospital oleh seorang lelaki- mungkin yang tukang mengandungkan dia). Nampak saja ibubapa pesakit itu saya terus beri penjelasan..
"Pakcik, Makcik, anak pakcik yang mengandung 6 bulan tu telah bersalin walau tak cukup bulan. Bayi tak dapat diselamatkan, memang sangat kecil. Tapi masalahnya sekarang uri masih tinggal dalam rahim. Kita terpaksa minta izin pakcik utk bawa anak pakcik ke bilik bedah untuk cuci"
Saya memang tengah kejar masa ketika itu, sampai tak perasan yg ibubapa tersebut masih tercengang2 kenapa mereka berada di dewan bersalin. Si ibu bertanya "apa dr cakap nih? anak saya mengandung?"
Adoiii...nak pengsan saya, sambil menyumpah2 specialist yg tak nampak btg hidung.
"Errr..errr..makcik tak tau ke? dah nak masuk 6 bulan dah..."
Saya tunjukkan bilik anak mereka. Si anak buat2 pejam mata. Si ibu memanggil2nya. Si ayah tak terkata apa, mungkin menahan marah. Saya terpaksa tinggalkan mereka sekejap, mengejarkan pesakit lain.
Tiba2 terdengar si ayah meletup "kau dah conteng arang ke muka abah!!"
Memang saya tau itu ayat skrip drama, tapi itulah yg keluar dari mulut pakcik yang kurus kering dan berbaju lusuh itu. Saya bergegas ke bilik tersebut. Si ayah menumbuk dinding, si ibu menangis. Si anak masih pejamkan mata (selamba je, paling kurang nangisla kalau ada sekelumit kesal pun).
"dr...saya nak tengok cucu saya, cucu saya tak bersalah" kata si ibu.
Pesakit tersebut langsung taknak tengok atau pegang bayinya. Kami syak dia yang cuba gugurkan anak itu.
What do you expect from a 16 year-old?
Kisah 3
Ini waktu saya bertugas di Hospital J. Kawan baik saya yg bertugas. Seorang gadis 18thn datang mengadu sakit perut, dia diteman ibunya. Rupa2nya sakit nak bersalin. Lagi sekali kes ibunya tak tau menahu (gadis ni gemuk sikit, berpakaian longgar, memang masa staf kaunter triage terima dia pun tak perasan dia mengandung). Maka jadilah episod ngeri bagi si ibu yang tak sangka kedatangannya ke hospital adalah utk menyambut kelahiran cucunya.
Menambah sedih cerita, Si ibu adalah ibu tunggal kematian suami yg hanyalah pekerja am majlis daerah dgn gaji RM500. Anak pula ada 4 orang. Yang baru bersalin tanpa suami itu anak sulung. Sekarang nak tanggung cucu pulak. Terduduk kitorang mengenang nasib bayi yg baru lahir itu. Tiada sambutan gembira. Tiada majlis kesyukuran. Tiada azan ditelinga laungan ayah yg bersyukur.
Lalu semua staf wad berpakat membawa apa2 yg boleh utk meringankan beban. Alhamdulillah, lengkap juga pakaian2 bayi, kain lampin dan permainan utk bayi itu. Tak perlu neneknya yang hidup kais beli apa2.
Nak dijadi cerita, beberapa org kampung yg prihatin mencari ayah kepada anak itu supaya ambil tanggungjawab. Hahh...bapaknya pun 18thn. Nak tau apa budak laki mentah ni buat? Dia terjah masuk ofis saya dan berkata ..
"Dr...saya nak ujian DNA"
Bab2 melepaskan diri ni pandai engkau ek...
Saya jawab "Apa awak ingat awak Anwar Ibrahim?"
OK, rujukan kpd Anwar Ibrahim ni takde kena mengena dgn peribadi Anwar Ibrahim, cuma masa tu tgh kecoh pasal kes Anwar di mahkamah, dan maksud saya pada budak itu ialah masalah engkau nih bukan masalah kerajaan Malaysia.
Saya katakan padanya kalau awak tak buat salah jgnla takut dgn desakan org kampung.
Nak tau apa budak tu jawab?
"Saya mengaku saya ada melakukan perbuatan terkutuk tu dgn dia tapi saya tahu saya bukanlah bapak bayi tu"
Tahhh!

7 comments:
Assalamualaikum Hasma......suka sgt dgn entry kali ni...mmg satu2nya isu yg amat memalukan, menyedihkan dan menaikkan kemarahan.
Allah maha berkuasa, yg berbuat dosa, senang2 aje nk termengandung..padahal, yg ada ikatan perkahwinan yg sah, bertahun2 tunggu nk dpt anak. Pastu pulak, yg dah termengandung tu, senang pulak nk beranak...dalam toilet, dalam semak, dalam almari baju, sorang2 pulak tu...yg kita ni, nk beranak pun habis sakit dh rasanya..3,4 kali teran, badan lemah, tk larat nk gerak. Tapi depa2 ni, dh le beranak dalam semak, larat lagi berjalan pi cari tempat nk buang...dalam longkang, dalam semak, ddepan masjid, belakang rumah org, ....Tahh...
Allah maha Adil dan maha mengetahui segalanya. Semoga kita semua selamat dari laknat Allah Taala atas dosa2 yg tidak kita lakukan.
w'salam kak anis,
wahh bersemangat yer lepas subuh terus tulis komen :)
sakit bersalin kan penghapus dosa, mungkin diorang senang beranak sebab Allah marah...wallahualam.
trauma budak tu bila besar dpt tau mak dia letak dia kat tong sampah,
kwn saya kata ada anjing dah berada dekat budak tu, nasib ada org selamatkan sebelum anjing gigit dia..
p/s dah berjangkit dari adam?
drwati,
sedih. memang sedih. may Allah protect us and our family and friends from these tests.. and may He show us ways on how we can help reduce these sad cases.. how do we educate our people?
*sigh*
i dont know..
and i worked in a small district, must be 10x worse in kl or jb
for underage pregnancies the parents surely must share the blame
siannya... kalau bagi kak sheila. Akak sanggup bela. Janganlah buang dlm tong sampah.
p/s:- kalau ada kes cam tu, nanti-nanti. watie inform ek! Kak Jue. Nak sangat ambik anak angkat Girl.
wow! scary man!!!
:(
kak sheila: ramai yg nak baby camtu, mak dia je yg taknak
knv: it's a scary world indeed
Post a Comment