Thursday, 16 July 2009

Koma dan Ayat-Ayat Cinta

Sebenarnya saya kurang pasti apakah terjemahan Bahasa Malaysia untuk perkataan 'coma'. Ayat panjangnya ialah tidak sedarkan diri. Ia bukan pengsan sebab pengsan ialah 'faint'. Definisi bahasa Inggerisnya ialah 'profound state of unconsciousness'.

Dalam bidang perubatan salah satu cara menilai tahap keseriusan koma seseorang ialah melalui Glasgow Coma Scale (GCS). Ia adalah satu sistem skor dimana penilai akan memberi rangsangan sakit kepada org yg koma itu. Penilai akan menekan kuat tulang dada, atau tulang orbit mata, atau kuku (nailbed). Tindakbalas pesakit akan diberi skor berdasarkan 3 kategori, iaitu pergerakan mata, lisan dan tindakbalas otot.

Punca2 koma juga ada banyak. Antaranya ialah:

*kecederaan kepala (kemalangan jln raya, dipukul dsbg)
*ubat/dadah (spt anestesia yg diberikan kpd pesakit utk pembedahan)
*keracunan (spt pengambilan dos ubat berlebihan-biasanya pil tidur, karbon monoksida, dadah spt heroin, ganja etc dan racun2 lain.
*penyakit metabolik spt ketoasidosis diabetik, hipoglisemia.....

ok...sebenarnya byk lagi penyebab2 koma, yg mana ramai doktor2 spt saya masih lagi tak khatam penuh bab ini.

Jadi, apa kaitan koma dgn Ayat-ayat Cinta, novel terkenal mahasiswa Al-Azhar Habiburrahman El-Shirazy itu?


Saya baru saja menghabiskan buku ini, yg dipinjam dari kakak saya. Walaupun agak lambat, saya anggap 'better late than never'- saya tak tahu kisah ini ialah kisah berbeza dari cerita cinta lain. Saya ingatkan ceritanya macam 'Ada Apa Dgn Cinta', tapi ternyata bukan.

Tak perlulah saya buat ulasan pjg lebar tentang buku ini sebab mesti ramai dah baca. Memang banyak yang boleh dipelajari dari buku ini. Memang rugi siapa tak baca.

Saya cuma nak menyentuh bab koma dalam buku ini. Haii..inilah yang saya tak puas hati. Belum ada lagi buku perubatan yang menyenaraikan penyebab koma macam Maria. Apatah lagi penawarnya ialah ayat cinta Fahri.

"ini penyakit cinta, hanya boleh disembuhkan dgn getaran2 cinta"

Itulah kata2 doktor saraf kepada Fahri.

Apa mungkin seorang neurologist akan berkata begitu?

Saya rasa lebih baik sekiranya watak Maria juga menghidap diabetes, jadi apabila dia kecewa, dia abaikan ubatnya dan ditambah tiada selera makan, langsung jatuh sakit dan koma. Atau Maria cuba bunuh diri dengan menelan ubat2an secara berlebihan. Atau Maria kemalangan.

Oh lagi satu, saya pelik kenapa Maria tidak menulis peristiwa malam dia menumpangkan Noura dalam diarinya yang agak terperinci itu? Mungkin boleh digunakan di mahkamah.

Tapi saya kagum dengan penulis yg menjadikan watak/peribadi Fahri dan Aisha sendiri sebagai media dakwahnya.

Watak favourite saya ialah teman sel penjara Fahri iaitu Prof Abdul Rauf. Walau watak sampingan namun memberi impak besar.

Itu saja ngomelan saya.

Ada siapa nak pinjamkan saya 'di atas sajadah cinta?'

8 comments:

anon suria said...

; )..su senyum sndri di malam hari. rajin betul hasma layan novel.

nurulqz said...

this is so funny... i reckon the writer didnt go to medic school.

Mamaboyz said...

Su: org dah takde keje lain...layan je lah apa yg boleh dilayan

qz: no he didnt, dia graduate Al Azhar fakulti Ushuluddin

tapi bacalah siapa belum baca, boleh insaf dibuatnya :)

mummy said...

hahah...

bagi org yg bukan drpd medical background mcm kita, kita rasa mcm best je diagnosis dan cara rawatan neurologist tuh...hehhe

knv said...

saya pun tak baca lagi ayat2 cinta. masih tidak kesampaian. lepas ni harus nak kena pi baca jugak jugak!

:)

Mamaboyz said...

mummy: eh mama bg tau tak buku ni tinggal dgn kita, sebab kita dah terlunyaikan dia, segan pulak kita nak pulangkan, nanti kita bank in duit awak beli baru ok...sowwwyyy!

err..sesiapa terasa saya dah menghancurkan klimaks ala2 hindustan cerita tersebut, saya minta maaf...

but.. miracles do happen! dont stop believing in it...

knv: haruslah baca, ia telah 'induce' saya utk baca buku dia yg lain...

mynie said...

bas,
i love the book too, though tak gemar sgt ending dia, and don't bother tonton movie version. i recommend novels 'ketika cinta bertasbih 1 & 2' too.. by the same author..

Mamaboyz said...

mynie, aku pun terkujat dgn ending dia..dan aku pun musykil sah atau tidak perkahwinan maria tu...

ok, nanti aku cuba dptkan buku dia yg lain