Wednesday 27 May 2009

Amazing Blog Award


Terima kasih kepada M-I-O yang telah memberi saya award ini. 5 bulan blogging ini kali pertama blog ini menerima award.

Disebabkan menerima award ini, saya perlu memberi 5 fakta tentang pemberi award ini, kemudian 10 fakta tentang diri sendiri, kemudian beri pula award pada orang lain dan beri sedikit penerangan tentang mereka.

5 Fakta tentang M-I-O

Saya hanya mengenali M-I-O melalui blognya, My Internal Outlet. Apa yang dapat saya kutip hasil pembacaan saya (di waktu saya nak tergelak sorang2 semasa anak2 saya tido) ialah:

1. MIO adalah seorang Melancholy Choleric yang berpegang teguh kepada Law of Attraction. Prinsipnya 'Life is too short to be ordinary' memang menarik, memang extraordinary blogger sebab 2-3 entry setiap hari kecuali hari minggu (takut Mr Daddy tau? hikhik).

2. Dalam bab2 perubatan, MIO sangat fobia kepada tiub kencing dan juga fobia makan ubat (ada ke pil folic acid tu belah 4??!).

3. MIO berbakat menyusukan puteranya Ziyad dalam pelbagai gaya, melintang, menegak dan sebagainya. Bravo!

4. Makanan kegemarannya ialah Donut Epal Besar dan Roti Gardenia Butterscotch.

5. MIO bekerja di satu ofis yang memang tak boleh berfungsi kalau dia takde. Antara rakan sekerja MIO ialah Adikku Sayang (yang diminta berhenti berharap), Si Mangkuk Ayun (yang tak pegi sembahyang jumaat), Pekerja Melayu Muslim Tak Bertauliah, Pekerja Cina A dan B, dan bos MIO ialah Mr C yang tak tau menghargai human capital.


10 Fakta Mengenai Saya

1. Menurut personality test yang diwarwarkan oleh knv, saya seorang Melancholy Phlegmatic. Memang saya agak obsesif dan schedule-oriented, tapi sebagai seorang phlegmatic saya memang lebih suka elak konflik. 'Right way, Easy way,' eh....

2. Penulis kegemaran saya ialah John Grisham, Sidney Sheldon dan Khaled Hosseini. Saya sebenarnya tertarik dengan latarbelakang mereka yang bukan asalnya penulis, atau pelajar creative writing, atau journalist, tapi dapat menulis karya2 hebat. Dont judge a book by its cover, but by its author.

3. Saya memang sering tertarik dengan jenis orang2 yang hidup 2 alam ni (alam sains dan sastera)-macam Khaled Hosseini tu (beliau adalah seorang pakar perubatan). Contoh terbaik lagi satu ialah Omar Khayyam. Dia adalah ahli matematik yg memperkenalkan konsep algebra dan ahli astronomi. Tetapi dia juga telah menghasilkan kitab puisi Parsi yang terkenal, Rubaiyat Omar Khayyam.

4. Saya suka baca puisi. Saya tak berbakat tulis puisi tapi saya suka baca saja (sebenarnya saya banyak tulis masa sekolah menengah dulu, tapi sejak masuk sekolah perubatan saya terus hilang idea dan tak boleh tulis lagi). Jenis puisi yang saya suka baca ialah Chinese poetry. Sebabnya Chinese poetry adalah 'simple and straightforward'. Senang faham. Saya rasa puisi Melayu agak kompleks. Begitu juga puisi English. Selalu banyak tersirat. Saya juga suka rubaiyat yg ditulis Omar Khayyam.

5. Personaliti yang saya kagumi ialah Tun Dr Mahathir. Walaupun orang kata dia Diktator, Grand Old Man of Malaysian Politics dan sebagainya, saya memang akan terus kagumi beliau. Mungkin sebab dia juga boleh masuk kategori manusia 2 alam ni. Semasa saya mula sampai Manchester Tun masih dalam IJN selepas bypass nya yang kedua. Tiap kali telefon mak saya, saya akan bertanyakan khabar Tun. Tahun lepas Tun datang ke Manchester. Saya seret Papaboyz utk pergi melihat beliau, sebab saya takut tiada peluang lain utk berjumpa dgnnya.



Tapi isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah tak kurang hebatnya. Kalau saya di umur macam tu mesti dah tak larat nak ke mana2. Mesti dah sakit lutut (osteoarthritis). To be the wife to that kind of man, she must be one hell of a woman! Cuba tengok, tak nampak mcm 80-an pun.



6. Saya memang buta IT. Naseb baik Papaboyz computer engineer, jadi hal2 IT saya memang lepas tangan. Mungkin ini salah satu faktor saya tertarik dgn Papaboyz (hahaha) sebab he completed me. Skill IT saya memang sgt terhad, di blog ini saya cuma tulis dan paste gambar saja, selebihnya memang Papaboyz yang buatkan. Contohnya entry saya yang ada video Chicken A la Carte tu, Papaboyz yg tempekkan video tu. Itupun nak kena mintak tolong dia. Layout dan skin blog ni pun Papaboyz yg buat. Sekarang Kementerian Kesihatan Malaysia dalam proses meng-computerize-kan semua data pesakit. Beberapa hospital telah pun menjadi paperless hospital. Saya agak berdebar2 menunggu giliran hospital saya di-computerize-kan. Mesti saya akan kelam kabut.

Oh ya. Sesiapa yg baca blog ni pakai internet explorer tak akan nampak skin blog ni. Jadi sila tengok blog ini menggunakan Mozilla Firefox.

7. Saya suka layan cerita drama melayu. Sebab drama melayu biasanya ringan dan tak payah fikir banyak sangat. Saya suka watak Cik Eton yang kepoh, nenek suka melatah, pastu org bandar yg balik kg tak reti makan budu, belacan etc, pastu pakcik2 bersidai kat kedai kopi , pastu cerita org buat org.... eh ni semua takde dalam budaya org lain, terhad pada org Melayu je....Tapi korang pernah masuk atau melawat orang dlm ICU tak? Kalau dalam drama melayu, pesakit yang dalam ICU (yang serba cantik) setakat pakai topeng oksigen je. Sabar je lah. Kalau duduk ICU tu wajiblah penuh wayar sana sini, encik pengarah oiii (tak buat homework ke?). Pastu monitor paling kurang mesti 2. Tiang2 gantung ubat, air tu semua mana? mana? tiub kencing yang ditakuti MIO tu mana? ingat orang kat ICU boleh bgn kencing? Pastu kat ICU mana boleh pelawat ramai2, sorang je sekali masuk...Yang cerita Spa Q musim pertama tu (yang kedua saya tak tengok) boleh pulak lepas pembedahan pemindahan buah pinggang masuk bilik hospital yang sama, tak masuk ICU pulak tu. Pesakit transplan kena kuarantinlah! Adoii, jalan cerita melayu sekarang memang best2 tapi tak pay attention to details.

8. Saya sebenarnya bercita2 jadi seorang endocrinologist. Ini semua akibat terpengaruh dgn pensyarah kegilaan saya Prof Emeritus Dr Khalid Kadir (kini beliau di Hosp Pantai). Tapi disebabkan rezeki saya dapat 3 putera comel, maka nampaknya masa muda saya adalah milik anak2 saya. Takpe, saya redha. Kalau ada rezeki saya nanti adalah.

9. Saya suka kumpul handbag. Ini salah satu punca sakit kepala Papaboyz. Nak buat macammana, dah saya perempuan sejati. Naseb baik saya bukan kaki spa, kaki mahjong atau sbgnya. Naseb baik jugak saya tak kumpul emas berlian.

10. Kereta kegemaran saya ialah Mini Cooper.



Jadi sekarang saya kena bagi pulak award ni. Tapi saya sebenarnya tak cukup 10 orang. Boleh tak kita bagi pada orang yang tak kenal kita / tak tau blog kita? Saya akan bagi award ni pada blogger yang beri inspirasi pada saya. Kepada yang menerima award ni, tak payah buat tag ni ok, saya cuma nak beri penghargaan pada kalian.

Penerima award dari saya ialah:

1. Che Det (heheheh)

2. MIO - ini bukan sekadar membalas award, memang blog awak best dan sesiapa yg perlukan motivasi bolehla ke blog MIO. MIO-seperti yang orang lain selalu cadangkan, awak boleh tukar profession-perantis JFK (baca: Jowo Fadzillah Kamsah)

3. Mynie- blog serius kawan sekolah saya. Mynie memang berhati2 bila buat entry. Takde entry merapu2 sesuai dgn perwatakannya dia waktu sekolah yg merupakan pelajar cemerlang.

4. Afidalina- ini pun blog kawan sekolah saya. Memang sering beri inspirasi. Pastu gambar pun selalu cantik2 belaka. Keep it up!

5. Faizah- ini saya terjumpa masa bloghopping. Tiap2 minggu dia tulis book review. Eh, awak boleh speed read ke? Berapa perkataan seminit? Kalau saya boleh mintak superpower saya akan pilih supaya saya boleh speed reading ribu2 perkataan seminit.

6. Cikgu Aliya- Seorang cikgu yg merupakan saudara baru Islam yang memang berkebolehan menulis. Sering berkongsi pengalaman hidupnya, susah senang memeluk Islam, dan juga pengalamannya sebagai pendidik. Wajar dihargai.

7. KNV- Ini juga perantis JFK! Blog yang penuh informasi muhasabah diri. Kita semua memang masih dan mungkin sampai bila2 akan terus tercari2, so, when you say you are lost, you are not alone...

8. DSNSC- Ini baru jumpa dari blog yatie chomeyl yang saya terjah dari MIO. Saya terkagum dgn konsep blognya iaitu fotografi berpuisi. Gambar2 semua sangat cantik dan membawa maksud tersirat. Saya rasa blog ini...'hidup'.

Hahh...cukuplah 8.

6 comments:

knv said...

thanks doc! you made my day!

:)

mummy said...

kalau kita ada superpower, kita nak boleh teleport ke tempat lain.

so, kalau kita boring atau kene marah ngn boss/customer or merajuk dgn daddydoddot, kita teleport diri kita ke disneyland ke, a chic cafe kat paris ke.

ok, nak kene pi baca blog-blog yg direcommend.

SMM said...

bas,
thanks! :) aku mmg take blogging seriously (kalau boleh grammatical mistakes pun tak nak, though byk je yg terlepas) tapi so serious sampai boring kah? haha.. ;p

btw, tertarik dgn your fact no 7 tu abt details in the hospital. reminds me that aku pun selalu annoyed when the scriptwriters don't pay attention to syariah details eg inheritance style omputeh instead of faraid etc. so maknanya scriptwriters kenalah rajin consult orang ahli dalam related bidang yang dia nak buat cerita tu..

m-i-o said...

fuh, tq for your review - never in my life somebody describes me in such way. ternganga sy baca! :P

1. melancholy phlegmatic - oh,oh,oh - sama macam mynie, kah?

2. ye, sy setuju! sy pun rasa kebanyakan penulis hebat dan tersohor x mpunyai latarbelakang penulisan secara formal.

3. oh, makhluk 2 alam sgt irresistable & interesting :P

4. chinese poetry? sy digg out ttg ini dr mr google :P

5. tun m is my idol :)

6. sy suka paperless hospital. macam main game - scan, scan, scan.

7. hahaha! betul, betul! eh citer scrubs dgn house tu boleh dipercayai ke? nmpak macam real!

8. taktau kenapa setiap kali nmpk perkataan endocrinologist, sy mesti ingat urine. hahaha

Mamaboyz said...

mummy: apasal nak lari2...

mynie: aku dah agak kau mesti check grammar hehehe

mio: cerita House dan ER memang boleh dipercayai, KECUALI mana ada dr pegi siasat rumah pesakit cari bahan terkontaminasi etc macam dlm House tu, siap curi2 masuk mcm penyangak (but i donno if that's the usual practice in US)
Scrubs pernah tgk sekali dua je so takleh nak komen
eh apasal teringat urine ek? kalau nephrologist atau urologist barula byk main urine, tak gitu?

afidalina said...

haha bas thanks! bas sorry aku sgt sibuk la ni x sempat nk baca2 blog... baru seda entry ni..=) thanks bebeh. see u soon k?