Friday 17 September 2010

Ramadhan dan Syawal di Manchester

Tidak pernah saya menulis tentang Ramadhan dan Syawal selama di sini. Tahun ini mesti tulis sedikit kerana insyaAllah tahun depan kami beraya di tanah air.

Ramadhan kali ini jatuh pada musim panas. Jadi subuh masuk seawal pukul 3 pagi dan Maghrib bermula selewat 8.45 malam. Tidaklah lapar atau dahaga sangat tetapi penatnya memang sangat terasa.

Tekak Papaboyz pula asyik nak makan kuih Melayu. Jadi tiba2 saya terpaksa memandaikan diri memasak kuih muih Melayu yang dulu saya anggap orang2 terpilih saja layak membuatnya hehe...tengok2 senang saja rupa2nya.

Keria versi cekodok (tak payah uli dan bentuk)--thanks KNV! sgt gembira bila dapat resipi mudah :)

Love lopes... ni lagi sedap dari lopes biasa nih hehe

Kuih ketayap pucat...tapi kalau tutup mata rasa dia sama je macam yg jual kat kedai

Apam balik- tiada dalam gambar. (nak jugak masuk list tu)


Ada juga bazaar Ramadhan disini. Dari sate, nasi kerabu, murtabak, laksam sampailah ke jubah dan tudung juga ada dijual.

Ke bazaar ramadhan bersama jiran sebelah rumah, Azman dan keluarga (Melayu Brunei)

Murtabak dan nasi minyak kot

Tudung2 dan buku / CD Islamik untuk kanak2 (nak beli ini online shopnya-MyFirstep)

Jubah dan kuih raya

Jadi apa kitorang beli? Sate, murtabak dan laksa. Roti jala jiran sedekah.

Setahun sekali

Helwa Manchester (persatuan hal ehwal wanita Manchester) pula menerbitkan 2 buah buku resipi untuk membantu suri2 rumah mempelbagaikan juadah di rumah. Bagus juga sebab resipi2 semua yg senang2.

Volume 1 and 2

Sumbangan resipi adalah dari warga Helwa sendiri. Saya tergelak sorang2 bila baca resipi puding yg ditulis oleh seorang ahli kimia..

....supaya campuran bahan-bahan di atas sebati (homogen)


Pada 1 syawal pula kami pergi solat sunat Aidilfitri di dewan sebuah sekolah yang disewa untuk acara ini. Ramai yang datang. Saya letakkan budak2 di tepi, beri mereka cereal dan dapatlah saya sembahyang juga (walaupun tak berapa khusyu' sebab saya terperasan Ammar ada tanda2 nak memukul budak lain). Selesai sembahyang saya tengok ramai pula budak sedang duduk bersama makan cereal. Nasib baik mereka tahu berkongsi.

Sebelum sembahyang sunat Aidilfitri

 Makan dgn kawan2

Abid pun nak jugak

Selesai solat raya kami berkunjung ke beberapa rumah terbuka kawan2. Rajinnya mereka memasak. Kuih raya pun banyak. Rumah kami saja yang tak ada kuih raya.

 Budak2 makan kuih raya

Laksa johor dan soto johor di rumah orang johor

Mihun sup, ketupat rendang semua ada

Bertandang ke rumah Syah dan Baiti yg baru pindah rumah.

Asyik gambar makanan kat rumah orang lain je, rumah sendiri macam mana? Lupa nak ambil gambar hidangan2 vadevass saya tu... gambar kek je yang ada tangkap..

Butter cake with white choc-cheese cream (kitorang je baham, tetamu2 raya tak sempat :P)

Kami tak buat rumah terbuka. Tapi sesiapa nak datang cakap saja ye. Bagi notis awal 3 jam boleh la saya siapkan apa2 yang patut dengan skill saya yang terhad ni. Jangan risau bahan2 semua ada :D


Selamat hari raya!

(Apa kes Ramadhan dan Syawal cerita pasal makan je? Mana cerita tarawikh, tadarus, qiamullail, zakat, sedekah, maaf bermaafan etc :P...aduhh maaflah tak mampu utk tulis reflection sehebat tempias Ramadhan itu sendiri. Cukuplah beringat beberapa kejadian Ramadhan tahun ini- bencana air bah di Pakistan, si Paderi Bodoh yang nak bakar Quran, iklan berunsur syirik TV3, bunuh, bakar dan tabur Jutawan Malaysia).

Oh ya..ada satu perjalanan Ramadhan yang saya nak kongsi bersama. Ia catatan Aman Ali dan Basam Tariq, 2 jejaka Muslim Amerika yang mengembara ke 30 negeri di Amerika dalam masa 30 hari Ramadhan untuk mengunjungi 30 masjid2 terpilih di Amerika. Membaca kembara mereka mengingatkan saya yang Islam itu seluas-luasnya tetapi ia masih ummah yang satu. Terima kasih Pakcik Hasan Almanar yang beri link :)