Saya meninggalkan bidang perubatan pada mulanya saya anggap ia satu setback untuk saya. Tapi Allah lebih mengetahui. Ia setback yang saya perlukan. Supaya saya tak jadi robot sampai mati. Otak konon pandai tapi tak berfikir.
Saya nak cerita pasal garam dalam badan.
Dalam badan kita ada beberapa jenis garam. Yang biasa selalu doktor akan tengok ialah sodium dan potassium. Dua2 ni penting, kalau keluar dari normal range mesti dibetulkan sebelum pesakit dibenarkan pulang. Yang saya terlepas pandang dulu ialah normal range ini sangat (10x) sempit. Kalau sodium 130-145 mmol/L, kalau potassium 3.5-5.2 mmol/L sahaja. Bayangkan kalau kita buat kek atau biskut, kalau tepung atau gula tu terlebih atau terkurang 50 gram kek tu masih jadi, kadang2 tak terjejas pun rasa/tekstur kek tu. Tapi kalau garam dalam badan ni terkeluar dari normal range yg sempit itu, badan sure haywire- otot lemah, otak confuse, rentak jantung lari. Mati.
Nak betulkan garam yang terkeluar dari normal range ni kalau tak lari jauh senang. Tapi kalau jauh bezanya, alamat tak tidurlah doktor yg on call tu. Ya, seperti yg terjadi kepada saya minggu lepas. Pakcik A sudah meracau2 sebab badan kering dan terlebih sodium. Pakcik B pula garam potassium sangat tinggi hingga setiap 4 jam perlu diberi ubat melalui salur darahnya, dan dicucuk pula untuk mengambil darahnya. Ketika itu saya pun bermonolog sendirian, pukul 1 pagi di hadapan kalkulator mengira kadar infusi air untuk pakcik A, dan sesekali meninjau monitor jantung Pakcik B.
- Kita makan sesuka hati tanpa perlu memikirkan adakah makanan itu akan menaikkan kadar sodium atau potassium kita. Sebab badan kita memang boleh kawal garam2 ini secara automatik untuk kekalkan equilibrium ini. Tapis di buah pinggang, keluar masuk sel etc. Tapi ini semua bukan automatik, kan? Allah yang kawal fungsi setiap sel untuk setiap organ untuk setiap manusia dan haiwan atas dunia ni. Adakah kita 'aware' perkara2 ini berlaku semasa ia berlaku?
- Mana ada orang yg sedar perkara2 ini berjalan dalam badan kita. Kalau sekali kita mengalami kekurangan garam badan ini mungkin baru kita akan boleh appreciate nikmat yg Allah beri ni. Tapi kita lebih bersyukur dengan apa yang kita nampak / dapat. Yang kita tak nampak? Memanglah kita tak akan memikirkannya pun. Itu pasal Allah selalu sebut dalam Al-Quran, refer kepada kita hamba2Nya ni- "kalaulah mereka mengetahui..."
- Betapa sukarnya kami para doktor dari petang cuba membetulkan garam pakcik2 ini, hingga ke tengah malam semasa saya on call dan berlanjutan ke hari2 berikutnya. Ilmu kita memang sangat limited. Perkara kecil seperti ini pun kita mahu kembalikan seperti yang Allah ciptakan ia semasa normal, satu perkara sukar. Patutkah kita jalan2 atas dunia ni seperti kita orang yg paling bagus? Patutkah kita memperdebatkan hal2 dalam blog2 kita seperti kita orang yg paling pandai ? (macam yg selalu saya buatlah kan). Memang muka tak malu kan. Kita ni lagak je lebih, tapi ilmu tak ada.
Kita bersyukur kalau kita naik gaji, dapat PhD, dapat anak etc. Bersyukur memuji2 Allah, sujud syukur, sedekah, buat kenduri syukur. Tapi garam dalam badan kita normal kita syukur dan gembira tak setiap hari? Mana ada kan..kalau tak mesti kita dah sembahyang sampai bengkak kaki macam Nabi kita. Tu pasal ulama dulu kata (yang saya dengar dari mulut Dr Mohd Asri), syukur itu lagi tinggi maqamnya dari sabar. Ramai orang beriman boleh bersabar, tapi untuk jadi orang yg betul2 bersyukur tu bukan semua orang beriman boleh buat.
Kalau kita ditimpa musibah pun, kita rasa seperti kita tak perlu bersyukur time tu, tapi concentrate energy untuk bersabar...("masa ni Allah nak kita bersabar"). Paling2 bagus pun kita bersyukur sebab musibah tu tak jadi lebih teruk lagi. Tapi kita tak ada pulak bersyukur sebab garam dalam badan kita masih dalam normal range dan rentak jantung kita masih normal dubdab dubdab. Teringat pulak Hamka kata (yg juga saya dengar dari Dr Mohd Asri) tentang ketika kita kesedihan kehilangan sesuatu atau ditimpa musibah kita sering lupa, sebenarnya- "yang ada di badan ini pun sudah satu harapan.."
Itulah tazkirah garam untuk hari ini.