Saturday, 25 June 2011

Monolog garam

Dulu saya kerja macam robot. Bukan saya tak berfikir, cuma saya tak nampak kekuasaan Allah pada perkara2 kecil. Perkara2 besar (yg melibatkan hidup mati) tu nampaklah. Tapi perkara2 rutin berlalu tanpa meninggalkan kesan.

Saya meninggalkan bidang perubatan pada mulanya saya anggap ia satu setback untuk saya. Tapi Allah lebih mengetahui. Ia setback yang saya perlukan. Supaya saya tak jadi robot sampai mati. Otak konon pandai tapi tak berfikir.

Saya nak cerita pasal garam dalam badan.

Dalam badan kita ada beberapa jenis garam. Yang biasa selalu doktor akan tengok ialah sodium dan potassium. Dua2 ni penting, kalau keluar dari normal range mesti dibetulkan sebelum pesakit dibenarkan pulang. Yang saya terlepas pandang dulu ialah normal range ini sangat (10x) sempit. Kalau sodium 130-145 mmol/L, kalau potassium 3.5-5.2 mmol/L sahaja. Bayangkan kalau kita buat kek atau biskut, kalau tepung atau gula tu terlebih atau terkurang 50 gram kek tu masih jadi, kadang2 tak terjejas pun rasa/tekstur kek tu. Tapi kalau garam dalam badan ni terkeluar dari normal range yg sempit itu, badan sure haywire- otot lemah, otak confuse, rentak jantung lari. Mati.

Nak betulkan garam yang terkeluar dari normal range ni kalau tak lari jauh senang. Tapi kalau jauh bezanya, alamat tak tidurlah doktor yg on call tu. Ya, seperti yg terjadi kepada saya minggu lepas. Pakcik A sudah meracau2 sebab badan kering dan terlebih sodium. Pakcik B pula garam potassium sangat tinggi hingga setiap 4 jam perlu diberi ubat melalui salur darahnya, dan dicucuk pula untuk mengambil darahnya. Ketika itu saya pun bermonolog sendirian, pukul 1 pagi di hadapan kalkulator mengira kadar infusi air untuk pakcik A, dan sesekali meninjau monitor jantung Pakcik B.

  1. Kita makan sesuka hati tanpa perlu memikirkan adakah makanan itu akan menaikkan kadar sodium atau potassium kita. Sebab badan kita memang boleh kawal garam2 ini secara automatik untuk kekalkan equilibrium ini. Tapis di buah pinggang, keluar masuk sel etc. Tapi ini semua bukan automatik, kan? Allah yang kawal fungsi setiap sel untuk setiap organ untuk setiap manusia dan haiwan atas dunia ni. Adakah kita 'aware' perkara2 ini berlaku semasa ia berlaku?
  2. Mana ada orang yg sedar perkara2 ini berjalan dalam badan kita. Kalau sekali kita mengalami kekurangan garam badan ini mungkin baru kita akan boleh appreciate nikmat yg Allah beri ni. Tapi kita lebih bersyukur dengan apa yang kita nampak / dapat. Yang kita tak nampak? Memanglah kita tak akan memikirkannya pun. Itu pasal Allah selalu sebut dalam Al-Quran, refer kepada kita hamba2Nya ni- "kalaulah mereka mengetahui..."
  3. Betapa sukarnya kami para doktor dari petang cuba membetulkan garam pakcik2 ini, hingga ke tengah malam semasa saya on call dan berlanjutan ke hari2 berikutnya. Ilmu kita memang sangat limited. Perkara kecil seperti ini pun kita mahu kembalikan seperti yang Allah ciptakan ia semasa normal, satu perkara sukar. Patutkah kita jalan2 atas dunia ni seperti kita orang yg paling bagus? Patutkah kita memperdebatkan hal2 dalam blog2 kita seperti kita orang yg paling pandai ? (macam yg selalu saya buatlah kan). Memang muka tak malu kan. Kita ni lagak je lebih, tapi ilmu tak ada.

Kita bersyukur kalau kita naik gaji, dapat PhD, dapat anak etc. Bersyukur memuji2 Allah, sujud syukur, sedekah, buat kenduri syukur. Tapi garam dalam badan kita normal kita syukur dan gembira tak setiap hari? Mana ada kan..kalau tak mesti kita dah sembahyang sampai bengkak kaki macam Nabi kita. Tu pasal ulama dulu kata (yang saya dengar dari mulut Dr Mohd Asri), syukur itu lagi tinggi maqamnya dari sabar. Ramai orang beriman boleh bersabar, tapi untuk jadi orang yg betul2 bersyukur tu bukan semua orang beriman boleh buat.

Kalau kita ditimpa musibah pun, kita rasa seperti kita tak perlu bersyukur time tu, tapi concentrate energy untuk bersabar...("masa ni Allah nak kita bersabar"). Paling2 bagus pun kita bersyukur sebab musibah tu tak jadi lebih teruk lagi. Tapi kita tak ada pulak bersyukur sebab garam dalam badan kita masih dalam normal range dan rentak jantung kita masih normal dubdab dubdab. Teringat pulak Hamka kata (yg juga saya dengar dari Dr Mohd Asri) tentang ketika kita kesedihan kehilangan sesuatu atau ditimpa musibah kita sering lupa, sebenarnya- "yang ada di badan ini pun sudah satu harapan.."

Itulah tazkirah garam untuk hari ini.

10 comments:

knv said...

akak rasa susah nak syukur tang tu pasal kita tak nampak langsung yang benda tu sebenarnya anugerah. macam ada tangan, kaki, mulut, hidung, mata.

kita anggap semuanya itu kebetulan yang memang allah bagi. tapiiiiiiiiii bila dah hilang salah satu baru lah rasa insaf yang amat sgt.

garam dalam badan. subhanallah tak pernah terfikir langsung!

thanks for sharing.

Fadhil said...

Salam Doc,

Macam kebetulan pula... saya baru post cerita pasal latest medical report saya, pastu baru terbaca pasal post garam ini.

Level sodium dan postassium saya ok... cuma yg lain tu masih problem sikit..

Mamaboyz said...

knv- boleh tak saya yg tiap2 hari tengok ni pun tak insaf2 jugak..sadis.

mr oldstock- i've emailed you a free consultation hehe hope you dont mind.

Unknown said...

Bangun pagi, dapat bernafas lagi pun, dah kena bersyukur.... kann?

And they say too, makam syukur itu lebih tinggi dari sabar.

So yes, lets be more thankful to Allah for every little nitty gritty details of our life!

m-i-o said...

seriously, sy tak pernah tau pasal komposisi garam tu. oh my, oh my! betapa berbezanya orang yg mengetahui dengan mereka yg tidak mengetahui.

sy cuma tau, klo sebut potassium sy automatik ingat kentang dan pisang. entah betul entah tidak. teruk betul la sy ni. sungguh ignorant.

i better go back and count my blessings :(

Wan Sharif said...

Alhamdulillah.. lama tak baca tazkirah seilmiah ini;))

SMM said...

like! terima kasih atas peringatan..

aku pernah dgr jugak, pasal buah pinggang kita yg cuma sebesar ibu jari (ke?) tapi Allah jadikan begitu hebat fungsinya. manusia nak buat mesin dialysis, sampai satu bilik saiznya..

Mamaboyz said...

VA- betul3x

MIO- betul kentang dan pisang high potassium, blessings tu masuk kategori uncountable, tak gitu? (an- Nahl, ayat 18)

Ayoh Wang- doakan saya :)

Mynie- buah pinggang lebih kurang 12cm x 5cm = lebih kurang besar mouse computer, kecik sgtlah ibu jari tu, mesin dialysis takdelah besar bilik, lebih kurang besar almari kecik, tapi tak tau lah kalau masa mula2 diorang buat dulu kot2 besar bilik (macam komputer zaman 1960an)- but you pointed out a gem there, manusia buat "buah pinggang" ratus/ribu kali ganda dari saiz asal...

Miss Teeey said...

Assalamualaikum.. saya nak tanya.. mak saudara saya tanya pada saya bagaimana nak kurangkan garam dalam badan? saya search segala web tapi masih tak cari cara untuk mengurangkannya..

ada tak tips?

kalau nak contact saya blog saya
http://athiahbadar.blogspot.com/

Unknown said...

Mcmna nk tingkatkn garam DLM badan?