Kami telah kembali ke Malaysia :) setelah 3 tahun setengah tak balik langsung. Kami masih menumpang di rumah ibu bapa kami, belum dapat settle down lagi. Banyak pula halangannya.
1. Masa balik ke Malaysia kami naik Airbus 380. Makk aii..besarnya, macam duduk dalam business class je (walaupun saya tak pernah merasa business class tu macam mana). Setiap kerusi kelas ekonomi tu ada handphone / laptop charger individu. Ruang kaki pun besar. Terbaikk.
2. Kami singgah 3 malam di Dubai. Dubai sangat mewah. Seorang peminta sedekah pun tak jumpa (walaupun di kawasan bandar lama mereka). Sangat berbeza dengan Kaherah. Di Dubai Mall, kompleks beli-belah terbesar di dunia, setiap kali waktu solat ada azan yang berkumandang. Dalam Mall itu sendiri ada peta siap dengan nama-nama jalan. Kalau budak hilang dalam tu memang menangis tak berlagu lah. Nanti bila-bila saya letak gambar ye. Kami duduk di Holiday Inn, yang terasa seperti hotel 4 bintang tapi sebenarnya dia dua bintang saja. Ada hotel-hotel lain yang berbintang-bintang lagi hebat. Macam manalah kat dalam hotel-hotel tu agaknya.
3. Kepanasan di Malaysia membuatkan saya lupa dengan kesejukan UK. Saya cuba fikirkan, macam mana sejuk kat UK dulu yer? (kan saya selalu komplen sejuk). Dulu sejuk di UK sampai saya depress. Sekarang panas di Malaysia sampai saya tak senang duduk. Kalau pasang air-cond masih boleh pakai baju lengan pendek. Kalau di UK dulu dah pasang heater pun masih pakai baju berlapis-lapis dan berstokin.
4. Saya merasakan rumah ibu bapa kami sangat besar. Luas ruang tamu sama dengan luas seluruh apartment kami di UK. Orang Malaysia memang beruntung ada nikmat 'space' ini.
5. Dalam masa seminggu semua kulit kering saya yang pecah-pecah dan mengelupas telah pun pulih. Di UK dalam sehari tu tiap kali lepas basuh tangan, basuh pinggan mesti nak kena letak losyen. Sekarang dah macam kulit orang muda-muda semula :)
6. Banyak taman perumahan baru yang dibina, dan semua rumah cantik-cantik belaka. Syabas yer arkitek-arkitek dan designer-designer Malaysia (sesiapa yang terlibatlah).
7. Pemandu-pemandu di Malaysia memang memandu laju, termasuklah ahli keluarga saya.
8. Orang Malaysia suka simpan barang. Bekas-bekas kuih yang tak pakai pun simpan. Baju- baju lama yang bertahun tak pakai pun simpan. Surat-surat lama pun simpan (shred saja lah dan recycle). Banyak 'clutter'. Tengok saya tahun depan macam mana. Saya harap saya boleh maintain hidup 'less clutter' macam di UK (ye lah kan rumah kecik dulu, mana-mana tak berkenaan terus je buang atau recycle).
9. Internet di Malaysia slow.
10. Malaysia memang syurga makanan. Tidak syak lagi.
11. Baru seminggu di Malaysia saya sudah membeli 2 buah buku dan menempah 2 lagi buku. OK, peringatan untuk diri saya, cukup-cukup lah tu....(untuk bulan ini hehehe).
12. Saya akan mula kerja minggu depan insyaAllah. Kalau busy tahap gaban, tak dapatlah saya menulis mengomel-ngomel lagi, sebab tentunya blog ini bukan priority saya. Nasib baik juga saya ada menulis blog ini, sebab saya dah mula terasa yang 3 tahun setengah itu seperti satu mimpi.
9 comments:
welkom bek!
hahahaha panas kat msia? harus rindu kat winter uk!
yep, the internet line here is killing me! takleh dah tengok movie online cam dulu hukhuk!
anyway, enjoy your coming back. nanti buat house warming panggei akak ek? :P
welcome back, bas :)
good thing you jot down these baru-balik-malaysia thoughts.. menarik. bila dah masuk kerja, ada pula thoughts yg lain2 tu hehe..
on no 12, i wish i had started blogging 10 years ago. it is indeed a useful tool to capture our experiences (and thoughts)..
selamat bertugas and adjust kembali to the next part of your life :) (anak-anak siapa jaga?)
welcome back dr wati..
hehhehe...
malaysia tanah air ku.....
walaupun hujan panas ku tahu....
hehhehhe
selamat bertugas!.. kat hospital mana dr wati?
Salam Hasma
hehehe....best gak baca list hasma ni especially yg no 8 tu. Mcm kami ni le....dh seminggu tak habis2 lg mengemas barang2 rumah yg dh lama ditinggalkan dalam kotak2 kt rumah ni. Dulu sebelum pi UK, rasa sayang nk sedekah baju2 kurung/ baju kerja. Bila dh balik ni, semua dh tk muat...(baju tu mengecik agaknya)...hehehe. So akhirnya decide masuk kotak semula dan nk hntr balik kampung. Ada yg masih ok, terpaksa basuh semula...especially baju2 cik abang...sbb cik abang tk brp merubah size badannya...hehehe. Brg2 byk nk kena susun semula sbb nanti nk terima brg2 baru yg akan sampai dgn kontena nanti....huhuhu....lotih laki den mengemas hari2....
knv- belum rindu UK lagi :).. tu lah internet ni saya nak ikut online class saya pun susah, kaknon kalau sanggup turun Melaka bolehlah saya jemput ke house warming (kalau ada hehehe)
mynie- bagus soalan kau, aku belum boleh jawab lagi, aku pun tak tau siapa nak jaga diorang, buat masa ni bapak diorang lah, dia cuti lagi
kak Rizza- Hospital Rahsia di Melaka :D
kak Anis- rugi lah baju tu shrink kan hehehe saya tengok pun ada t-shirt lama tak pakai pun macam dah kuning2, kitorang banyak lagi harta karun kat rumah mak saya tu belum dapat kemas lagi
Selamat kembali ke tanahair Dr Wati. You're not missing the chilly English weather already, are you?
Jgn lupa timbang berat badan.... just to see if our lovely local food has any effect on you, hehe...
Mr oldstock,
thanks, surprisingly the hot weather is suppressing my appetite :D
assalam hasma,
1. rindu ngan tulisan awak...lama dah tak membaca... ucapan: dik, teruskan menulis kerana byk tulisan awak yg relevant & significant...
2. malaysia tanahairku...awak menggarap dgn baik...adakalanye kita tak perlu menulis semua yg terlintas dlm hati/ atau depan mata... ucapan: yg baik tetap baik, yg buruk tetap buruk...tapi jadilah yg terbaik
3. 'sejarah perlu diabadikan'...untung awak ada blog dgn hasil2 penulisan yg baik (i envy u...) sesungguhnya tidak semua org 'pandai' menulis... ucapan:
a)jadikan sejarah sebagai guru
b)penulisan kita menggambarkan diri kita!
[*teringat ada sorang member psy kata boleh diagnose psy probs thru pt's fb/blog?]
my dear sis hasma,
- selamat meneruskan bakti buat nusa & bangsa dengan terus memertabatkan agama
- selamat mengadaptasikan kehidupan realiti ditanahair tercinta
- selamat memakmurkan pengalaman hidup lepas untuk melayari kehidupan sekarang dan berusaha bersungguh2 demi kehidupan abadi
miss u & all d best
-kak pau-
w'salam kakpau..
The Prophet ﷺ (peace be upon him) was reportedly asked: “Which of our companions are best?” He replied: “One whose appearance reminds you of God, and whose speech increases you in knowledge, and whose actions remind you of the hereafter.” (al-Muhasibi)
tenkiu Kak Pau sebab jadi sahabat/kakak saya yang menepati definisi sahabat yang baik spt yg Rasulullah (saw) berikan..
:) ((hugs))
Post a Comment