Sesungguhnya Aku inilah Tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu; sesungguhnya kamu berada di lembah yang suci, Tuwa. (Surah Taha: 12)
Ini yang difirmankan Allah swt kepada Nabi Musa (as) ketika baginda berhenti rehat di kawasan Sinai dalam perjalanan kembali ke Mesir dari Madyan. Ia wahyu pertama untuk Nabi Musa (as). Signifikannya sama seperti peristiwa di Gua Hira'. Kemudian di sinilah Nabi Musa (as) diberikan mukjizat tongkat ularnya dan cahaya dari tangannya dan diperintahkan menghadap Firaun. Kali kedua Nabi Musa (as) ke sini ialah selepas berjaya selamat dari Firaun untuk bermunajat selama 40 hari dan diberikan Kitab Taurat.
Lembah Suci ini terletak di Bandar St Katherine, Sinai. Kami ke kaki Gunung Sinai pada waktu tengah malam. Pukul 1 pagi kami mulakan pendakian. Saya dan Papaboyz, Adik dan 2 ustaz. Pemandu pendaki kami, seorang remaja bernama Muhamad, Arab Badwi yang fasih berbahasa Inggeris. MasyaAllah laju dia berjalan tak mengah. Saya mula2 mendaki dengan unta hinggalah 3/4 dari seluruh perjalanan, kemudian kena panjat sendiri kerana curam dan tidak sesuai untuk unta naik.
|
Muhammad dan Ustaz Badrul |
|
Papaboyz di papan tanda kaki Gunung Sinai |
(Budak-budak mana? Diorang tidur di hotel bersama Atuk, Wan dan Maklong. Terima kasih Atuk, Wan dan Maklong jaga hero-hero)
Kami beruntung. Malam pendakian kami adalah malam bulan mengambang dan langit cerah. Lembah Suci ini sunyi sepi tetapi 'hidup'. Gunung-ganang sekitar berwarna perak disebalik kehitaman malam. Mungkin refleksi dari cahaya bulan. Saya cuba ambil gambar tetapi hanya retina mata yang dapat merakamnya. Tidak lensa kamera. Saya harap saya tak akan lupakan imej itu.
Di kaki lembah ini terdapat
St Katherine Monastery, antara biara Kristian Orthodox yang tertua di dunia.
|
St Katherine Monastery |
Semasa di atas unta saya hanya memerhatikan lembah ini. Saya bawa MP3 player kerana takut kebosanan mendaki tetapi langsung tak pasang. Kerana kesunyian (ketenangan?) itu sendiri telah membunuh kebosanan yang saya takuti. Hanya derap tapak kaki unta dan sesekali arahan dari penggembala unta itu memecah kesunyian. Langit malam sangat cerah penuh bintang. Patutlah Nabi Musa (as) ke sini untuk bermunajat.
Sepanjang perjalanan terdapat beberapa kedai Pak Arab yang menjual air, dan makanan, termasuk minuman panas. Dan indomie panas :) . Pandai betul. Tapi kami khuatiri punca air dan kebersihannya.
|
Salah satu kedai dalam perjalanan ke puncak. Lengkap dengan tempat istirehat. |
|
Sembang pagi |
|
Sempat baring |
Kami sambung mendaki. Sampai di puncak masih belum ramai orang. Di puncak Gunung Sinai ada sebuah masjid dan sebuah gereja. Di tepi masjid terdapat sebuah ruang bawah tanah yang dikatakan tempat Nabi Musa (as) duduk bermunajat. Tak tahulah betul atau tidak sebab memanglah tiada kesan apa-apa. Wallahualam. Yang penting bukan tempatnya, tetapi apa yang berlaku, betul tak?
|
Gereja |
|
Masjid- diambil waktu siang |
|
|
|
Kawasan yg dikatakan tempat Nabi Musa (as) bermunajat |
Sampai di masjid kami berehat menunggu solat Subuh. Kami berjumpa dengan satu keluarga dari Malaysia. Seorang pakcik, isteri dan anak-anak perempuannya. Ini kali kedua pakcik itu mendaki Gunung Sinai. Solat Subuh diimami Ustaz Badrul yang membacakan Surah At-Tur. Penuh masjid, hingga ada yang menunggu di luar dan mereka terpaksa membuat jemaah kedua.
|
Aktiviti memeriksa masjid |
|
Tempat imam |
|
Bertafakur? |
Yang beragama lain pula kedengaran mendendangkan lagu-lagu keagamaan mereka di luar.
Kemudian kami menunggu matahari terbit. Ada ramai juga peniaga di puncak ini. Bukan sahaja minuman panas, mereka juga menyewakan selimut dan tilam. Memang sangat sejuk di atas sana. Tapi tilam itu pernah dibasuh atau tidak? :P
|
Penjual di puncak Gunung Sinai |
Matahari terbit. Romantik? Oh tidak. Ramai orang yer. :)
|
Antara yang bersidai menunggu matahari terbit |
|
Ramai lagi |
|
Subhanallah! (what else to say) |
|
Lembah Suci disimbahi cahaya matahari |
|
Adik.. merenung masa depan? |
Kemudian kami turun, bayar Mohammad, balik hotel dan pengsan :D
|
Yang bertongkat pun ada- pilgrimage untuk mereka? |
|
Eh, sempat lagi berdating yer.... |
|
Meninggalkan bayang dan tapak kaki di Lembah Suci |
Ada apa lagi di Semenanjung Sinai? Kami melawat Makam Nabi Harun (as), Makam Nabi Saleh (as) dan batu pada bukit yang dikatakan Lembu Samiri.
|
"Lembu Samiri" |
Tak pasti lah betul ke ini lembunya atau diukir rakyat tempatan, sebab dalam Surah Taha Nabi Musa (as) berjanji untuk membakar patung itu dan menabur abunya di lautan.
|
Makam Nabi Harun (as) |
|
Makam Nabi Harun (as) dan gereja di sebelahnya |
|
Makam Nabi Saleh (as) |
|
Pintu masuk makam |
|
Dalam makam |
|
Kawasan perkuburan di sekitar Makam Nabi Saleh (as) |
Berakhirlah kami menjejaki sebahagian hidup Nabi Musa (as). Makam baginda di Baitul Muqaddis. Sekiranya ke Mesir, jangan lupa peruntukkan 3 hari di Semenanjung Sinai.
10 comments:
Alhamdulillah dapat juga saya nikmati gambar gambar yang di sertakan.. entah ada izinAllah untuk saya kesana.. sekurang2 nya tahu lah apa yang harus dibuat sekiranya kesana..
Ayoh Wang, kalau ke sana, ada lagi satu tempat yg kami tak sempat pergi (di sekitar situ juga), nama dia Uyun Musa, iaitu tempat 12 mata air yang keluar dari batu setelah diketuk dengan tongkat mukjizat Nabi Musa (as), perlu berjalan kaki 40 minit untuk ke kawasan itu :)
singgah juga Sharm El-Sheikh dan Dahab, cantik!
best lah. tapi kenapa sebelah makam nabi harun tuh ada gereja? surau ada tak?
masyallah. seram sejuk baca entry ni. must be an esctatic experience for all of you.
tsk! bila nak sampai nih!
mummy- Moses and Aaron tu nabi diorang dalam Old Testament, masjid takde, yang nabi Saleh (as) bukan nabi diorang so takde lah gereja diorang kat situ
knv- saya rekemen pergi :), tapi bawak travelling kettle, hotel ok tapi kettle takde
subhanallah.. mmg menarik. but not really the kind of trip yg sesuai bawa anak2 keciklah..
weih, sempat lagi tulis blog, gi packing hehe :)
memang tak sesuai, unless you have somebody to watch them overnight
dah habis pack semua, in a few hours will check out from the house, all blemish on the walls have been painted, cracks sealed, floors scrubbed :) thanks to papaboyz's meticulous organizing skill :) will stay in hotel until departure
Salam Mamaboyz,
Sungguh takjub atas pengalaman saudara. Hal-hal pengkisahan dalam Al-Quran terlihat oleh pandangan mata secara realiti. I am green with envy! Ceritalah lagi.
SSMK- dah habis cerita :)
Subhanaulloh... Travelling yang penuh berkah... semoga keberkahan selalui menyertai atas informasi yang disampaikan... mohon izin saving gambarnya ya...
Post a Comment