Friday, 22 April 2011

Zeitoun

Dulu saya cari buku tentang Taufan Katrina yang melanda New Orleans, Amerika pada tahun 2005. Bila saya terjumpa buku ini, sukanya hati sebab ia kisah sebuah keluarga muslim disitu.


Sebab malas nak tulis banyak, saya copy ringkasan ini dari satu review di Amazon:

This is a non fiction account of Abdulrahman Zeitoun an immigrant from Syria and his wife Kathy who in 2005 owned a successful house-painting business in New Orleans. When Katrina hits Abdulrahman stays behind to watch out for his property. Eggers was not present at the disaster but has essentially ghost written this book for the Zeitoun's. And what a story it is. There are no great rants against Bush or the incompetent New Orleans authorities. Eggers doesn't need to do this since the facts as presented are the most massive indictment in their own right and speak for themselves. 

Abdurrahman tinggal seorang diri untuk mempertahankan rumahnya semasa Katrina melanda (baiki lubang, alih perabot etc. Setiap hari dia berkayuh dengan sampannya membantu jiran-jiran yang terkandas dan memberi makan anjing-anjing yang ditinggalkan. Ye lah, tuan punya anjing selamatkan diri sendiri je. Pada satu hari tiba-tiba dia ditahan tanpa bicara oleh penguatkuasa yang lengkap bersenjata M16 dan bullet proof vest. Dia dipenjara di penjara maksimum sekuriti, yang tak ada beza dengan Guantanamo Bay. Tiada ahli keluarganya yang tahu dia di mana.

Siapakah orang pertama membantu Abdurrahman di penjara? Seorang paderi Kristian. Memang paderi itu berhati mulia. Apa yang dia buat boleh membahayakan dirinya, tapi dia mengoyakkan secebis kertas dari Biblenya, menulis nombor telefon isteri Abdurrahman dan memberi khabar pertama dari Abdurrahman kepada isterinya.

Amerika memang takutkan bayang-bayang sendiri. Ketika amaran taufan akan melanda, pekeliling yang dikeluarkan ialah tentang kebarangkalian ancaman pengganas. Skuad-skuad tentera diletakkan di New Orleans, malah ada yang diimport  dari Israel. Bukan nasib penduduk yang didahulukan. Betullah kata Sheikh Yusuf Estes, siapa yang tak takut pada Allah, akan takut kepada makhluk ciptaan Allah.

Walaupun orang kata Abdurrahman berada di tempat salah pada masa yang salah, tapi Abdurrahman kata "Allah masukkan saya dalam penjara untuk menyelamatkan saya dari perkara yg lebih buruk". Tabik hormat. Semoga berkat Allah sentiasa bersamamu, Abdurrahman.

Gambar terbaru Abdurrahman dan isteri, Kathy Zeitoun dihadapan rumah mereka. Saya cilok dari sini.


Buku ini telah memenangi beberapa anugerah, antaranya ialah American Book Award, Dayton Literary Peace Prize, LA Times Book Award dan Northern California Book Award. Malah jualan buku disalurkan kepada The Zeitoun Foundation, yang membiayai pembangunan semula New Orleans.

Bacalah. Perangai sesetengah manusia lebih teruk dari binatang.

6 comments:

Fadhil said...

Once in a while, a great story is brought to the fore after years being kept in the background. Tq Dr Wati for this heads up. Will try to look for it and add to my collection.

Wan Sharif said...

Have to agree with Oldstock.. any comment from me would be superfluous..

Mamaboyz said...

true stories are sometimes stranger than fiction

mummy said...

pinjam library lah ni yek...

knv said...

thanks for sharing doc! :D

Mamaboyz said...

mummy- yer

knv- welkam!