boleh main basikal dalam rumah- kat malaysia je boleh buat macam ni |
Walaupun jumlah elaun saya yang dipotong untuk duduk di kuarters ini agak banyak juga (cukup untuk buat bayaran bulanan untuk rumah sendiri) tetapi ada beberapa faedah kami duduk dalam kuarters ini yang memang tak boleh dinilai dengan wang. Pertamanya, saya hanya berjalan kaki pergi dan balik kerja (300 langkah je dari pintu belakang rumah saya ke pintu wad tempat kerja saya). Kalau saya duduk di luar hospital tentunya saya akan naik kereta ke tempat kerja - menyumbang kepada pencemaran udara / carbon footprint saya (eceh!). Jimat minyak kereta. Tidak stress di jalan raya yang juga membahayakan kesihatan jantung, sistem imun dan mental saya (ayat2 poyo tapi benar).
pintu belakang rumah |
terus jalan pergi kerja |
Kedua, saya boleh pulang ke rumah pada bila2 masa. Ini penting semasa saya on call. Kalau saya duduk di luar saya tidak boleh pulang ke rumah selama 35 jam saya on call. Tetapi disebabkan saya duduk dalam kawasan hospital, saya boleh on call dari rumah sahaja. Jadi tidaklah budak2 (dan bapak budak) kehilangan saya sangat.
Ketiga, dalam kawasan hospital ini sahaja, ada 2 kawasan taman permainan kanak2. Satu daripadanya betul2 di luar pintu belakang rumah kami. Penting untuk budak2 keluarkan excess energy mereka- jadi ini memang rezeki budak2 ni.
gambar diambil dari pintu belakang rumah |
Tokpa dengan cucu2 |
Keempat, halaman rumah dan hal2 kerosakan dalam rumah semuanya diselenggarakan oleh pihak hospital. Hospital ada juruteknik elektrik, plumber, gardener, malah civil engineernya sendiri. Telefon dan panggil sahaja. Mereka datang pada hari yang sama. Memang tak ternilai.
Kelima- ini belum lagi, tapi tahun depan Adam akan masuk darjah 1. Sekolahnya berkongsi pagar dengan hospital. Ada pintu kecil untuk kanak2 di kuarters ini pergi ke sekolah. Rentas padang sekolah dan Adam pun akan sampai ke bilik darjahnya. Saya pun rasa excited nak berjalan ke sekolah dengannya setiap pagi. Another savings in our carbon footprint there.
Adam dan Ammar dah masuk tadika. Saya risau juga mula2 kerana takutkan tiada tadika yang sesuai untuk mereka. Kalau di Lembah Klang memanglah banyak yang bagus2. Alhamdulillah di ceruk daerah kecil ini kami berjumpa dengan tadika yang menggunakan silibus Genius Aulad. Cikgu mereka pun bersikap terbuka dan tidak rigid, dan setuju mengikut tahap kemampuan Adam, yang sudah bersekolah 3 tahun di UK.
gambar semasa birthday Ammar yg ke 4 |
Itulah serba sedikit kehidupan kami sekarang.
8 comments:
waahhhh....bestnya rumah besar...bila2 kami ke sana, boleh lah check-in satu bilik ye...hehe
wow - memang banyak kelebihan-kelebihan tu! being able to walk to work, children walk to school, walk to playground... sgt valuable & priceless! good for you...
boleh on-call dari rumah tu pun sgt best. aku takde oncall2 ni, tapi aku appreciate sikit2 the challenge sbb my sis-in-law houseman. dia duduk 'quarters', tapi about 1-2km away from the hosp, she still had to be physically present at the hosp...
overall, i'd say that's a higher quality of life.. i envy you, bas! :)
wow! sesungguhnya itu adalah lebih berharga daripada hard cash yang di potong itu.
rezeki rezeki rezeki! :D
Ahhhh....
The joys of settling down to a routine again, erkk?
Wati
Raya nanti kita boleh ziarah menziarahi, insyaallah. Your house and my rumah singgah beberapa pelaung aje :-)
Aunty C
Alhamdulillah ...
kak anis- 2 bilik pun boleh hehe-en suite lagi, free wi-fi, free parking, apa lagi nak? bg notis beberapa hari ek so sempatlah saya nak gosok dan gantung langsir dan pasang cadar :)
mynie, knv- memang priceless, adam n ammar sometimes follow me to work when i'm not so busy, rezeki budak2
versedanggerik- welcome, welcome to my blog, pls make yourself at home :)
aunty C- rumah singgah kat mana tu tu? takyahla tunggu raya, bebila pun boleh :)
Ayoh Wang-:)
assalamualaikum DOc, saya dan wife saya baru bertugas di hospital melaka? hari ni baru lapor diri. 13.3.2017.
Nak tanya. Rumah yang doc menginap ni kuarters hospital melaka ke?
Post a Comment