Tuesday 21 February 2012

A piece of heaven :)

Antara perkara yang paling saya rindu kat UK ialah weekly library visits kitorang. Masa mula-mula balik sini saya pergi tengok local library sini dan hampa. Semua buku-buku lama. Langsung tak nampak buku baru. Buku lama yang masih pakai ejaan lama. Pastu banyak pulak kotak-kotak kat tepi rak-rak buku. Mungkin dalam kotak tu buku baru? Tapi tak keluar kotak macam mana? Geram je tengok.

Pastu saya terfikir library universiti suami saya. Saya tanya Papaboyz, ada banyak buku tak kat library universiti? Papaboyz kata buku rujukan banyaklah. Universiti Papaboyz pulak dahla ada kursus-kursus teknikal je. Jadi saya pun tidaklah pergi menjengah. (Silap besar, siapa suruh tanya dia, tempat terakhir akan jumpa dia ialah di library, and definitely we did not first met in a library).

Kemudia minggu lepas saya sedang round ward tengok pesakit. Sampai ke seorang pesakit dan saya berborak dengan dia..

Saya    : Awak kerja kat mana?
Pesakit : Library Univ (univ suami saya)
Saya    : Hmm menarik. Kat situ banyak buku selain buku rujukan student?
Pesakit : Banyaaaaakk! Semua buku English atau Melayu kitorang sentiasa update. Majalah macam-macam kitorang langgan.
Saya    : (rasa nak berhenti round sekarang jugak)

Jadi Ahad 2 hari lepas saya ikut suami ke Universiti sebab dia pindah bilik dan nak kemas bilik dia. Angin dia baik jadi dia setuju jaga budak-budak sementara saya buat rondaan di library pula.

Rasa macam dah lama tak sengih sorang-sorang. Tapi ia perasaan yang tak dapat dikawal pada Ahad lepas. Hehehe. Yeaa! Ada alasan untuk ambil cuti dan ikut Papaboyz pergi kerja ngeeee... 

Best- pencahayaan terbaik. Sofa melepak pun banyak. Student tak ada- diorang cuti semester.

Kumpul-kumpul dulu. Tiba-tiba baru teringat nak tanya limit buku berapa. Nasib baik 20 buku :). What's up with Tony Buzan?

Saja ambil gambar ni nak tunjuk yang Jodi Picoult pun ada yerrr.. Memang impresif koleksi diorang. Ada one wing dedicated for fiction dan famous authors semua banyak. Yippeee!

Pinjam Tony Buzan sebab next month saya ada konferens dengan dia di KL, InsyaAllah. Can't believe my good takdir. Hikhik. Alhamdulillah! (baru tau Tony Buzan ada parenting book)

Buku PTS pun banyak. Yeaa tak payah beli lagi!

New mission. Educating myself on personal finance. Sangat bodoh dalam bab ini.
Sangat gembira sebab dah jumpa library yang best. Nothing could have ruin my excellent mood that day, not even 3 grumpy boys. The only thing is tak ada childrens' section tapi ini kan library universiti nanti pelik pulak kalau ada kan.

The best things in life are free. :)

Masih tersengih sambil taip entri ni.

How's your local library?

Saturday 18 February 2012

Ammar di Pasti

(paksa diri menulis)....

Bukan apa, takut legasi hilang (legasi apanya?) hehe takut nanti tiba2 budak2 membesar menyesal pulak tak keep tract childhood diorang kann...

Tak sempat menulis, belajar ke apa benda lain, blame diri sendiri je lah kan...patutkah saya ada ipad supaya boleh menulis, browse tak kira masa dan tempat? hmmm not yet... i certainly don't need it now. Saya takut saya dah tak pandang sekeliling lagi, sedangkan kita mesti sentiasa melihat semua ciptaan Allah kat dunia ni dan appreciate, kalau boleh dengan mata hati...

OK post ni nak letak gambar Ammar yang sekarang bersekolah di tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam).. Ni rangkaian tadika PAS, tapi tak payah jadi ahli PAS pun boleh hantar anak situ (saya bukan ahli mana2 parti).. Kitorang pilih tadika ni sebab dicadangkan oleh kawan, dan ia dekat, yuran berpatutan dan yang paling penting silibusnya yang impresif (serius!)-- eh tahu tak yang tadika sekarang sangat mahal, macam hantar anak masuk universiti tau. PASTI ni yuran dia rm60 sebulan, oklah tu.. kakak saya hantar anak dia yuran 200 lebih sebulan...*tapi kitorang duduk pekan kecik*

Budak PASTI :)

Tengoklah silibus dia, buku2 semua memang best, ada 1 subjek tertinggal- peribadi Muslim
Ammar tahun ni nak masuk 5 tahun, tugas dia tahun ini ialah tukang siram pokok bunga... papa beli watercan khas untuk dia (biasa berebut dgn si kecik Abid tu)



banyak ni je Mama saya punya herbs garden- kari, pandan, ulam raja, daun selom, daun kunyit
Baju abang pun dia nak kebas jugak



Ammar ni hati dia ada minat pada AlQuran, dia suka baca tak perlu suruh atau paksa, dan tak perlu reward sangat untuk pujuk dia, tiap kali mandi pun dia sendiri ingat ambil wudhu' dan suka solat (gerakan saja, belum tahu baca lagi)...tapi kelemahan dia ialah impulse control- we have to work a lot on your anger management, Ammar..

Kanak2 fitrahnya suka pada kebaikan

Kanak2 memang fitrahnya suka pada kebaikan, pada alam, pada Tuhan, saya selalu kagum dengan fakta ini, memang saya hanya perhatikan anak2 saya saja, (bukanlah nak memuji anak saya, tapi sebab saya tak tinggal bersama kanak2 lain, maka anak saya je lah jadi contohnya), we can learn a lot from them, if we just open our eyes and see...

OK.. till then...!