Sunday, 20 December 2009

Hijrah

Kita baru saja menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Islam. 1 Muharam 1431 di UK tiba bersama siraman salji yang dibawa oleh angin dari Artik. Sudah beberapa malam suhu dibawah paras beku di sini. Seperti hujan, salji juga tentunya petanda rahmatNya. Semoga tahun baru ini diberkati dengan kasih sayang yang Esa.

Oleh kerana salji tidak begitu lebat di Manchester, maka saya guna gambar adik saya di Leeds.




Apakah Hijrah kita pada tahun ini?

Saya mulakan tahun ini dengan buku Karen Armstrong (seorang ahli theologi), 'Muhammad: Prophet of our time'. Sudah lama tidak membaca biografi Baginda (mungkin masa sekolah?). Sangat berbeza pendekatan Karen Armstrong kerana pendekatan beliau adalah Nabi Muhammad (saw) sebagai tokoh penting ketamadunan dunia, yang membawa reformasi lebih hebat dari Mahatma Ghandi atau Nelson Mandela, yang tidak sepatutnya dibenci oleh masyarakat Barat. Buku ini telah disaran oleh Ustaz Hasrizal. Saya belum habis baca. Nanti saya akan tulis lagi mengenainya.

Betapa sukarnya mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada apa-apa lain di zaman yang penuh gangguan ini.

Saya petik kata2 dari Adam Hassan, hero drama terkenal NurKasih. Ini yang diucapnya ketika Katrina enggan memakai tudung untuk melawat ibunya. Katrina berkata dia tidak mahu menjadi hipokrit.

"Kita tidak boleh jadi orang lain. Tetapi kita boleh menjadi orang yang lebih baik.."

Salam Hijrah.

2 comments:

Unknown said...

btul3x...mlm hijrah tu da la mlm jumaat...salji turrun lak tuh...

ps:/mcm kenal je mamat dlm gmbr tuh..

m-i-o said...

hmmm. ada secubit perasa nurkasih di situ :P

sy berazam nak membaca lebih banyak buku pada tahun ini. errrkkk. tengah berfikir bagaimana utk membuat azam yang spesifik :P