Friday, 21 May 2010

Perkampungan Tradisional Holland

Semasa di Holland, kami sempat melawat beberapa perkampungan tradisional mereka.

Yang tak menyeronokkan ialah hari hujan dan sangat sejuk (kurang dari 10 darjah celsius) sedangkan kami tak bawa winter jacket (sebab sudah musim bunga). Semua pun menggigil kesejukan.

Bawa pampers dan baju masing2


Basah mandi hujan


Cuaca yang tak menyebelahi kami


Hujan pun hujanlah, redah saja!


Kami mengambil pakej lawatan ke Zannse Schans, sebuah perkampungan kincir angin. Sekitar abad ke 17 Belanda mempunyai 10 ribu kincir angin. Kini hanya tinggal 1000 saja. Kuasa elektrik lebih murah. Di sini juga masih ada kilang membuat terompah kayu tradisional mereka. (Adakah terompah kayu di Malaysia tinggalan orang Belanda?)

Rumah kampung


Ada 7 kincir angin di kampung ini


Terusan bersimpang-siur


Terompah kayu. Ammar melihat2 kalau ada yg berkenan.

Kemudian kami ke Edam. Di sini ada industri membuat keju. Macam2 jenis keju ada.

Si pembuat keju memberi penerangan


Beribu2 keju


Kami diberi peluang merasa pelbagai keju di situ.


Tak murah pun :P


Penjual berpakaian tradisional


Kemudian kami ke Volendam dan Marken, 2 buah perkampungan nelayan yang cantik. Di Volendam tak sempat bersiar2 sangat kerana kami ke studio mengambil gambar keluarga. Walaupun status kampung/pekan tapi kawasan mereka memang bersih dan cantik. Rumah rapat2 tak seperti kampung Malaysia.

Pekan kecil Volendam

Dari Volendam untuk ke Marken perlu menaiki feri.

Budak2 kelaparan


Kampung Nelayan Marken


Sini pun banyak terusan. Cantikkan?

2 comments:

anon suria said...

wah..padat sungguh! tapi berbaloi. terusan tu mmg canteklah..damai jer tengok.

mummy said...

sedap ke cheese-cheese tu