Tuesday 21 February 2012

A piece of heaven :)

Antara perkara yang paling saya rindu kat UK ialah weekly library visits kitorang. Masa mula-mula balik sini saya pergi tengok local library sini dan hampa. Semua buku-buku lama. Langsung tak nampak buku baru. Buku lama yang masih pakai ejaan lama. Pastu banyak pulak kotak-kotak kat tepi rak-rak buku. Mungkin dalam kotak tu buku baru? Tapi tak keluar kotak macam mana? Geram je tengok.

Pastu saya terfikir library universiti suami saya. Saya tanya Papaboyz, ada banyak buku tak kat library universiti? Papaboyz kata buku rujukan banyaklah. Universiti Papaboyz pulak dahla ada kursus-kursus teknikal je. Jadi saya pun tidaklah pergi menjengah. (Silap besar, siapa suruh tanya dia, tempat terakhir akan jumpa dia ialah di library, and definitely we did not first met in a library).

Kemudia minggu lepas saya sedang round ward tengok pesakit. Sampai ke seorang pesakit dan saya berborak dengan dia..

Saya    : Awak kerja kat mana?
Pesakit : Library Univ (univ suami saya)
Saya    : Hmm menarik. Kat situ banyak buku selain buku rujukan student?
Pesakit : Banyaaaaakk! Semua buku English atau Melayu kitorang sentiasa update. Majalah macam-macam kitorang langgan.
Saya    : (rasa nak berhenti round sekarang jugak)

Jadi Ahad 2 hari lepas saya ikut suami ke Universiti sebab dia pindah bilik dan nak kemas bilik dia. Angin dia baik jadi dia setuju jaga budak-budak sementara saya buat rondaan di library pula.

Rasa macam dah lama tak sengih sorang-sorang. Tapi ia perasaan yang tak dapat dikawal pada Ahad lepas. Hehehe. Yeaa! Ada alasan untuk ambil cuti dan ikut Papaboyz pergi kerja ngeeee... 

Best- pencahayaan terbaik. Sofa melepak pun banyak. Student tak ada- diorang cuti semester.

Kumpul-kumpul dulu. Tiba-tiba baru teringat nak tanya limit buku berapa. Nasib baik 20 buku :). What's up with Tony Buzan?

Saja ambil gambar ni nak tunjuk yang Jodi Picoult pun ada yerrr.. Memang impresif koleksi diorang. Ada one wing dedicated for fiction dan famous authors semua banyak. Yippeee!

Pinjam Tony Buzan sebab next month saya ada konferens dengan dia di KL, InsyaAllah. Can't believe my good takdir. Hikhik. Alhamdulillah! (baru tau Tony Buzan ada parenting book)

Buku PTS pun banyak. Yeaa tak payah beli lagi!

New mission. Educating myself on personal finance. Sangat bodoh dalam bab ini.
Sangat gembira sebab dah jumpa library yang best. Nothing could have ruin my excellent mood that day, not even 3 grumpy boys. The only thing is tak ada childrens' section tapi ini kan library universiti nanti pelik pulak kalau ada kan.

The best things in life are free. :)

Masih tersengih sambil taip entri ni.

How's your local library?

6 comments:

SMM said...

wow!! i thought university library tak banyak public books. good for you :)
kalau pergi around shah alam, cuba pergi the new state library. world-class! i meant to write a post with loads of pictures on this in my book blog, tapi belum sempat. we go there every other weekend lebih kurang, en route to rumah mertua. takdelah sengaja nak pergi sana, macamlah bangi-shah alam tu dekat. kesian library bangi dah kena 'tinggal' hehe..

knv said...

second mynie! library shah alam memang best! tapi tak pernah pinjam buku lagi. pasal buku2 yang ada pun tak abih3 lagi nak khatamkan heheh.

dears, kalau you guys pi library shah alam tu, sila la singgah umah akak kat seksyen 6. mynie ada hp akak? 0132799488. lets meet up. bawak budak2 sekali ek?

Anonymous said...

wow! bestnya...port baru nak chill out...better than starbucks.

mummy

Fadhil said...

Doc,

You are lucky to have access to a modern library with new books. My office is in Pasir Gudang and there is a public library run by the town council nearby which I sometimes drop by during lunchtime. But the place is in a sorry state. Old books and ageing furniture. Yang buat lagi sedih is that I helped set it up when it first opened more than 20 years ago.

So you didn't meet papaboyz in a library, huh? Kat mana tu agaknya ye :-)

Mamaboyz said...

mynie n kaknon- ada tengok gambar baru lib shah alam, memang best :)used to go there often masa balik cuti sekolah asrama, at that time dah jadi fav place aku dah, beruntungnya org shah alam :)

mr oldstock- maybe the library now needs your help to upgrade it? me and papaboyz first met in UKM masa matrikulasi :)

zarina said...

Hasma, mmg byk buku mcm2 kat library UTem. Sejak dari kampus kecik kt rumah kedai lg (thn 2002). Akak selalunya pinjam buku yg bukan related dgn teknikal. Buku teknikal selalu dpt free je.