Kami di Holland hanya 2 hari. Jadi cuma sempat merayau2 di pusat bandar Amsterdam (ibu negara), pergi ke beberapa kawasan perkampungan (Zansse Schans, Volendam, Edam dan Marken) untuk melihat hidup tradisional orang2 Belanda (
Dutch) dan pergi ke taman tulip Keukenhoff (yang dikatakan taman bunga tercantik di dunia).
Saya perasan agak unik juga orang Belanda ni. Negaranya kecil tak besar mana tapi sehebat2 orang Melayu pun pernah dijajahnya. Sehinggakan banyak istilah 'Belanda' dalam kamus kita (durian belanda, ayam belanda, susu '
Dutch Lady'). Ada beberapa perkara yang menarik di Holland saya jumpa yang tiada di UK.
Basikal sama taraf dengan keretaDisini ramai yang berbasikal. Mungkin sebab mukabumi di sini memang rata. Di sebelah jalan raya disediakan jalan basikal (sama macam jalan untuk motosikal di Malaysia). Tapi menurut pemandu pelancong kami, mereka yang berbasikal kurang sopan berbanding yang membawa kereta. Pejalan kaki ramai yang dilanggar basikal. Memang mereka laju dan bila hampir dengan kita yang berjalan kaki mereka akan membunyikan loceng basikal mereka atau pun jerit saja "kring kring".
|
Bicycle Flat di tengah bandar Amsterdam, tempat letak basikal
|
Rakyat yang liberal terhadap seksRasanya ramai yang tahu Amsterdam terkenal dengan
Red Light District-nya, iaitu satu kawasan yang penuh dengan aktiviti pelacuran di mana pelacur2 ini diletakkan di tingkap (macam
display item). Jadi siapa yang nak bolehla pilih tingkap mana yang suka. Ini aktiviti yang diluluskan undang2 mereka sejak tahun 2000.
Banyak juga
sex shops. Saya nampak dari jauh saja. Tak pergi pun. Tak tahulah apa yang mereka jual.
Dan siap ada Sex Museum. Ini pun kami tak masuk. Tak menambahkan pengetahuan wajib tak payahla kan. Lainlah kalau saya
specialize jadi
sex therapist ke apa.
|
Yang ironinya,inilah muzium yang paling murah bayaran masuknya
|
The Dutch created Holland?30% bumi Holland adalah dibawah paras laut. Ini kerana mereka telah mengepam dan menyalurkan air laut untuk menggunakan tanah dasar laut itu. Pemandu pelancong kami telah menerangkan dengan agak terperinci bagaimana mereka dapatkan tanah itu (Belanda dapat tanah?). Jadi jika dilihat peta dibawah, terusan2 sama banyak dengan jalanraya. tapi kami tidak berkesempatan untuk menaiki
canal cruise.
|
Bandar Amsterdam yang penuh dengan terusan
|
|
Canal cruise / canal bus
|
Pemandu pelancong kami mengatakan ada satu pepatah mereka yang terkenal iaitu '
God created the world, but the Dutch created Holland'. Sombong betul. Setakat menyalurkan air keluar untuk menduduki dasar laut bukanlah mencipta namanya. Patutlah hanya 39% rakyat mereka yang hidup bertuhan (fakta dari wiki). 5% dari mereka adalah Muslim.
Kitar semulaIni pertama kali saya jumpa tong sampah yang lengkap untuk kitar semula. Ada tong untuk plastik dan kertas yang asing. Rasanya tak sukar untuk diikuti. Ia pun tak mengambil ruang yang banyak.
|
Tong kitar semula
|
|
Tidaklah besar sangat tapi ia tanda masyarakat prihatin
|
Tandas cantikDi stesen Leiden Centraal saya masuk ke tandas awam. Sebelum masuk saya ditahan oleh tukang cuci dan disuruh bayar 50cents. Ini kali pertama di Eropah saya kena bayar tandas. Di UK memang percuma (dan bersih). Hati saya geram juga.
Tapi bila masuk saya agak terkujat (hingga terpaksa keluarkan kamera dan ambil gambar). Tengoklah dinding yang penuh rama2 itu.
|
Untuk pam pun menggunakan sensor, jadi tangan tak kotor
|
|
Kunci pintu pun pakai elektronik
|
|
Dinding rama-rama
|
|
Ada minyak wangi berjenama untuk pengguna pilih dan pakai
|
|
Bila keluar, siap ada gula2 (untuk apa agaknya?)
|
Selepas ini saya akan tulis pula tentang perkampungan tradisional holland dan Taman Bunga Keukenhoff. Tapi rasanya minggu hadapan, kerana sekarang saya mesti mengemas beg kembali kerana pagi besok kami akan terbang pula ke Barcelona!
2 comments:
Selamat kembali dari bumi Dutch! dan selamat mengembara ke Sepanyol. Hola hola.....have fun!
interesting :)
Post a Comment