Wednesday, 9 February 2011

Bebelan hari ini

Saya baca di website Ustaz Zaharuddin (UZAR) yang dia baru bertemu dengan Sheikh Yusuf Qardawi. Kemudian dengan semangat berkobar-kobar UZAR menulis artikel yang menarik dan penting ini. 

Kalau kita nak ilmuwan Islam kita dipandang tinggi, yang jadi ustaz/ustazah itu mesti dari golongan cream of the cream. Bukan sisa-sisa pelajar yang tak dapat masuk sekolah asrama penuh atau MRSM. Bukan budak malas yang tak suka pergi kelas.

Sebenarnya kan, semasa saya pergi ke Mesir, saya terperanjat adanya kempen pergi ke kuliah yang dirasmikan oleh ayah mertua saya. Saya nampak posternya. Sepanjang saya di sekolah dan di universiti tak pernah saya jumpa kempen macam ini. Semua orang tahu siapa tak pergi kelas rugi. Ini berat untuk saya tulis, tapi nampaknya pelajar agama kita di Mesir suka ponteng kelas (nak guna ayat apa yg lebih sesuai?). Saya tak pasti apa sebabnya. Tapi kalau baca artikel UZAR itu, nampaknya sistem pembelajaran di Mesir tidak tersusun. Mungkin perlu inisiatif kuat dari pelajar sendiri. Siapa nak pergi, pergi. Siapa taknak tiada paksaan. Mungkin professor2 mereka tak berapa pandai bersyarah. Tak tahulah. Tapi ada juga yang rajin. Setiap pagi lepas subuh ayah mertua saya hantar sekumpulan pelajar perempuan belajar talaqqi.

Mengenai pelajar terbaik Malaysia masuk jurusan agama ini, sebenarnya saya pun bersalah jugak. Masa Nik Nur Madihah kata dia nak melanjutkan pelajaran ke Jordan, hati saya bercakap sendiri, ya Allah ruginya, kenapa tak pergi UK atau US? Masa sekolah dulu pun, masa kelas agama Islam tak bagi perhatian sangat seperti masa kelas biologi atau fizik. Ini mindset saya. Patutlah Rasulullah (saw) cakap ilmu ini akan hilang walaupun kita ajarkan Al-Quran pada setiap generasi. Sebab yang memegangnya bukanlah orang yang paling cerdik dan bukan orang paling dahaga ilmu.

Satu perkara yang berkaitan. Melalui beberapa insiden, saya juga baru tersedar yang memang majoriti orang tak suka baca buku. Saya geram. Selama ini saya suka menganggap yang persepsi ini sebenarnya salah, tetapi saya semakin merasakan yang ia betul. Sekiranya anda tak suka baca buku, cuba tanamkan ini dalam diri anak-anak anda. Ia sukar. Tapi ia berbaloi. Sila mulakannya semasa dia masih bayi. Jangan tunggu dia bercakap baru nak sorong buku. Biar buku koyak, boleh ganti lain.


eh..sorry yer, membebel pulak hari ni.

Tapi hari ini saya nak bersetuju dengan UZAR.

2 comments:

SMM said...

related articles by Ustaz Hasrizal.

Kenapa Mahu Jadi Ustaz?
http://saifulislam.com/406

Laburkan Anakmu Sendiri
http://saifulislam.com/4318

harap2 ada anak2 kita nanti yang cenderung. (ke kita yang kena 'steer' supaya cenderung?)

Mamaboyz said...

mynie, thanks for the links, memang sgt berkaitan, betul lah abu saif cakap, memang tak glamer bidang ni

tapi bila ustaz tu memang cream, eg dr zakir naik, nouman ali khan, we will see that their work is really professional

pasal anak2 kita, i will work on changing my mindset first, and probably find a good role model, and see how, jangan nanti kita paksa diorang hanya sebab nak menampung kekurangan kita