Saturday, 12 May 2012

Weekend Getaway (Pesta Buku!!!)

Ya, kami pergi ke Pesta Buku KL (buat pertama kali).

Eyyyyy best sangat hahaha... partly because it was unplanned. Sepatutnya saya standby untuk medical team bagi acara Kejohanan Hoki Remaja Asia yang sedang berlangsung di Melaka sekarang (Malaysia is in the final, besok ok). Saya dalam hati agak kecewa tapi nak menyedapkan hati saya kata, alahh nanti2 boleh je cari buku kat kedai (tak sama ok, now I know). Takpelahh kalau tak ada rezeki nak pegi maknanya itu yang terbaik, kan.

Tapi tiba2 saya dikecualikan dari acara untuk weekend lepas kerana errrr ada insiden berunsurkan 'sexual discrimination' berlaku (hahaha tak kuasa nak layan). Yang penting tiba-tiba free jadi terus buat keputusan bercuti hujung minggu di KL. Tentunya satu-satunya pilihan hotel ialah Seri Pacific PWTC. Terima kasih Seri Pacific kerana room rate tak mahal sangat :)

The plan was, check in hotel, Papaboyz bawak budak-budak pergi berenang di kolam dan saya pergi berpesta!

Sampai je tengah hari Sabtu (5 Mei 2012), MasyaAllah! Ramainya manusia berpusu-pusu, dengan bas-bas sekolah yang beratur panjang di tepi jalan sekitar PWTC tu. Tak tangkap gambar pulak.

Lepas check in terus pergi buat tawaf sulung. Budak-budak dan Papaboyz pun ikut sekali. Tak sampai sejam budak-budak dah tak tahan sebab sesak sangat. Nasib baik jumpa booth Upin Ipin.

Di booth Upin Ipin

Lepas 1 round, balik hotel dulu

Dah rehat kejap, the boys pergi mandi kolam dan saya sambung meronda. Kalau yang first round tadi cover Bilik (Dewan?) Mawar, round kedua pula cover Bilik-bilik Negeri (siapa pernah ke PWTC tahulah kan) dan Dewan Tun Hussein Onn, dan keesokannya jelajah tingkat 2 pula.

Hasil?

Sebelum hasil tangkapan, ada hasil lain iaitu pengalaman. Tahun depan kalau nak pergi bawa troli pasar yang kecik tu (macam Mynie kat Mesra Buku), atau bawa backpack yg macam nak pergi hiking tu. Kalau tak sakit bahu nak pegang beg-beg semua. Lepas tu kalau nak betul-betul menghayati pesta buku tu, tak boleh pegi satu trip je, kena pegi banyak kali (hehe, nak cakap suruh buat macam saya lah tu kan). Baru boleh nampak publisher yang jarang-jarang kelihatan. Contohnya, ada banyak publisher dari negara luar yang join. Dari Indonesia, Singapura, Turki dan China yang saya perasan. Itu pun saya rasa terkilan juga tak sempat betul-betul tengok buku-buku diorang.

Lagi satu, pergi hari terakhir :). Ada banyak extra discount tapi tak ada buku yang habis yer jgn risau. Telaga Biru further reduced discounted books from 20% to 30% (ada as low as rm 5), True Wealth dropped from 15% to 25% and Galeri Ilmu gave extra coupons of further 20% from display prices.

Cuma saya sangat bersyukur kerana berjumpa dengan publisher dari Singapura ni, Darul Andalus namanya. Mereka keluarkan buku-buku cerita Bahasa Arab untuk kanak-kanak mengikut peringkat, dengan terjemahan BM dan English. Saya sudah lama mencari set buku sebegini dari Manchester ke Cairo ke Malaysia (overrrnya :P), tapi tak jumpa (mungkin tak bersungguh sangat mencari). Saya terus melabur untuk ketiga-tiga set. Bukan untuk budak-budak, tapi untuk saya (padan muka sekarang, masa sekolah taknak belajar arabic).

Inilah publishernya

Set Asas

Contoh dalam set asas

Set tahap II

Contoh dalam set tahap II

Set tahap III


Contoh dalam set tahap III

Ok buku2 lain:
Merchandise Ana Muslim untuk anak buah

Untuk anak buah jugak

Majalah Upin ipin


Buku latihan untuk budak (rm 1 each)

Hadiah untuk mak saya (tapi sebelum bagi dah habis baca dulu :))


Telaga Biru- harga runtuh hari terakhir

Al-Quran macam-macam gaya, rasa nak ambik je mana berkenan


Set buku untuk Abid

Antara buku yang rm5 tu, kena lah ambik satu kan, lagipun saya suka buku yang ada nama tempat sebagai tajuk :P

Ini kes terpengaruh dengan book review orang lain

Buku2 baru dari favourite authors, suka suka! especially yg paling kanan tu :)

Haaa tu pasal lah saya suka, sebab terselit puisi-puisi dalam dia
Signed by the author :)

rm 2 each

From True Wealth (penulis jutawan? hehe)

Betul ke ada 90 ubat mengandungi sumber babi?


Malam tu terus buat workbook
pagi besoknya sambung lagi buat workbook
Acara tahunan? InsyaAllah.. :)

5 comments:

anissazira said...

Adoii...bestnya, kat mana nak tekan butang LIKE ni??

Anonymous said...

nak tiru jugak tahun depan

mummy

Anonymous said...

jelas gambar buku2! (unlike mine)
bolehlah pilih nak pinjam yg mana for the next round hehe.. i edited buku dr zaharuddin jangan berhenti berlari tu tapi lupa nak tengok credit page hari tu, sometimes they misprinted jugak..

i know last day mmg extra discount, but still rasa tak nak brave the crowds.

it's great that you discover darul andalas tu (i didn't) and thanks for sharing! i want to buy too! nnt nak check how to buy online (or worse comes to worst beli masa pesta buku next year)

i discovered orbit buku, subsidiary of sasbadi. i plan to blog about it next.

mynie

Mamaboyz said...

kak anis, like dalam hati je laa hehe

mummy, boleh kita berkampung sama tahun depan

mynie, dont worry, i've checked, you' re definitely the editor, fyi darul andalus tu aku perasan masa second round pusing tempat yg sama, first round memang terlepas pandang

Mamaboyz said...

kak anis, like dalam hati je laa hehe

mummy, boleh kita berkampung sama tahun depan

mynie, dont worry, i've checked, you' re definitely the editor, fyi darul andalus tu aku perasan masa second round pusing tempat yg sama, first round memang terlepas pandang