Kita mesti familiar dengan sebahagian dari ayat Kursi ni kan.. tapi kita mungkin tak berapa sedar konsep langit dan bumi tu berapa besarnya. Sebenarnya Allah beritahu banyak kali dalam Quran, konsep kebesaran langit dan bumi tu. Contohnya, setahun di neraka sama dengan xxx ribu tahun di dunia, bumi/dunia ini tak signifikan, neraka pada hari akhirat akan dibawa dengan 70ribu rantai dan setiap rantai dipegang oleh 70 ribu malaikat etc (maaflah tak ingat ayat mana). Kemudian Nabi Muhammad (saw) pun ada cakap, di neraka tu jarak antara seorang dengan orang yang lain tu sama dengan xx hari (atau bulan/ tahun) perjalanan dan teduhan sebatang pohon di syurga tu menjangkaui xx hari perjalanan dengan kuda terpantas.
Hari tu ada kawan postkan video ni di fb dan saya rasa wow! Ini agak membuka minda tentang kebesaran langit dan bumi itu. Hah dan jangan lupa- the universe is expanding (in Quran and scientifically proven). So saya nak simpan video ni kat blog ni. Hari tu saya tunjuk pada Adam, dia pun excited tengok angkasa lepas yang besar sangat. Kemudian saya cakap pada dia- Allah created all this and He is Al-Akbar ie Super Duper Big. Diam je pulak dia, tak faham kot. Tak apalah, nanti dah besar sikit boleh cerita lagi.
Enjoy the video!
Dah tengok video ni terfikir pulak saya memang sangat possible di galaxy lain ada komuniti manusia lain juga. Lagipun kemungkinan besar ada sebab kalau tak ada macam mana para malaikat boleh tahu sifat-sifat manusia pada ketika Nabi Adam (as) baru nak dijadikan oleh Allah swt (Al-Baqarah , 30). Macam para malaikat dah masak benar dengan perangai manusia tu sedangkan Nabi Adam (as) belum bernyawa lagi. Wallahualam.
Kadang-kadang kita buang masa buat benda-benda tak berfaedah seperti kita tak akan pulang berjumpa dengan Pemilik Universe ni. Sebagai contoh mengemaskini Fail Meja, audit itu ini, menulis laporan maklum balas audit, update sasaran kerja tahunan...what the hell. Waktu sembahyang dah masuk pun meeting tak berhenti lagi. Adoii bencinya saya. Ini belum lagi tengok tv yang makin banyak je benda mengarut.
Kadang-kadang pula terasa masalah yang kita ada macam besar sangat sampai sesak nafas kita, sedangkan di sisi Allah itu tak ada hal untuk Dia. He can solve it anytime. Ya, Dia Pemilik Universe yang sangat besar ini.
Yang Maha Besar dan Maha Tinggi itu pun belum kita betul-betul faham / digest lagi, bagaimana pula dengan 97 nama yang lain?
-------------------------------------------------------------------------------------
3-4 minggu lepas saya ada menulis book review Cool Mum Super Dad. Saya terrrr delete entry itu tanpa sengaja dan saya tak tahu macam mana nak retrieve dia. Huhh. Mula-mula saya stress, tapi saya fikir-fikir balik apa ke jadahnya nak stress pasal benda kecik. Sudahlah, tak kuasa nak tulis balik hahaha. Tapi for parents out there it is a good book, and for my friends/ families, I have the book so jangan malu nak pinjam.