Wednesday, 3 February 2010

Cinta Di Rumah Hasan AlBanna

Kita lebih mengenali Imam Hasan AlBanna sebagai seorang da'ie dan reformis Islam zaman moden. Tetapi kita kurang pendedahan tentang dirinya sebagai ketua keluarga. Konsep buku ini bagus. Ia sebuah buku 'Islamic Parenting' menggunakan Imam Hasan AlBanna sebagai role model. Penulisnya, M.L. Nur Aulia telah mengumpulkan beberapa temubual dengan anak2 Imam Hasan AlBanna untuk memberi gambaran Imam Hasan AlBanna sebagai seorang ayah.

Walaupun buku ini sangat nipis dan bagi saya banyak yang boleh diperbaiki, tetapi tak perlulah kita bincangkan kelemahannya. Saya cuma ingin berkongsi beberapa sifat Assyahid (insyaAllah) Imam Hasan AlBanna yang tentunya membezakan antara dia disisi Allah swt dengan saya, kamu dan kamu.

Peribadi Beliau

1. Ketika beliau masih kecil, ayah beliau sering mengadakan majlis2 ilmu di rumah mereka yang dihadiri cendekiawan2 Islam. Jadi sejak kecil dia sudah biasa dengan majlis2 ilmu. Ketika umurnya 9 tahun lagi rutin sehariannya bermula selepas solat subuh dengan membaca jadual harian kepada adiknya "pukul 6 mengaji Quran, pukul 7 tafsir Quran dan hadith, pukul 8 fiqh.."

2. Walaupun beliau pemimpin Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam terbesar ketika itu, namun rumahnya hampir kosong. Semua perabot, permaidani dan langsir yg mereka ada digunakan di pejabat2 sekretariat Ikhwanul Muslimin. Satu ketika rumah mereka termasuk dalam senarai rumah yg akan dihancurkan (tak pasti kenapa), isteri beliau meminta beliau membelikan rumah kecil sebagai ganti. Tetapi beliau menjawab, "Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti kita di syurga. Allah tidak akan mensia-siakan kita di dunia".

3. Berapakah wang simpanan kita sekarang? Atau berapakah caruman bulanan kita untuk masa tua? Berapa pula jumlah simpanan Imam Hasan AlBanna? Jawapannya ialah tiada. Mungkin kita terfikir apa bodoh sangat tak menyimpan? Tapi hakikatnya, pendapatannya hanyalah untuk belanja bulanan keluarganya, belanja persekolahan anak-anaknya, dan membeli buku2. Selebihnya semua diinfaqkan. Ini tentunya bukan aras keimanan kita, yang mementingkan sekuriti hidup di dunia. Beliau hanya mementingkan keselamatannya di akhirat.

4. Seorang yang berjaya seperti beliau, sibuk berdakwah sana sini, menimba ilmu lagi, hal keluarga lagi, dari mana datang masanya? Masa hanya diperolehi orang yang mencarinya. Beliau tidak tidur banyak, malam atau siang. Ketika dia penat, seperti yg diceritakan anak perempuannya Dr Tsana, beliau memintanya buatkan air teh dan kejutkan dia selepas 7 minit (!!!).

5. Menurut Ahmad Saiful Islam, anak lelaki tunggal beliau, nasihat yg paling berharga dari ayahnya ialah "Hati-hatilah, jangan sampai kamu menganggap ayahmu bermanfaat untukmu di akhirat kelak".


Beberapa kaedah didikan Imam Hasan AlBanna kepada anak2nya

1. Beliau memberikan 3 jenis wang perbelanjaan kepada anak2nya. Wang harian untuk belanja sekolah, wang mingguan setiap hari Jumaat untuk disedekahkan (kepada siapa dan cara disedekahkan itu terpulang kepada anak2 sendiri) dan wang bulanan untuk membeli buku (bukan baju, kasut, game atau selainnya). Beliau mahu sifat memberi / berinfaq dan mencintai ilmu itu sebati dalam diri mereka. Bukan sekali sekala bersedekah, bukan di bulan Ramadhan sahaja.

2. Setiap anak diberikan rak buku sendiri (beliau mempunyai 6 orang anak). Mereka boleh mengisikan rak mereka dengan buku2 yang mereka beli dengan wang bulanan.

3. Di antara kebiasaannya ialah memanggil anak2nya sebelum Maghrib dan beliau akan membaca AlQuran sambil anak2nya yang menyemak bacaan beliau (terbalikkan?). Mungkin dia akan silapkan bacaannya untuk anak2nya menegurnya? Tak tahulah. Dan perlu diingatkan yang ketika ini anak2 beliau masih kecil kerana beliau pulang ke rahmatullah pada usia muda, iaitu ketika anak sulung baru 17 tahun dan yang bongsu kurang 5 tahun (seorang masih dalam kandungan).

4. Apakah rekod anak2 kita yg kita simpan? Mungkin surat beranak, MyKid, passport, kad imunisasi dan rekod kemajuan sekolah. Tapi Hasan AlBanna merekodkan hal2 setiap anak2nya dengan sangat terperinci seperti rekod pegawai CIA. Setiap orang mempunyai carta masing2. Bermula dari sejarah kandungan dan kelahiran, setiap surat dan preskripsi doktor beserta dengan nota2 kecil komennya sendiri (berapa hari makan ubat, bila sembuh, adakah semua ubat habis), catatan prestasi sekolah juga dengan komennya sendiri seperti "Saif perlu lebih peningkatan dalam...". Kesimpulannya beliau sangat teratur dalam menguruskan setiap amanahnya.

Itulah serba sedikit tentang beliau yang saya dapat dari buku ini.

6 comments:

UmmuAhmads said...

Dr wati,

Terima kasih atas perkongsian dgn org macam saya yang belum baca (dan belum terbeli) buku itu... :)
Sekarang ni ramai sgt org menulis buku parenting... but this one ialah buku yg ditulis drp kaca mata seorang anak kan? Hmmm... interesting....

SMM said...

bas,
saya sama mcm ummuahmads, belum tercari dan terbaca (walau dah aware of its existence). thanks for sharing! meningkatkan motivasi sy utk bersegera beli buku ni :)

Mamaboyz said...

beli lah murah je 13 ringgit :) kat mph je ada, tu pun adik aku kena reserve, kalau tak takdpt kot
(pisang goreng panas)

JHaZKiTaRo said...

hmmm.. interesting one.. anyway, salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput singgah ke my blog.. :)

sharemotivasi said...

nice..tertarik dengan kaedah Imam Hasan AlBanna..terima kasih..

Ummuaisya said...

tak sabar nk gi beli buku ni..
thanks bas for sharing!