Thursday, 20 May 2010

Tentang langit...

Minggu lepas kami ke Barcelona, Sepanyol. Tapi belum nak tulis pasal Barcelona (sebab pasal Amsterdam tak habis tulis lagi). Tapi hari ni saya nak tulis pasal penerbangan kami. Kami terbang dengan Monarch Airlines.



Semasa dalam kapal terbang, saya duduk di tepi tingkap bersama Abid. Budak2 baik2 belaka dalam kapal terbang. Ammar sibuk bercakap "bubble in my ear! bubble in my ear!" sambil jari telunjuknya dalam lubang telinga semasa kapal terbang membuat pendaratan.



Semasa melepasi ruang udara Perancis, saya melihat ke luar tingkap. Hah! Banjaran Alps! Sangat jelas dan cantik. Sungguh tak sangka mendapat peluang melihatnya dari ruang udara.




Semasa dalam perjalanan pulang ke Manchester, saya perasan satu perkara. Apabila masuk saja ke ruang udara Britain, pemandangan di bawah sudah tidak kelihatan lagi. Kapal terbang seperti meluncur di atas tilam gumpalan2 awan yang empuk gebu. Sedangkan semasa melintasi Selat Inggeris beberapa minit sebelum itu, laut masih jelas. Kemudian, apabila hendak mendarat, kapal terbang turun melepasi awan2, tetapi tiba di satu ruang langit yang dikepit atas bawah oleh awan (saya tak sempat capai kamera kerana Abid tidur di pangkuan saya). Belum kelihatan lagi bumi Britain. Apabila turun lagi terpaksa melepasi selapis lagi awan. Hmm patutlah Britain sangat sejuk. Sinaran matahari pun lemah. Rupanya ditapis berlapis2 awan. Sangat berbeza dari ketika hendak mendarat di Barcelona, memang langit cerah dan jelas semuanya. Pendaratan pun sangat lancar, hampir tidak merasa apa2.

Memang langit Barcelona sangat cerah. Apabila di sana baru saya tersedar yang langit Britain walau dikatakan 'sunny day' tapi tidak sebiru 'sky blue'. Malam pun walau tidak hujan tapi bintang2 biasanya tidak kelihatan. Langit Barcelona sangat biru hanya bercarik awan dan bahang mataharinya terasa.

Itulah langit yang saya (kami?) rindui.

Papaboyz di Stadium Olimpik, Barcelona

5 comments:

knv said...

cantik. memang cantik.

bila balik msia doc?

mummy said...

yes kat sini sunshine everyday dan kekadang diselangi dgn hujan yg sangat di welcome...yeehaaaaaaa.

SMM said...

subhanallah - cantik!

anon suria said...

seronoknya cuaca cerah kat barcelona. awan kepul kepul kat lingkaran britain tu..mmg awan atau jerubu ash letupan gunung berapi?possible..?

Mamaboyz said...

knv, tak nampak lagi bayang bila nak balik malaysianya :(

su, memang awan bukan jerebu