Sedang mengulangkaji dengan rakan2. Ketika ini dia sudah mula sakit.
2 jam selepas itu saya menerima panggilan dari pakar di jabatan kecemasan Leeds General Infirmary. Dia bercakap dengan saya seperti doktor bercakap dengan doktor. Dia terus memberitahu saya keputusan garam Potassium darah adik saya. 8.5. Ia memang dos maut. Saya duduk dan minta dia ulang. Dia mengulang dan memberi juga kadar urea dan creatinine (toksin yang patut dibuang oleh buah pinggang). Ia hampir 2 ribu.
"We have to dialyze him straight away"
"Sure..."
Saya berfikir apa yang sedang berlaku. Adakah kanser dia kini menyumbat buah pinggangnya? Ketika itu memang tak diketahui lagi. Saya menelefon kakak saya di Malaysia. Ibu saya baru 2 minggu kematian emaknya. Kami tidak memberitahu sesiapa lagi. Selepas beberapa jam doktor memberitahu yang adik saya akan dipindahkan ke hospital besar untuk didialisis. Hmmm bila saya nak beritahu ibu bapa saya ni... saya mula terfikir kalau2 berlaku komplikasi sewaktu dialisis tentu saya akan rasa bersalah. Sebenarnya saya masih mengharapkan yang keadaan adik saya sebenarnya tidak sekritikal yang saya sangka, supaya berita yang bakal disampaikan itu tidaklah begitu buruk.
Saya telefon mak saya. Saya tanya adakah dia berdiri atau duduk. Dia kata duduk. Saya katakan saya ada berita. Mak saya terus menyangka yang saya mengandung lagi. Kalau itu beritanya tentulah saya tak telefon malam-malam.
Dipendekkan cerita malam itu juga ibu bapa saya menempah tiket kapal terbang.
Sebelum ibu bapa saya datang adik saya sangat kritikal. Jantungnya boleh berhenti bila2 masa kerana potassium yang tinggi itu. Dia boleh koma akibat toksin urea yang mungkin ke otak. Dia boleh strok kerana tekanan darahnya mencecah 200/120mmHg. Alhamdulillah dia masih sedar. Kemudian apabila mereka menebuk pinggangnya untuk 'bypass' buah pinggangnya dia mengalami pendarahan yang tak berhenti. Saya tahu pada ketika itu doktor2 hanya membuat apa yang mereka mampu tapi mereka juga berserah. Mereka tak benarkan saya balik kerana ada kemungkinan mereka terpaksa memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengesan punca pendarahan.
"We'll wait and see.."
Alhamdulillah selepas beberapa jam pendarahan berhenti sendiri.
Semasa di high dependency unit
Saya terpaksa ke bilik hostelnya mengambil beberapa barang. Apabila saya masuk, saya lihat sekeliling dan saya duduk menangis seorang diri. Mungkin kerana saya berada di bilik tempat dia belajar, tempat kehidupan normalnya seperti orang lain (yang tidak selalu dia nikmati). Di dinding penuh dengan nota2 dan doa2. Di tepi tingkap ada gambar ketika dia berumur satu tahun, di sebelah kek berbentuk nombor 1. Itu gambar 'favourite'nya. Kehidupan normal untuk dia memang episod2 sementara. Apabila saya turun Papaboyz bertanya kenapa lambat. Saya katakan saya terpaksa mengemas biliknya yang bersepah.
Sehari sebelum ibu bapa saya tiba di UK, saya 'menyental' badan adik saya yang dah beberapa hari tak mandi. Nanti terkejut pula kedua2 orang tua kami yang ada darah tinggi tu kalau melihat dia dengan tiub sana sini dan badan berbau.
Masih mampu tersenyum
Ibu bapa saya tidur di bilik asramanya. Sepanjang mereka di Leeds, warga Malaysia di situ memang telah membantu mereka di luar batasan insan biasa. Yang memasak untuk mereka setiap hari, yang menghantar dan menjemput dari hospital setiap hari, yang membawa ke kedai, yang membawa ke universiti berjumpa pensyarah, yang meminjamkan wang ketika kesesakan, tidak kurang juga yang mendoakan. Ramai yang menyuruh ibu bapa saya tinggal saja di rumah mereka, tapi ibu bapa saya menolak kerana takut akan lebih menambahkan beban mereka yang semuanya masih belajar.
Hampir sebulan adik saya di hospital. Tekanan darah tak stabil, menunggu toksin turun etc. Nasib baik hospital agak selesa. Dengan hidangan makanan yang boleh dipilih dari senarai menu (juga ada menu halal) dan khidmat perpustakaan bergerak, juga pelajar2 jururawat yang sering melayannya.
Menu, pilih ikut selera
Yang halal
Setiap katil pesakit mempunyai 'entertainment port' sendiri (tv, radio, telefon dan internet)
Salji turun menyeliputi bumi UK. Ibu saya yang tidak pernah melihat salji berpeluang bermain salji. Mahal sungguh harga pengalaman main salji itu, harganya ialah kesihatan anak lelaki tunggalnya.
Mereka memasukkan 'stent' ke dalam salur buah pinggang adik saya dan tiub kecing di pinggangnya dicabut. Namun tak sampai 2 minggu 'stent' itu telah dihimpit oleh kanser yang ganas itu. Adik saya terpaksa ditebuk kembali dan kali ini tiub kencing itu kekal bersamanya apabila dia keluar dari hospital. Maka berjalan2lah dia dengan 'ekor' tambahan. Kencing secara normal itu memang satu nikmat Allah yang kita tak pernah syukuri secara sedar.
Selepas sebulan lebih ayah saya terpaksa pulang ke Malaysia kerana beberapa urusan keluarga. Kami katakan jangan balik dulu, tunggu chemotherapy mula baru balik jika adik saya tiada masalah. Tetapi ayah saya tetap berkeras untuk pulang. Selang beberapa hari ayah saya pulang adiknya pula pulang ke rahmatullah kerana kanser payudara. Mungkin itu sebabnya ayah saya bertegas untuk pulang.
Sebelum chemotherapy bermula Papaboyz mencukur rambut Ayim, supaya bila rambutnya gugur semangatnya tak gugur sekali.
OK jugak skill Papaboyz ni..
Musim bunga tiba. Bunga2 daffodil dan snowdrops muncul diikuti tulip dan lain2. Ibu dan adik saya tinggal bersama kami di Manchester dan berulang-alik ke Leeds untuk rawatan chemotherapy. Bermula juga perubahan dalam cara kami memasak dan apa yang kami makan. Saya cuba untuk tidak menukar menu, sebaliknya menukar bahan2 sahaja supaya kami tidak mendapat kejutan budaya. Minyak masak saya tukar ke 'extra virgin olive oil'. Telur biasa ke telur 'free range, high omega 3". Gula putih ke gula perang pekat (dark brown sugar). Tepung biasa ke tepung wholemeal. Buah-buahan dan sayur-sayuran dilebihkan. Ayam dan ikan tidak lagi saya goreng, semuanya dibakar. Makanan kaya phytochemical untuk antikanser dimasak setiap hari seperti cendawan, brokoli, bayam, capsicum, tomato, begitu juga buah2an berries, citrus dan epal. Resipi kek dan biskut juga saya tukar supaya lebih antikanser. Burger dan sosej kami dah tak beli. Daging juga kami dah tak beli. Tapi sesekali makan di luar memang ada makan juga benda2 ni. Agak sukar untuk berubah. Ia perlu banyak tenaga minda untuk konsentrasi. Ia juga dikekang masalah kewangan. Memang mahal. Tapi organ badan tiada galang ganti. Kalau sudah ada walau sedikit kerosakan, tempoh 'warranty'nya akan berkurangan.
Suatu hari saya mula memasak ayam 'goreng' saya tanyakan Papaboyz setelah dia makan.
"Ayam OK?"
"OK je. Rasa biasalah"
Nampak seperti dia berfikir adakah salah jawapan yg dia bagi hehehe. Agaknya adakah ini resipi baru yg sepatutnya dia rasa 'kelainannya'. Tapi sebenarnya itulah jawapan yg saya nak dengar. Rasa yang sama. Sebab sebenarnya ayam goreng itu tidak digoreng tapi dibakar. Rupa dan rasa sama seperti yg digoreng. Jadi sejak hari itu saya tidak lagi menggoreng ayam atau ikan, termasuklah jika hendak memasak ayam berlada, ayam kicap, ayam tomato etc. Saya rasa dengan cara ini kami telah megurangkan penggunaan minyak mungkin 30-40%. Minyak itu bukan sahaja meninggikan kolesterol tetapi ia juga pro-inflamasi dan pro-kanser. Jadi sebenarnya makanan berminyak adalah bukan sahaja faktor risiko untuk penyakit jantung, tetapi juga penyakit2 inflamasi (seperti arthriris) dan penyakit kanser. Cara ini juga mengelakkan saya dari mengguna semula minyak bekas gorengan (yang biasa dilakukan). Dapur juga lebih bersih, tiada percikan minyak, dan saya jimat masa memasak kerana boleh melakukan kerja2 lain ketika ayam dibakar dalam oven. siapa yang ingin mencuba cara ini lumurkan ayam dengan kunyit seperti biasa dan masukkan ke dalam oven tanpa menutupnya selama lebih kurang 20-30 minit. (Jika ayam ditutup ia tak akan rangup seperti ayam goreng).
Sebelum
Selepas.. Rupa dan rasa sama sahaja dengan yang digoreng
Sepanjang menjalani chemotherapy, Alhamdulillah adik saya OK. Hanya lemah, pening dan demam beberapa kali. Sekurang2nya tiada ulser mulut, muntah2, septicemia atau komplikasi lain yang lebih teruk. Walaupun chemotherapy merosakkan sistem imun (yg sebenarnya sangat penting untuk membunuh sel2 kanser), kami cuba baiki sistem imunnya melalui makanan yang merangsang sistem imun seperti Green tea (3 cawan sehari), rempah-ratus, buah2an dan sayuran tertentu. Kami cuma ikhtiar. Penentunya hanyalah Yang Mengatur Sekelian Alam.
Strawberry celup dark chocolate (>70% cocoa)
Rasul Allah (saw) said: “Be in this world as if you were a stranger or a traveler.” [Bukhari]
Dan sebenarnya apakah harta yang lebih berharga?
“Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” ( Riwayat Ibnu Majah )
Pun begitu kami sedar, tidak sama yang berkata2 dengan bahu yg memikul dan hati yang menanggung.
Minggu lepas pakar hematologi memberi kami keputusan CT Scan Ayim setelah dia tamat chemotherapy. Alhamdulillah, kanser yang menyekat buah pinggangnya telah tiada. Tetapi kini hanya buah pinggang kanannya yang masih berfungsi. Buah pinggang kiri telah kecut dan lesu.
Hari ini ibu dan adik saya berangkat pulang ke Malaysia. Semoga selamat tiba tanpa apa2 masalah. Dapat pulang bersama ini sebenarnya satu nikmat besar, kerana pada hari ibu bapa saya tiba di UK pada musim sejuk itu kami tidak pasti sama ada Ayim akan mengikut mereka pulang.
Selamat Jalan Mama dan Ayim.
"Kalau ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi...."
11 comments:
thanks for sharing the story. saya pulak yang seram sejuk.
semoga selamat semuanya on your side.
take care.
Wati
Aunty speechless tapi nak juga cakap. Insyaallah Mama n Karim dilindungi semasa dalam perjalanan hingga tiba depan pintu rumah Bukit C.
Salam
Aunty C
knv- thanks, u take care too!
Aunty C- InsyaAllah :)
drwati,
Saya ada problem masak ayam guna oven. Berapa suhu guna untuk masak for 20-30 minutes tu ya?
Saya pun terasa tak nak guna minyak lagi.
Harap semuanya ok, dan bertambah baik kesihatan your brother.
Mama saya juga cancer, breast cancer, sudah habis chemo, buat laser pulak.
Alhamdulillah, semua nya berkesudahan dengan baik ..
May all your loved one be blessed with good health, lisan dan hati yang mengingatiNYA
Salam All,
Ayim & mama are now safely at home with us.
No complication (yet).
Alhamdulilah!
salam yati,
haa saya lupa nak tulis, pakai suhu yg paling tinggi, oven saya 225 deg, time dia pulak, ikut jumlah ayam, lepas 20 minit tu bukak je oven tu tengok rupa dia macam ayam goreng tak, kadang2 ada darah dia baru nak keluar so biar lama lagi, tapi kalau lebih 40 minit nanti dia terlebih keras (sebab ayam tu kan potong kecik2, bukan macam ayam seekor yg kalau buat roast chicken)...nanti bila dah masak tengok minyak dari ayam sendiri keluar..banyak!
Ayoh Wang- terima kasih!
kakakku- sila ambil alih tugas jaga mama n ayim wakakaka
bas, thanks for sharing this story. mmg sgt menyentuh hati sehingga menitik air mata. semoga Ayim lekas sembuh dan semoga Allah permudahkan segala urusan..
alhamdulillah ayim dah kembali sihat dibawah jagaan family tercinta. obviously you're a good sister!
mynie- memang satu episod sedih hidup kitorang, tapi Allah has mercy on us on the timing, should it happen 2 weeks earlier, my mom would have to choose between her sick mother or her son, if it happened in Malaysia, he would not get treatment from one of the biggest cancer research center in Europe, if it happened while I was working, I would not have the time to dig in literatures to change our lifestyle, it is a blessing in disguise.
su- semua orang akan buat apa saja utk keluarga, orang2 di Leeds yang patut dipuji. take care!
ok lepas ni aku tidak akan goreng ayam etc! thanks bas!
Post a Comment