Monday 7 February 2011

Jejak Nabi Musa (as)

Sesiapa yang melawat Mesir tentunya mahu menyaksikan sendiri jejak-jejak Nabi Musa (as). Nabi Yusuf (as) juga di Mesir, malah menjadi pembesar lagi, tetapi tiada pula kesan peninggalannya. Apabila sudah kembali ke Manchester baru saya terfikir, kenapa tiada siapa yang menunjukkan kami tinggalan Nabi Yusuf (as) yang sangat hensem itu. Semasa di sana tidak terdetik pun untuk bertanya.

Mengimbas kembali perjalanan hidup Nabi Musa (as) secara ringkas- dilahirkan dalam bangsa bani Israel yang tertindas, dihanyutkan di Sungai Nil ketika masih bayi, dibesarkan di istana Firaun oleh isterinya yang ahli syurga, Permaisuri Asiah, kemudian melarikan diri ke Madyan setelah tidak sengaja membunuh seorang pengikut Firaun, tinggal 8 tahun di Madyan bersama seorang yang alim (dikatakan Nabi Shuib Alaihissalam) yang menjadi bapa mertuanya, kembali ke Mesir bersama isterinya, diberikan kerasulan di Lembah Tuwa, Sinai, berdakwah kepada Firaun bersama abangnya Nabi Harun (as), Mesir ditimpa bala Allah, melarikan diri bersama bani Israel dan membelah Laut Merah, bermunajat di Gunung Tursina dan menerima Kitab Taurat, kembali kepada kaumnya tetapi diuji hebat dengan kekufuran mereka, akhirnya wafat di Baitul Muqaddis (sebelum wafat sempat pula membutakan mata Malaikat Izrail).

Khabar terbaru Nabi Musa (as) yang kita ketahui ialah ketika Nabi Muhammad (saw) dibawa ke langit pada malam Isra' Mi'raj dan bertemu dengan Nabi Musa (as) di langit keenam. Kita terhutang budi dengan Nabi Musa (as) kerana kalau Nabi Musa (as) tidak menasihati Nabi Muhammad (saw) tentang jumlah solat fardhu dalam sehari, entah berapa banyak dosa kita tak mampu solat 50 kali sehari (lebih kerap dari setiap setengah jam, termasuk waktu tidur!). Dalam 2 jam tengok filem kena berhenti 4 kali untuk solat, kalau tengok perlawanan bola, 3 kali...Hmmm... .kesimpulannya Allah sebenarnya nak kita sentiasa dalam keadaan seperti bersolat, sentiasa ingatkan Dia. Kalau kita kena sembahyang 50 kali sehari, bermakna pakaian kita mesti sentiasa bersih dan cover habis supaya takdelah buang masa bukak pakai telekung bagai. Solat pun tentu kita akan lakukan dimana-mana contoh tepi meja ofis sebab satu hal pulak nak ke surau setiap setengah jam. Begitulah expectation Allah pada kita sebenarnya.

Begitulah besarnya jasa Nabi Musa (as) kepada kita umat Nabi Muhammad (saw).

Kalau saya baca kisah nabi, mesti saya tertanya-tanya macam mana agaknya nabi tersebut in person. Ini tabiat sejak kecil, itu sebab saya bila baca buku lambat habis sebab lebih banyak berangan. Nabi Musa (as) melalui yang saya baca, seorang yang berani dan tegas, kuat fizikal. Cerita-cerita baginda lebih banyak berkisar tentang sifat-sifat baginda yang ini. [Berbanding dengan Nabi Muhammad (saw) yang suka senyum, amanah, semua orang dilayan seperti sahabat terbaik, penyayang kepada anak yatim dan orang miskin etc.].

Contohnya, baginda berani mempertahan pemuda kaumnya hinggakan terbunuh pengikut Firaun. Kemudian berani berhujah dengan Firaun walaupun baginda mengalami masalah pertuturan (kerana termakan bara api ketika masih bayi-hal ini diejek oleh Firaun seperti dalam ayat Quran 43:52). Kemudian berani meminta untuk melihat Allah di Gunung Tursina. Kemudian apabila marah dengan kejadian lembu Samiri, baginda hinggakan menarik janggut dan rambut abangnya Nabi Harun (as) -20:94. Apabila Malaikat Izrail datang kepada baginda ditamparnya pula Malaikat Izrail hingga buta sebelah matanya. Kemudian berani pula memberi nasihat tanpa diminta kepada Nabi Muhammad (saw) semasa Isra' Mi'raj dengan cadangan yang berisiko tinggi juga. Memang jika hendak menentang firaun zaman moden ini seperti Hosni Mubarak, kenalah berbekalkan keberanian seperti Nabi Musa (as) juga.


Ehh..panjang pulak saya melalut yer..berbalik kepada jejak baginda yang ditinggalkan di Mesir.

Hari itu saya dah tunjuk gambar Sungai Nil. Memang besar yang amat sangat. Tak boleh bayang perasaan ibu kepada Nabi Musa (as) yang terpaksa menghanyutkan bayi kecilnya di situ. Tapi Allah Maha Kaya, ibu Nabi Musa (as) akhirnya ditugaskan untuk menyusukan bayi angkat permaisuri Firaun itu, bayinya sendiri.

Kali ini saya nak tunjuk gambar piramid pula. Piramid ni besar gilerr bak kata orang muda, satu unit batu yang digunakan untuk membinanya pun setinggi bahu saya.

Perhatikan skala manusia berbanding piramid



Kami sekeluarga yang di tengah-tengah tu (Papaboyz baju kuning)

Bila difikirkan, ini baru kubur-kubur si Firaun dan keluarga mereka. Bagaimana pula dengan istananya, balairong serinya, pejabat menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaannya? Tentunya lebih besar dari apa-apa bangunan yang kita ada sekarang.

Selain itu, binaan piramid ini tepat ukurannya hingga beza setiap sisi tapak piramid itu sekadar beberapa milimeter sahaja, dengan  setiap sisi tapaknya menunjuk ke arah utara, selatan, timur dan barat.

Abid dan Sphinx

Pak Arab peniaga di kompleks Giza (suka gambar ni)
Suka gambar ni jugak, pandai laki I amik kan..

Nanti sambung ok...

2 comments:

Anis Sazira said...

Subhanallah.....Allahhu Akbar....
Akak pun suka baca kisah Nabi...dulu pernah ikut kelas Sirah Nabi dgn Ustaz Salahuddin Nasir di USJ4 dan USJ12...harap lps hbs PhD ni dpt sambung semula. Thanks Hasma kerana penceritaan yang sangat menarik...kalau budak2 kecik baca pun pasti diorg senang faham dan interested nk baca lagi dan lagi dan lagi....dan terima kasih bercerita ttg Piramid...pandai laki Hasma ambik gambar2 tu...hehehe....

Mamaboyz said...

hehe

masa kecik memang suka baca cerita2 nabi tapi bila dah besar ni baca balik baru boleh appreciate dan relate dgn kehidupan sendiri, memang inspirational :)