Sunday, 30 October 2011

Cerita Kursus

Semalam saya pergi kursus. Saya paksa diri untuk tulis post ini sebelum 'api' nya padam. Kenal kan Darwisya dan Darwish, adik beradik yg menghafal Quran tu. Umur 3 thn setengah dah hafal seluruh Juz Amma. Mak diorang yang ajar. Mak diorang (Puan Lina) bukan Ustazah, bukan penghafaz Quran juga, bukan surirumah. So macam mana dia buat? Dia selalu cerita kaedah dia dalam blog dia sini. Tapi sekarang dia dah buat kursus juga. Kursus Mengajar Al-Quran kepada Bayi dan Kanak-Kanak. Sebulan sekali je dia buat.

Jadi saya pergi!!! Saya ke Shah Alam tempat dia buat kursus tu, ingatkan saya yg paling jauh, dari Melaka. MasyaAllah, rupa2nya dari JB pun ada, dari Kulim pun ada dan jengjengjeng..dari Bintulu pun ada. Ya, terbang dari Bintulu untuk belajar dari Puan Lina.

Firstly, how is she in person? Pada saya dia biasa2 je (tapi cita2 dan kerja kuat yg luar biasa), dan sangat senang untuk disukai (very likeable). Mind you, saya kalau orang berceramah saya punya habit (yg tak berapa baguslah, saya tau), saya akan sangat skeptikal dan seboleh2nya saya akan cari kenapa saya tak perlu dengar ceramah dia. But as far as I can tell, she spoke from her heart, and her concern (to teach other parents how to teach young kids to read and memorize Quran) is genuine. So we all enjoyed and benefited a lot.

Saya dan Puan Lina (Mama Darwisya dan Darwish)
Kenapa saya pergi? Sebenarnya saya rasa saya dah stuck dengan progress budak2 ni. Adam dah Iqra' 4 dan Ammar dah Iqra' 2, tapi hafazan tak gerak-gerak. Apa yang saya kejar? Saya takut saya terlepas golden period diorang semasa otak mereka seperti sponge ini. Saya juga takut saya mati sebelum saya sempat developkan jiwa Quran dalam diri mereka. Apa lagi yang saya boleh tinggalkan untuk mereka kalau bukan jiwa itu kerana tiada siapa yang dapat merampasnya dari mereka. Ia insurans terpenting mereka. Apa saja yang terjadi pada mereka di dunia ini kalau mereka berjiwa Quran tentu mereka akan selamat di Akhirat. Lagi satu saya risau tengok mereka suka sangat main game. Dan saya perlukan kaedah baru / lain yang boleh optimize masa saya yg dah tak berapa nak cukup sejak saya kerja semula ni.

Banyak yang saya belajar. Bukan saja dari Puan Lina tapi juga dari ibu bapa lain. Sebab sesi pertama ialah sesi berkenalan di mana kami semua perkenalkan diri dan ceritakan perkembangan Quran anak2. Saya memang impress dengan ibu bapa lain. Bilik seminar itu penuh hingga tak cukup meja, ada yang kena duduk di tengah2 antara meja juga. Nasib baik saya sampai awal, dapat duduk depan. Ramai juga yang walk-in, sepatutnya kena booking online.

Apa yang saya belajar?

1. Mesti ada visi untuk anak. Contoh (bukan saya, rekaan je): saya mahu anak jadi peguam yang hafaz Quran. Ok, saya punya visi cuma 1 iaitu semua kami ahli Jannatul Firdaus tapi ini agak general sebenarnya. Saya belum betul2 fikir apa plan spesifik untuk anak2 saya. Mungkin di sini silap saya. Goal tak ada. Macam Puan Lina, apabila Darwisya masuk 6 tahun dia akan dihantar ke Sekolah Tahfiz selama 2 tahun untuk dapatkan keseluruhan Al-Quran, kemudian masuk darjah dua. Darjah 1 dikira sebagai homeschooling.

2. Bagaimana nak kenal anak kita jenis learner yang macam mana dan apa cara terbaik untuk mereka.

3. Bagaimana nak masukkan Al-Quran ke subconscious mind mereka.

4. Halangan2 dan cara2 atasi halangan. Ya Allah.. banyaknya..yelah, syaitan kan tak suka orang belajar Quran. Kalau buat benda tak elok dia tak halang, kan. Pentinglah bab ni.

5. Pemakanan untuk budak2 yang menghafaz Quran.

6. Ehh banyak lagilah..tak larat nak tulis semua.


Alat bantu mengajar yang Puan Lina guna

Antara peserta kursus

Saya beli untuk Abid.

5 comments:

linakarim said...

Sometimes we need to write to remember. Nice article. Good to know you benefited from it. Alhamdulillah.

SMM said...

aku ni mengajar yg basics pun masih tunggang-langgang, so malu :( i have to be more diligent and organised!

anon suria said...

Tq Hasma! thanks for the info. Su rasa betullah kena ada target. Sbb bila ada target ...nampak Ayuni baru bersemangat. Target kecil su ialah..Ayuni mesti naik ayat lazim muqaddam sebelum balik Malaysia. kalau boleh 8 tahun nanti dah naik quran. Mungkin agak terlewat untuk ayuni sbb su 'leka' dengan environment kat sini. Yang penting persistent..nampak sgt berubah lah ayuni bila masuk madrasah. sgt cepat dan laju. Terpaksa juga hantar madrasah sbb su tak mampu buat..hu hu hu. thanks for sharing.

Mamaboyz said...

Pn Lina,
Terima kasih atas semua ilmu!

Mynie,
aku pun tunggang langgang jugak. sometimes we need to share experiences and get inspired!

Su,
betul, kena ada target and persistent, chaiyyok!

knv said...

thanks for sharing. akak pun takde target untuk al-quran anak2. i tot i want to let them learn 'along the way'. silap rupanya.

thanks. thanks!