Sunday 23 August 2009

Persediaan Mantap Ibu Mengandung

Kalau hari tu saya telah memberi satu cadangan kpd Kementerian Pendidikan, hari ini saya ingin pula menjolok Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (Kementerian Kesihatan? tungguuu...)

Apa kena mengena ibu mengandung dgn KPWKM? Ini bukan tugas KKM ke?

Saya bukan nak cakap pasal kesihatan ibu mengandung. Itu telah dijalankan dengan cemerlang oleh KKM (cemerlang berdasarkan statistik maternal/perinatal mortaliti yg rendah berdasarkan piawaian WHO--cemerlang dari segi kepuasan pelanggan? lambat lagi...)

Saya nak menyentuh tentang persiapan menjadi ibu/bapa dan persiapan membina keluarga. Sebab itulah KPWKM yang patut terlibat.

Jadi cadangan saya ialah selain daripada kelas antenatal (yang cover senaman, pemakanan, proses kelahiran, kebaikan susu ibu dan apa jadah semua), ibubapa yg bakal terima cahayamata patut diberi pendedahan tentang beberapa aspek 'early years education'.

Termasuk saya, termasuk saya ok... kesian Adam...

Bukannya nak ajar semua benda, cuma cukup sekadar mencetus keinginan atau exposure saja. Sekurang2nya beberapa isu seperti rangsangan awal bayi, early education toys, dealing with tantrums, teaching techniques dan sebagainya boleh diperkenalkan.

Supaya ibubapa lebih bersedia. Ibubapa yg bersedia dari segi ilmu (bukan baju kain lampin saja) boleh memaksimakan potensi anak2 ini.

Pengalaman mengandung Abid di perantauan

Dari segi penjagaan antenatal, ada sedikit berbeza. Dari mula mengandung sampai keluar hospital bila Abid dah lahir, seorang doktor pun tak pernah tgk saya. Memang disini normal pregnancy hanya midwives yg uruskan. Scan sonographer yang buat. Masuk labour room pun yg tengok hanya midwife. Di wad posnatal pun hanya midwife. Hanya ada paediatrician yg periksa Abid sebelum keluar. (Tapi saya terfikir camne houseman diorang belajar kalau normal pregnancy pun tak pernah handle? ada keraguan disitu).

Tapi yang saya nak kongsi ialah support system yang ada disini untuk mempersediakan ibubapa kepada parenthood. Ia diberi kpd semua ibu mengandung tak kira kandungan yg keberapa.

Mula2 ibu diberi oleh midwife satu fail yg didalamnya pelbagai info dan voucher barangan bayi. Terdapat juga borang keahlian pelbagai kelab spt kelab Pampers, kelab pakaian bayi yg menawarkan diskaun barangan dan newsletters kpd ahli.




Cuba klik gambar contents buku dibawah dan lihatlah betapa komprehensifnya tajuk2 yg dibentangkan. Topik2 ni selalu menjadi kerisauan ibubapa.



Yang ini pulak inisiatif kerajaan disini mengajar ibubapa pengurusan kewangan keluarga. Setiap ibu diberi satu fail cantik siap dgn cd tentang isu2 kewangan keluarga. Antara topiknya ialah savings, child trust funds, tax benefits...ada jugak topik going back to work yg membincangkan hak2 seorang pekerja yg berkeluarga spt flexible working hours, emergency leave dan bantuan kos childcare!











Sebenarnya ada sedikit takde kena mengena antara cadangan saya dgn pengalaman saya ni. Tapi saya cuma ingin berkongsi kesungguhan mereka disini untuk mendidik bakal ibubapa tentang kekeluargaan. Sedangkan bukannya ada kementerian keluarga kat sini....

6 comments:

SMM said...

saya sokong! kalau tak pun material cantik, sekadar kertas fotostat pun is a good start.. (though kalau nak cari sponsor, berlambak je yg nak sponsor rasanya, though kena pilih2 sponsor juga la)

Mamaboyz said...

ya! terima kasih krn menyokong, mynie :)

perlu dapatkan sponsor yg sesuai, syarikat2 besar yg dah byk telan duit makbapak patut give back to society, tak payahla asyik buat pertandingan bayi comel jer

hartini said...

fuh, kagum btul aku dengan childcare support kat sana

Mamaboyz said...

bab2 educating public kita mmg jauh ketinggalan

Auntie Mek said...

hmm aku kat sini ada gak sebeban die bg buku ngn pamphlet pnjagaan bayi bla2 mmg ckp sistematik.tp mslhnya dlm bhs jepun. harusla aku xpaham. simpan jek bwh almari.xde maknernyer! *pdn muka sapa soh xblaja bhs jepun btul2*

Mamaboyz said...

cemek, takde translation ke? tegar betol org jepun nih, apa kata mu bagi aku translate? hehe (nihonggo yg aku ingat hanyalah watashiwa tottemo kawaiides!)