Rasulullah (saw) pernah mewasiatkan kepada para sahabat, "Sepeninggalanku nanti, Mesir adalah menjadi kewajipan kalian untuk membebaskannya, maka perlakukanlah ke atas penduduknya dengan baik, kerana mereka mempunyai ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan kita"
Ketika itu Mesir dijajah Empayar Rom. Gereja-gereja di Mesir memang besar-besar! Kubah pun macam masjid cuma ada tanda salib di atas.
Sebuah Gereja Koptik di Mesir. Menurut ustaz pemandu pelancong kami, di sini tersimpan Kitab Injil sebenar. Wallahualam. |
Amirul Mukminin Umar Al-Khatab (ra) menyahut cabaran ini dan menghantar pasukan tentera yang diketuai General Amru Ibn Al 'As untuk membebaskan Mesir dari jajahan Empayar Rom. Pada tahun ke 20 Hijrah, mereka berjaya menundukkan empayar hebat itu dan Islam mula berkuasa di Mesir.
Sedikit mengenai Amru ibn Al 'As. Beliau pada awal kerasulan Nabi Muhammad (saw) adalah antara yang kuat menentang baginda. Beliau juga bersama Khalid Ibn Al-Walid telah sama-sama memimpin tentera Quraisy mengalahkan tentera Islam di Perang Uhud. Adakah anda ingat yang hijrah pertama orang Islam adalah ke Habsyah, yang ketika itu diperintah oleh seorang raja Kristian yang Ahli Kitab? Kemudian datang utusan dari pemimpin Quraisy meminta dihantar pulang penduduk Mekah yang berlindung di negara itu? Utusan itulah Amru Ibn Al 'As. Ketika itu berlaku soal siasat antara Jaafar ibn Abi Talib dengan pendita-pendita raja tersebut untuk memastikan kerasulan Nabi Muhammad (saw). Menurut Amr, ketika itu dia telah mula mempertikaikan keangkuhan pemimpin Quraisy setelah mendengar dialog Jaafar dengan Raja dan para pendita. Tetapi beliau tidak memeluk Islam ketika itu.
Beliau hanya memeluk Islam selepas Pembukaan Kota Mekah. Tetapi semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq (ra), beliau menjadi rapat dengannya dan terus memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam. Jadi pengislaman Mesir adalah di tangan Amr Ibn Al 'As.
Sebaik saja berjaya menakluk Mesir, beliau mendirikan sebuah masjid yang masih berdiri hingga ke hari ini. Ia masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Di sini jugalah tempat Imam Shafiee mengajar.
Masjid Amru Ibn Al 'As |
bahagian tengah masjid |
ruang solat |
Ada satu cerita menarik tentang Amr Ibn Al 'As di Mesir. Ketika Islam datang ke Mesir, mereka menghadapi masalah rakyat Mesir yang mempunyai kepercayaan turun temurun bahawa Sungai Nil perlu korban manusia setiap tahun (atau bulan?) untuk memastikan ia terus mengalir. Ritual ini dihentikan oleh Gabenor Amr Al 'As ketika itu. Tetapi kemudian Mesir dilanda kemarau dan Sungai Nil menyusut dari hari ke hari. Orang-orang Mesir mula marah dan bertegas yang Sungai Nil perlu korban nyawa untuk terus mengalir. Amr Al 'As kemudian menghantar surat kepada Khalifah Umar Al-Khatab meminta bantuan.
Khalifah Umar kemudian menghantar sepucuk surat, bukan kepada Amru, tetapi kepada Sungai Nil, yang berbunyi..
Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini adalah atas kuasamu maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah swt maka kepadaNya kami pohonkan agar mengalirkan air di sungai ini.
Amru Al As mencampakkan surat itu ke dalam Sungai Nil dan esoknya Sungai Nil naik aras airnya 48 kaki. Tak perlu korban manusia lagi.
Sungai Nil di waktu malam. Kelihatan Burj Al-Qahirah (Cairo Tower) |
Gambar di atas diambil pada malam terakhir kami di Kaherah. Kami menaiki bot bercahaya meriah (siap dengan lagu gelek Arab) menyusuri Sungai Nil. Daratan yang kelihatan dalam gambar di atas bukannya seberang Sungai Nil, tetapi sebuah pulau di tengah Sungai Nil. Memang besar sungai ni. Patutlah rakyat Mesir takut dia kering sampai sanggup korbankan banyak nyawa.
Sungai Nil. Gambar dari Wikipedia |
3 comments:
Semoga Mesir bangkit menjadi pembela Islam dan keluar dari telunjuk Israel dan Amerika.
seronoklah cerita sungai Nil tu. rasa mcm nak suruh hasma cerita lagi...
SOT- insyaAllah, doakan mereka diberi pemimpin baru yg takutkan Allah dalam masa terdekat ini.. protes rakyat sedang berlangsung sekarang.
su- hehe zaman khalifah umar (ra) memang banyak cerita best :) ni baru beli buku 50 short stories kisah Nabi dan Sahabat dari agen Telaga Biru di Liverpool, bedtime stories for mama pulak
Post a Comment